Wednesday, May 08, 2013

Ahlan wasahlan , Muhammad Harraz dan Ulfah Khairah:))

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 8:04 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullilah, akak sepupu saya selamat melahirkan bayi lelaki pertama( dia dah ada 3 anak perempuan) :)
Baru-baru ini saya berpeluang bertemu dengan bayi baru ni.
Comel sangat,subhanallah:)
Saya suka tengok baby ^^
Tapi tak pe. Saya doakan Muhammad Harraz jadi anak yang soleh.
Nanti mak ngah datang jumpa lagi ye:) Tahniah Kak Fizah dan suami.* dulu masa saya baby,kak fizah ni yang jaga saya:)
Sehari sebelum balik kampung, saya pergi beli baju untuk Harraz.
Antara port yang paling saya suka dalam super market ialah tempat jual barang bayi!
Sebab saya rasa gembiranya. Teringat kata seorang sahabat saya, Ain : " Nanti kau ada anak,mesti habis semua kau nak angkut balik" :p haha. Oh tidaklah. Habislah kalau cam tu.
Lamanya saya duk situ. Akhirnya saya pilih baju Pooh biru untuk Harraz.



Oh memang besar sebab pada saya kalau nak beli baju untuk baby better beli yang saiz besar,lama boleh pakai hehe Baby kan cepat besar!
Oh ya ,kawan saya Ain tu pun dah bersalin anak sulungnya, Ulfah Khairah.
Tahniah, Ain& Amir:)
 Nanti mak cik datang jumpa Khairah pulak ye. *tengah fikir nak bawa apa untuk awak,Ulfah. hehe
Baby perempuan lagi banyak pilihan. Tunggu ye,mak cik fikir dulu. Bahagianya ada anak seiring juga dengan tanggungjawab nak didik anak dalam suasana hari ini. Semoga semua jadi anak yang baik.^^


ni Muhammad Harraz



 ni Ulfah Khairah

Wassalam


Saturday, May 04, 2013

Ikan Patin Masak Tempoyak Orang Temerloh ^^

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:36 AM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Nampak kan tajuk di atas? Kali ni nak kongsi resepi yang wajib bagi orang Temerloh macam koi ni:p
Ni antara makanan kesukaan saya.Patin + tempoyak memang menyelerakan!
Resepi ni paling senang nak buat. Tambah pula, bekalan ikan patin memang mudah nak dapat. 
Akses sangat terbaik! Pergi je tepi sungai Pahang mesti ada orang jual. Tak pun pergi pekan sehari hari Ahad kat Temerloh. Memang terbaik!
Berbalik pada resepi tu.

Bahan-bahan


1 ekor ikan patin 
5 biji cili padi - kalau suka pedas,letak banyak^^
1 inci kunyit hidup
3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh ltk tempoyak lebih. Banyak tempoyak lagi best 
Timun air
sedikit daun kesum 
1 keping asam keping jika perlu 
garam secukup rasa

Cara-cara:

1- Mula-mula,kita bersihkan dulu ikan patin tu,potong ikut saiz atau besar mana kita nak.
2-Patin ni ada lendir,kalau nak hilangkan hanyir dan lendir,guna tepung,lumur je. Nak guna air asam jawa boleh jugak :p
3- Tumbuk cili padi dan kunyit.
4- Panaskan air dalam periuk pada api sederhana. Masukkan tempoyak dan bahan tumbuk tadi tu.
5- Masak sampai mendidih,guna api sederhana je. Lepas tu masuk timun air tu:)
6-Bila dah mendidih dan pekat,baru masuk ikan patin tu supaya tak hancur ikan tu. :) 
7- Lepas tu, masukkan daum kesum. Bagi naik bau lagi,yang pastinya bau tempoyak mesti dah ada. hehe
8-Cuba rasa, kalau kurang rasa baru masuk asam keping. Optional ni:)
9-Siap^_^

Selamat Mencuba,kawan-kawan!

*ok,saya terasa lapar pada tengah malam ini,tambah pula hujan yang menyejukkan!:)

wassalam




Friday, May 03, 2013

Selamat Mengundi, Rakyat Malaysia ^^

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:07 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Lama betul tak jenguk blog sendiri. Busy sangat lah tu~~
Alhamdullilah sekarang dah berada di rumah. 
Cuti kali ni agak istimewa sebab balik sebab mengundi~~oh saya dah 22?besar dah saya:p.
Cuti sampai Isnin ni,majoriti yang boleh mengundi,memang balik.
Alhamdullilah tadi tak sangkut jem sebab balik awal sikit:p
Bakal mengundi tahun ni,pengalaman baru buat saya.
InshaAllah
5 Mei 2013 ni.
Pagi saya pergi undi, lepas tu terus balik kampung mak.
Selamat mengundi semua!
Sempat jalan-jalan cuci mata tengok suasana pilihanraya ke 13 di Temerloh dan Mentakab.
Agak panas. Bawah ni saya letak gambar yang saya sempat curi ambil waktu memandu. (waktu trafficlight merah dan jem la~~)
Semoga kita semua dapat buat pilihan yang tepat dan bijaksana,inshaAllah.
Wassalam.


 kawasan Batu satu,Temerloh
simpang ke Jerantut
 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea