Wednesday, January 16, 2013

lagu-lagu zaman P.Ramlee:)

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 3:30 PM
Assalamualaikum.
Tiba-tiba mood 60-an datang.
Mula-mula saya tengah dengar lagu zaman kanak-kanak.
Lagu keluang man.
Hehe:p *padahal diri ni dah tua,sedarlah..:p
Mak dengar, mak cadang cuba dengan lagu ketipang payung.
Sekejap,apakah maksud ketipang?
Ada sesiapa yang tahu,tolong bagitahu saya ya:)
Terus saya search lagu tu kat youtube. Saya sendiri memang suka lagu tu:)
Lirik yang best dan rentak pun ceria,yuhuu!
Ni antara rangkap lirik lagu tu,

Ala payunglah payung, ketipang payung
Payung Sutera nak raja muda
Ala tolonglah tolong, cik abang tolong
Janganlah marah pada adinda


Teringat cerita Nujum Pak Belalang^^
Lepas tu saya terus sambung dengar lagu 60an lagi.
Lagu tiada kata secantik bahasa, tiru macam saya, engkau laksana bulan,di manakan ku cari ganti,saat yang bahagia,laju-laju buaiku laju dan macam2 lagi.
Mak pun suka.hehe sebab lagu-lagu tu mak tau:)
Walaupun ada yang cuba nyanyikan lagu-lagu ni semula, saya tetap suka versi original,lagi asli^^
nah saya tinggalkan anda dengan lagu ni,saya pasti ramai yang tahu.
ehehe
Aci-aci buka pintu.






lagu ni juga sua sue kemuning


0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea