By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim Hari ni dengan rasminya,kelas saya untuk semester ini tamat. The end. Pantas sungguh masa berlalu. Rasa bar...

Selamat menduduki peperiksaan akhir,khas buat warga pelajar Uia


Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni dengan rasminya,kelas saya untuk semester ini tamat.
The end. Pantas sungguh masa berlalu. Rasa baru lagi masuk 3rd year,tetapi terimalah kenyataan yang masa mengejar kita.
Berbalik pada tajuk asal,saya bukan nak cerita tentang kepentingan masa:) Tapi tak dapat lari dari masa kan?
Kesempatan yang ada ni, saya nak layangkan ucapan selamat berjaya untuk periksa akhir yang bakal bermula minggu depan terutama warga AIKOL,UIA Gombak.
Periksa-periksa pun ,jangan lupa Allah:)

Gunakan masa dan ruang yang ada ni sebaiknya. InshaAllah, Allah akan bantu kita bukan untuk final exam je tapi untuk setiap urusan kita.
Berhati-hati waktu menjawab,jangan lupa ucapkan terima kasih pada guru-guru kita. Hubungi ayah ibu tercinta. Esok saya nak balik kampung. Biarlah apa orang nak kata sebab saya selalu balik sebab pada saya selagi ada ruang dan waktu, hargailah kedua orang tua kita. Balik nak jumpa mak,salam mak dan ucapkan terima kasih dan minta maaf kepada mak. Masa balik saya tahu sebenarnya mak sangat gembira. Itu lagi buat saya bahagia,bika tengok senyuman insan yang tersayang.

Mesti kawan-kawan sibuk mengulangkaji pelajaran kan? Semoga dipermudahkanNya untuk kita semua. Walaubagaimanapun, percayalah pada diri sendiri, belajar ikut strategi tersendiri, ikut jadual yang dibuat, dan pastikan juga rehat yang cukup. Jangan terlalu memaksa diri sehingga menyebabkan otak terlalu penat dan tidak dapat jawab dengan baik pada hari peperiksaan nanti.
Saya pun tak nak berceloteh panjang.

Saya nak minta maaf kepada semua sahabat yang pernah terguris dengan kata-kata dan tindakan saya...:) Terima kasih juga sebab sama-sama melalui kehidupan yang penuh suka dan duka terutama buat sahabat baik saya,aAisyah dan rakan sebilik saya yang 3 orang ni^_^ Korang memang "awesome" ,sanggup melayan saya yang kadang-kadang seperti kanak-kanak.

Di kesempatan ini juga saya nak ucapkan terima kasih buat semua pensyarah di AIKOL,tak lupa juga di IRKHS dan CCAC. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian:)
Sampai di sini sahaja,saya tinggalkan anda dengan kata-kata ini:

“Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”
Selamat maju jaya:)

assalamualaikum^_^

2 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim sahabat saya berkongsi dengan saya lagu ini. saya nak kongsi dengan anda semua. jangan hanya mendengar tanpa mengha...

Dilema Cinta Illahi. Jom hayati lagu ini:)


bismillahirrahmanirrahim

sahabat saya berkongsi dengan saya lagu ini.
saya nak kongsi dengan anda semua.
jangan hanya mendengar tanpa menghayati.
Selamat menghayatinya.

Sebuah lagu nyanyian kumpulan For Heart


"Puas kucoretkan kata cinta ini,
beriringan kata seindah bicara,
lautan api telah pun ku selami,
namun geloranya tetap sama.

Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU,
dan ke manakah REDHA-MU,
ke manakah RESTU-MU.

dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU...."

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim. Selamat Hari Guru saya ucapkan buat semua insan bergelar pendidik secara formal mahupun tidak formal. Uca...

Selamat Hari Guru


Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat Hari Guru saya ucapkan buat semua insan bergelar pendidik secara formal mahupun tidak formal.
Ucapan ini saya layangkan khas buat ibu saya, Puan Salmiah Ibrahim, guru di Tadika Kemas Chenor,, warga pendidik SK Lebak, Temerloh, SMA Al-Khairiah, Pusat Tuisyen Domino, Kolej Komuniti Temerloh, Pusat Asasi UIA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Tak lupa buat semua insan yang hadir dalam kisah kehidupan saya,anda juga mengajar saya tentang sesuatu walaupun kadang-kadang saya tidak menyedarinya.:)
Terima Kasih atas ilmu yang dicurahkan.
Semoga Allah membalas jasa kalian semua.

Wassalam.

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Sekian lama blog saya sepi tanpa sebarang coretan. Hari ini saya mesti lakarkan sesuatu :) Sudah hampir 6 bu...

Terima kasih, fotografi:)

Bismillahirrahmanirrahim
Sekian lama blog saya sepi tanpa sebarang coretan.
Hari ini saya mesti lakarkan sesuatu :)
Sudah hampir 6 bulan bersama si nikon sayang:)
Banyak yang saya pelajari semenjak berteman dengan kamera kesayangan ini.
Salah satu yang yang saya cukup hargai ialah minat saya ini mengajar saya untuk lebih dekat dengan dunia sekeliling.
Belajar tentang ciptaan Yang Maha Esa. 
Belajar tentang proses kehidupan insan sekeliling.
Belajar tentang segalanya sewaktu lensa mata mula tertumpu dan seterusnya lensa kamera mula merakamkan setiap detik itu.
Teringat kata-kata seorang sahabat baik saya: Buatlah apa yang kita suka sebab itu satu kepuasan.
Terima kasih ,kawan:) Benar kata awak, setiap kali saya bersama si nikon merakamkan detik sekeliling,saya rasa sangat gembira sebab itu antara yang saya paling suka.
Tidak memiliki DSLR bukan bermaksud tak boleh shoot. 
Yang penting kita boleh rakamkan detik itu mengikut interpretasi kita sendiri sehingga membolehkan "audience" memahami dan belajar sesuatu dari foto itu:)
Jadi pesan saya buat semua, lakukan sesuatu yang anda suka selagimana ia tidak bertentangan dengan kehendak-Nya.InshaAllah itu salah satu cara anda menghargai segalanya.
Percaya pada diri:) Berikan peluang untuk diri anda. 
Kepada yang punya minat seperti saya, ayuh jadikan minat kita bermanfaat untuk semuanya juga.
Hari ini saya "shoot" di Pekan Sehari Temerloh". Tempat saya sendiri:)
Saya akan kongsi beberapa foto sepanjang saya bersama nikon sayang.
Selamat berhujung minggu dan semoga hari ini lebih baik daripada sebelumnya:)

NHAR 1608,
Wassalam


0 ulasan: