Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua :-)

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 9:40 PM


Alhamdullilah, sebulan sudah kita berpuasa.
Sekarang ni mesti semua tengah mode raya kan? :)
Lama betul saya tak update blog ni, bukan setakat habuk,sawang pun ada kot :p
*konon sibuk cat rumah:p wee~~
Raya baru-baru ni saya balik kampung la kat Johor,kat Muo* ala yang popular dengan mee siput&mee bandung tuh, duduk di taman memang tak best bila tiba musim raya sebab majoriti balik kampung. Jadi saya pun balik kampung. Paling penting nak jumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa. Yippie!! :)
Alhamdullilah dapat jumpa saudara mara,sambut hari raya,bermaaf-maafan, sembang sampai tengah malam dengan si paeen bubu a.k.a my cousin:p

Raya pertama ke Parit Tengah,Sri Merlong,Rengit,rumah sahabat baik mak,Mak Cik Rubi.Nenek,mak kepada Mak Cik Rubi pun ada,lama tak jumpa nenek ni. Kawan juga dengan anaknya, si Aty. Da setahun lebih tak jumpa kot?Sukanya mak saya hehe Dah lama mereka kawan. Mungkin lebih 30 tahun:) Mak Cik rubi dah ada cucu. Mak belum lagi,akan datang:p

Raya kedua,raya di kampung parit Bengkok. Masa tu majoriti ada balik. Bermaaf-maafan malam tu,touching:-( Tiba-tiba air mata tak tertahan sebab ingat ayah dan nenek. Lepas tu rasa terharu sebab even ayah dah tak de, seluruh keluarga ayah layan kami sama seperti dulu. Sayang korang semua ^_^ Lepas tu,pergi rumah sebelah,rumah Paman Daim,adik ayah sebab nak discuss pasal sepupu nak bertunang. Malangnya tak dapat ikut sebab raya ke 5,masa tu dah balik Pahang. Malam tu sambung raya lagi. Raya malam-malam ni best gak,kacau orang nak tidur:p Sepupu-sepupu dok main mercun,habis bergegar kampung tu:)Malam tu balik raya,duk sembang kat pondok dengan sepupu-sepupu,balik rumah tak habis lagi sembang. Semua dah nak tidur tapi saya dan Paeen Bubu dok potpetpotpet. Almaklumlah dah lama tak macam tu,dan bukan senang nak jumpa. Kalau dulu,kami memang kamceng sangat. Semua benda sama masa kecik dulu. (psst... sekarang hp sama model kan?:p)
Raya ke 3 pulak,sambung raya. Dah la tidur pukul 3 pagi. Bangun siap-siap pergi raya baruh *betul ke baruh??:p Rumah atok-atok sedara. Dalam pukul 12.30 habis raya,saya dan mak siap-siap nak balik Pahang pulak. Bertolak ke Pahang awal tapi malam baru sampai gara-gara jem di Bahau. Dugaan~~:)Alhamdullilah sampai di Pahang,perlu balik rumah dulu sebab agak letih*walaupun drive kereta auto kot!

Raya ke 4, ke kampung belah mak. Masa untuk menziarahi saudara mara mak saya pula:) Tengok anak-anak sepupu dah besar panjang*besar daripada saya:p Singgah rumah Mak Cu,siap makan nasi lagi. Memang tak cukup sepinggan kalau makan rumah Mak Cu sebab sedap sangat. Pasal ada lauk kampung,yummy!* makan lagi..ngee~~ Jumpa Azeem,anak sepupu,besar sudah dia. Comel je,mulut pun da riuh..:) Balik dari kampung mak dah petang,penat tapi gembira!

Raya ke 5, saya dan sahabat ke suatu destinasi baru. Si putih belum pernah sampai sana. Alhamdullilah jumpa jugak kenduri kahwin di Jerantut. Sampai juga sana: )Terima kasih jemput kami, Kak Huda,Hashim sekeluarga.^_^

Raya ke 7, buat jamuan kat rumah. Terima kasih pada yang datang. Maaf pada geng konvoi tak ikut tahun ni sebab saya memang merancang untuk bercuti seketika daripada konvoi:)

Hari ni raya ke 9 sudah kembali berpraktikal di pejabat. Rasa sayang bila fikir hanya 3 hari lagi je berbaki sebelum saya habis berpraktikal di sana. Terima kasih buat semua bos dan staff kat pejabat:)

Sempena syawal mulia ni, saya dan mak menyusun sepuluh jari,memohon kemaafan di atas segala salah dan silap sepanjang ini. Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik ^_^
Jom puasa 6 pula:)

Wassalam

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea