By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdullilah hari ini selamat ke perkahwinan anak kepada du pupu saya. Kira pangkat anak saudara saya :P &...

wedding :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdullilah hari ini selamat ke perkahwinan anak kepada du pupu saya.
Kira pangkat anak saudara saya :P
"Mak cik" dah saya ni tetapi anak-anak saudara ramai dah kahwin.
Alhamdullilah seronoknya majlis hari ini.
Majlis diadakan di Dewan Jubli Perak,Kuantan. Teringat kenangan sewaktu menerima anugerah kecemerlangan di sana.:) 

Alhamdullilah, Allah bagi saya peluang walaupun diri ni tak berapa sihat. Saya gagahkan juga dengan niat untuk rapatkan silaturrahim. Alhamdullilah tenaga positif kebahagiaan orang lain macam dah "transfer" pada saya juga:) Sukanya saya sebab: 
Pertama sebab dapat jumpa saudara mara yang saya tak kenal dan yang lama saya tak jumpa.
Saya memang tak kenallah kalau mak tak tunjuk =( Sebab tak jumpa kan?
Kedua saya jumpa dengan salah seorang 2 pupu saya yang selama ni saya duk berkomen di laman maya sahaja:) 
Ketiga, dapat tengok perjalanan majlis yang pada saya sangat istimewa dan comel :) Tema Sakura,seriously very cute. Semoga ikatan perkahwinan yang terbina kekal abadi,inshaAllah.
 Ni saya nak kongsi sedikit gambar:

Malangnya saya punya bateri kamera sangat "low". :(



 pengantin

 bersama 2 pupu



 azeem:)

0 ulasan: