Thursday, September 06, 2012

S.M.I.L.E

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 10:43 AM

Bismilahirrahmanirrahim

Alhamdullilah diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu di laman alam maya ini.
Sebenarnya saya dah lama berjaya menghabiskan senaskhah buku coretan seorang selebriti terkenal di Malaysia.
Tak lain dan tak bukan, Irma Hasmie.
Buku yang diberi tajuk yang cukup istimewa bagi saya iaitu

S.M.I.L.E

Masih teringat waktu saya mula mengetahui tentang buku ini dari kaca TV, saya terus berazam untuk mendapatkannya. Saya jumpa buku ini di Popular Starmall,terus saya capainya. Kulit buku dihiasi gambar si penulis yang tersenyum membuat saya tersenyum sendiri.:)
Alhamdullilah saya berjaya membacanya dan itu membuat saya SMILE :)
Buku S.M.I.L.E ni memang menarik,sarat dipenuhi cerita-cerita yang berlaku di sekeliling kita.
Itu antara teknik penceritaan yang saya suka, belajar daripada kisah-kisah sekeliling kita.
Banyak manfaatnya sebenarnya.

Membuatkan buku ini lain dari lain, setiap akhir satu-satu kisah,ada nota daripada Kak Irma,dan paling lain dari lain ada kit tindakan untuk kita sebagai pembaca. Terus dapat aplikasi kisah-kisah yang menarik dalam buku ini dengan kehidupan sebenar kita.
Saya cadangkan anda dapatkan buku ini,karangan yang menarik daripada Kak Irma Hasmie.
Semoga Kak Irma dapat berkongsi lagi dengan kita. Semoga Allah membalas setiap tulisan kak Irma yang bermanfaat buat pembaca semua,inshaAllah.

Itu sahaja, selamat membaca dan SMILE selalu ya^^
wassalam.

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea