By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Damia Qaisara binti Ilyazar.  *Credit to Kak Amy for this picture Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdullilah  Kakak sepupu say...

welcome to to this world, Damia Qaisara :)

Damia Qaisara binti Ilyazar. 
*Credit to Kak Amy for this picture


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdullilah 
Kakak sepupu saya selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada hari Khamis lepas.
Tahniah buat Kak Ct dan suaminya.
Damia Qaisara nama diberi, saya belum berkesempatan melawatnya.
Comel dan putih^_^
Semoga menjadi anak yang solehah buat mama dan ayahnya.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:  “Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci fitrahnya.  
Ibubapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.” (HR Bukhari dan Muslim).

Selamat menjadi ibubapa kak ct dan suami:) hihi

*p/s:suka tengok baby dan bau baby:)

Wassalam.



0 ulasan:

29 September 2012 Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran buat sahabat baik saya,   Nova ...

Selamat hari lahir, Nova ^_^


29 September 2012



Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran buat sahabat baik saya, 

Nova Kasrianti binti Kasman. 

Semoga Allah melindungi awak dan memudahkan segala urusan awak. Terima kasih awak. Dah 22:) Saya sayang awak.


Buat awak,maaf saya tak dapat raikan hari lahir awak yang ke 22 ni.
Apapun, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik buat awak.

Saya tahu awak kuat dan sangat-sangat matang dalam membuat keputusan, because you're my sister..
Thanks for always praying for me,dear.
Happy Birthday,my dear!


Lots of love, 
Imah Ramli, your best friend a.k.a your sister :)

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah, 3 minggu semester sudah berlalu. Pantasnya masa berlalu. Saya kini sudah berada di semester k...

3 minggu berlalu

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah, 3 minggu semester sudah berlalu.
Pantasnya masa berlalu. Saya kini sudah berada di semester ke 6, inshaAllah masih berbaki 4 semester.
Peluang yang ada perlu saya nikmati dan hargai sebaiknya sewaktu berada di taman ilmu dan budi.
Semester baru dilalui bersama sahabat-sahabat yang cukup baik :)
Sentiasa menyokong antara satu sama lain.
Subjek-subjek semester ini:

Land Law 2
Company Law 2
Usul Fiqh 4
Public International Law 2
Photography 2
English for Writing Purpose
Equity and Trust 2
Alternative Dispute Resolutions

Selamat menghadapi semester baru buat saya dan semua pelajar UIA.
Allahumma rabbi yassir wala tuassir, Rabbi tamim bilkhoir.InshaAllah dipermudahkan segala urusan kita biarpun sesekali akan ada hujan dan badai yang melanda. Yakinlah itulah warna warni kehidupan dan di sebaliknya pasti mengajar kita tentang sesuatu.


Wassalam.

0 ulasan:

Bismilahirrahmanirrahim Entri kali ini tajuknya mungkin agak " jiwang"? Habiskan ayat pada tajuk itu ya:) Tak jiwang pun...

Rupanya saya suka kamu,wahai bunga:)



Bismilahirrahmanirrahim

Entri kali ini tajuknya mungkin agak " jiwang"?
Habiskan ayat pada tajuk itu ya:) Tak jiwang pun,cuma luahan hati seorang insan menghargai makhluk ciptaan-Nya.

Saya dulunya selalu mengaku tidak berminat kepada bunga-bungaan.
Sebenarnya saya tak perasan yang selama ni saya suka juga bunga.
Naluri seorang perempuan,mungkin?

Baru saya perasan kebanyakan apa yang saya beli ada bunga comel,suka tangkap gambar bunga, suka bergambar dekat dengan bunga, tersenyum bila tengok bunga yang cantik dan menawan hati ^_^

Tapi,satu je,saya lebih suka bunga segar,terasa gembira bila melihatnya. Seolah-olah bunga yang kembang mekar itu sedang tersenyum kepada saya.Bunga segar? Saya suka bunga ros,walaupun berduri tapi tetap indah dipandang. Bila tengok bunga ros atau mawar,pasti saya terfikir analogi bunga itu sesuai untuk seorang perempuan. Saya juga perempuan jadi saya senang memikirkan yang Allah sangat sayang seorang perempuan. Sejak kecil lagi kita dijaga oleh ayah,bila dah berkahwin,ada suami pulak. Seperti bungas mawar/ros sentiasa dilindungi oleh durinya,bukan? Sesuatu yang cantik mesti dijaga. Jadi perempuan pun cantik kan? Jadi jagalah diri kita sebaiknya,kerana kita adalah amanah pada diri kita.:)

Berbalik kepada cerita saya suka bunga.
Tapi bila beli bunga tak ori, saya ok je terutama untuk dalam rumah. Saya lebih memilih bunga seperti bunga sakura,lavender dan seangkatan dengannya sebab nampak comel.:) Benda comel akan menyerikan rumah anda,bukan?

Sekarang apa yang paling suka buat pagi-pagi bila keluar dari rumah,saya terus "jenguk" bunga seri pagi yang ditanam oleh mak saya. Kenapa pagi? Nama pun dah bunga seri pagi,waktu pagi jelah nak tengok bunga ni kembang mekar,subhanallah sungguh indah ciptaan Allah. Teraturnya mengikut kehendakNya.

Terasa nak "snap" gambar bunga-bungaan di taman bunga :) InshaAllah akan saya usahakan.

Firman Allah:
"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)."
AlQamar :49

wallahua'lam.:)


0 ulasan:

Bismilahirrahmanirrahim Alhamdullilah diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu di laman alam maya ini. Sebenarnya saya dah lama ber...

S.M.I.L.E


Bismilahirrahmanirrahim

Alhamdullilah diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu di laman alam maya ini.
Sebenarnya saya dah lama berjaya menghabiskan senaskhah buku coretan seorang selebriti terkenal di Malaysia.
Tak lain dan tak bukan, Irma Hasmie.
Buku yang diberi tajuk yang cukup istimewa bagi saya iaitu

S.M.I.L.E

Masih teringat waktu saya mula mengetahui tentang buku ini dari kaca TV, saya terus berazam untuk mendapatkannya. Saya jumpa buku ini di Popular Starmall,terus saya capainya. Kulit buku dihiasi gambar si penulis yang tersenyum membuat saya tersenyum sendiri.:)
Alhamdullilah saya berjaya membacanya dan itu membuat saya SMILE :)
Buku S.M.I.L.E ni memang menarik,sarat dipenuhi cerita-cerita yang berlaku di sekeliling kita.
Itu antara teknik penceritaan yang saya suka, belajar daripada kisah-kisah sekeliling kita.
Banyak manfaatnya sebenarnya.

Membuatkan buku ini lain dari lain, setiap akhir satu-satu kisah,ada nota daripada Kak Irma,dan paling lain dari lain ada kit tindakan untuk kita sebagai pembaca. Terus dapat aplikasi kisah-kisah yang menarik dalam buku ini dengan kehidupan sebenar kita.
Saya cadangkan anda dapatkan buku ini,karangan yang menarik daripada Kak Irma Hasmie.
Semoga Kak Irma dapat berkongsi lagi dengan kita. Semoga Allah membalas setiap tulisan kak Irma yang bermanfaat buat pembaca semua,inshaAllah.

Itu sahaja, selamat membaca dan SMILE selalu ya^^
wassalam.

0 ulasan: