By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

assalamualaikum semua.:) lama tak update, sekarang tak nak cerita lagi. kesimpulannya,alhamdullilah saya dalam keadaan baik. semoga semua pu...

saya:)

assalamualaikum semua.:)
lama tak update, sekarang tak nak cerita lagi.
kesimpulannya,alhamdullilah saya dalam keadaan baik.
semoga semua pun ceria-ceria sokmo ye!

wassalam,jaga diri baik2 ye!

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim. Saya kira masih belum terlewat untuk saya layangkan setinggi ucapan tahniah dan seinfiniti rasa syukur di atas per...

Selamat Melangkah ke Alam Baru,sahabat:)



Bismillahirrahmanirrahim.

Saya kira masih belum terlewat untuk saya layangkan setinggi ucapan tahniah dan seinfiniti rasa syukur di atas pernikahan sahabat saya yang berjalan lancar pada Sabtu lepas. Alhamdullilah berjalan lancar. Sahabat saya itu sudah pun bertemu pemilik tulang rusuknya:) Janji Allah tentang jodoh itu pasti tertunai.

Walaupun pada mulanya agak sedih kerana saya tidak hadir pada hari yang bersejarah buat sahabat saya ini,tetapi saya rasa tak perlu sedih sebab harapan saya moga doa sentiasa mengiringi sahabat saya dan suaminya dan seterusnya inshaAllah membina keluarga yang bahagia.

Walaupun saya sendiri belum melangkah ke gerbang itu, saya nak kongsikan pesanan daripada orang-orang lama untuk semua^_^ :

  • Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
  • Pernikahan bukan hanya sehari, tetapi suatu perjalanan menuju ke syurga,insha Allah.
  • Selamat berbahagia, bertabah, saling menerima dan memahami dan paling penting semoga rahmat cinta membawa ke jalan syurga.
  • Moga jadi isteri cerdik dan solehah,penyejuk mata,penawar hati,penajam fikiran. Di rumah dia isteri di jalanan kawan.Pabila dia buntu kamu jadi penunjuk jalan berdasarkan pada panduanNya:)

Ingin saya peringatkan tentang satu ayat dalam Al-Quran,inshaAllah baik untuk dijadikan doa:)

Firman Allah s.w.t:
Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa."
(Al-Furqan:74)

Akhir kalam, semoga ikatan pernikahan sahabat saya sentiasa dalam rahmatNya:)

p/s: dapat jemputan kahwin sahabat sekolah rendah pulak bulan Julai ni:) InshaAlllah mahu hadir di hari bahagianya.

2 ulasan: