By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah,semalam berjaya juga buat mee hailam untuk cubaan kali pertama. Jadi,saya nak kongsi resepi macam man...

Resepi Mee Hailam

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdullilah,semalam berjaya juga buat mee hailam untuk cubaan kali pertama. Jadi,saya nak kongsi resepi macam mana nak buat mee hailam ni.Insha Allah mudah je:)

Bahan-bahan

500gm mee kuning(yang sepaket tu)
Semangkuk udang saiz sederhana
Sedikit sotong
1 keping dada ayam
2 cili padi
Secawan cendawan
2 biji tomato,jangan lupa belah ye
Sedikit daun kobis,dikerat
1 cawan taugeh
2 keping tauhu,dipotong 8 dan goreng
Daun sup ,daun bawang dan cili padi dihiris
Bawang goreng untuk hiasan
4 ulas bawang putih,ditumbuk lumat
3 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar sos lada hitam
1/2 camca teh minyak bijan
(gaul semua sos dalam mangkuk)
1 camca teh kicap pekat
1 1/2 camca besar tepung jagung (dibancuh)
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara
1-Basuh mee.Ketepikan. Basuh udng. Perapkapkan udang dengan garam selama 5minit. Cuci sotong. Potong ayam kecil-kecil dan cucikannya.
2-Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan udang dan sotong sehingga warna kekuningan.
3-Ambil separuh dari udang yang ditumis tadi. Tumbuk sehingga lumat. Masukkan ke dalam periuk yang diisi air. Renihkan selama 15minit. Tapis dan asingkan stok udang tersebut.
4-Tumiskan bawang putih yg dah ditumbuk bersama sedikit minyak sehingga naik bau. Masuk udang yang direnih,ayam,sotong dan udang. Kacau dan goreng selama 3 minit.Masuk sos yang sudah dibancuh dalam bekas tadi. Biar sampai mendidih.
5-Masukkan kobis,tomato,cendawan,tauhu dan lada benggala.Masakkan dalam 5-7minit. Tambah air jika perlu
6- Masuk bancuhan tepung jagung dan kicap pekat. Kacau sampai rata. Masukkan taugeh. Masuk garam dan gula secukupnya. Kemudian masukkan mee.Hidangkan panas.Masa nak makan tabur hirisan daun sup,daun bawang dan cili padi. Siap dimakan:)

Selamat Mencuba!
Wassalam.

0 ulasan:

Malam itu Haris duduk termenung di kerusi malas yang diletakkannya di suatu sudut di ruang tamu teratak indah peninggalan arwah ayah dan i...

Air dicincang tidak akan putus.



Malam itu Haris duduk termenung di kerusi malas yang diletakkannya di suatu sudut di ruang tamu teratak indah peninggalan arwah ayah dan ibunya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Fikirannya mula melayang memikirkan di mana adiknya,Irfan. Menu makan malam yang dibelinya untuk Irfan masih belum disentuh. Dia ingin sekali menjamu hidangan itu bersama adiknya. Malangnya, adiknya itu masih belum pulang walaupun hari sudah lewat.

Haris terlelap menunggu adiknya. Tiba-tiba kedengaran deruman enjin kereta Savvy kepunyaan adiknya di luar. Kereta itu dibeli oleh Haris sejurus selepas mendapat bonus pertamanya. Dia rela menggunakan motosikal demi menghadiahi adiknya sebuah kereta. Namun,kini Haris sudah punya Honda City yang baru dibelinya minggu lepas setelah 5 tahun menggunakan khidmat motosikal kesayangannya. Haris terjaga dari lamunan mimpinya,hatinya memanjatkan rasa syukur kerana adiknya pulang dengan selamat. Irfan masuk ke ruang tamu,dia berlalu tanpa menyapa abangnya yang tersenyum menanti kepulangannya.Haris mengajaknya untuk makan,namun sama sekali tidak diendahkan adiknya itu. Haris bersangka baik,mungkin Irfan sudah makan di luar. Si abang ini tidak pernah sama sekali memarahi si adik.Malam itu berlalu dengan begitu sahaja.

Keesokan harinya,pagi-pagi lagi Haris sudah bangun,selesai solat Subuh,dia terus ke dapur. Hari ini dia ingin sekali memasak makanan kegemaran adiknya itu,nasi goreng mamak. Buku resepi arwah mama dibelek-belek sehinggalah helaian yang tercatatnya resepi itu. Haris hampir saja menitiskan air mata membaca nota kaki yang dicoret oleh arwah mamanya itu. “Masakan kegemaran anakku,Irfan. Gembira aku memerhatikan riak wajahnya ketika menikmati hidangan ini. Pasti akan kuingat sampai bila-bila.” Haris mahu adiknya gembira seperti dulu. Haris menjaga Irfan bagai menatang minyak yang penuh sejak kematian ayah dan ibu mereka 13 tahun lalu. Namun, sikap Irfan berubah sejak kematian ayah dan mama. Dia sudah tidak seceria dahulu, dia lebih senang bersama rakan-rakan berbanding dengan abangnya,Haris. Segala keinginan Irfan dipenuhinya,namun hubungan mereka tetap tidak seperti dahulu.

Irfan menuju ke dapur. Irfan tampak segak dengan mengenakan kemeja t bewarna putih. Haris memuji adiknya, “subhanallah,hensemnya adik abang ni”. Irfan hanya diam membisu,lantas mencapai kunci keretanya yang digantung pada dinding ruang tamu. Haris mengajak adiknya bersarapan,Irfan seraya berkata yang dia tidak punya selera dan mahu segera ke kolej. Alangkah sedihnya Haris,usahanya menyiapkan hidangan kegemaran adiknya tidak dihargai. Namun,jauh di sudut hati,Haris tidak pernah berdendam dengan adiknya,jauh sekali mahu membencinya. Sayangnya pada Irfan tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.Irfanlah satu-satunya keluarga terdekat yang dia ada. Kelibat Irfan berlalu pergi. Kereta Savvy warna kuning dipecut laju. Haris hanya tersenyum memerhatikan gelagat adiknya,dia hanya mampu mendoakan adiknya itu akan memaafkannya. Haris terus bersiap-siap menuju ke tempat kerjanya, di Bangsar.

Peristiwa 13 tahun lalu masih jelas terbayang. Haris menyertai program motivasi UPSR di Janda Baik anjuran sekolahnya. Sewaktu mengikuti aktiviti jungle-trekking,tiba-tiba Haris pengsan. Dia dikejarkan ke hospital Bentong oleh guru pengiring. Wajahnya pucat lesi. Cikgu Hasni, guru pengiring untuk program itu segera menghubungi ayah dan mama. Ayah dan mama ketika itu menghadiri majlis graduasi tabika Irfan. Majlis itu terpaksa ditinggalkan segera,Irfan ketika itu belum mengerti apa-apa. Dia hanya mampu menangis sewaktu diheret ayah dan mama ke kereta untuk ke hospital Bentong. Dia hanya faham yang abangnya Haris sakit. Irfan memang rapat dengan Haris. Mereka berdua ibarat belangkas,segalanya dilakukan bersama. Irfan sangat saying akan abangnya itu.

Toyota Estima bewarna putih dipandu laju oleh ayah. Mama pula menangis kerana risaukan Haris. Irfan sudah terlelap di tempat duduk belakang. Hujan renyai-renyai menyukarkan pergerakan kenderaan di jalan raya. Keadaan jalan agak sesak. Ayah terus memecut laju selepas tol Gombak. Mama pula tidak henti-henti berdoa agar Haris sedar dari pengsan. Panggilan dari Cikgu Hani mengecewakan mama dan ayah. Haris telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Keadaannya semakin teruk. Hujan lebat menemani perjalanan mereka ke hospital. Beberapa kali ayah hampir terlepas kawalan Toyota Estima kerana keadaan jalan yang agak licin,namun ayah cekap mengembalikan keadaan itu seperti sediakala. Mama berasa tidak sedap hati,lantas menegur ayah supaya berhati-hati. Irfan sudah terjaga dari lelapnya terus ke tempat duduk bahagian depan dan memeluk mama kerana takut. Ayah membelok kea rah petronas Paya Serai. Perjalanan menggunakan Lebuhraya Karak terasa jauh. Ayah menuang minyak ke dalam tangki Toyota Estima mereka.Perjalanan diteruskan,ayah terus memandu laju tanpa mengendahkan nasihat mama. Ayah biasanya bukan begitu orangnya. Rasa bimbang terhadap anak sulungnya Haris jelas terpancar pada riak wajahnya. Dia mahu cepat sampai di sisi Haris. Haris sangat rapat dengan ayah berbanding dengan Irfan. Haris langsung tidak boleh berenggang dengan ayahnya itu. Pernah suatu ketika ayah menghadiri kursus di Tokyo ,Haris tidak lalu makan dan asyik menangis.Puas mama memujuknya.

Sampai di suatu selekoh selepas terowong Genting Sempah, jalan agak licin,ayah tidak mampu lagi mengawal kenderaan yang dinaiki mereka lalu merempuh pembahagi jalan. Dentuman kuat membuatkan kenderaan yang dinaiki mereka hampir musnah. Orang ramai yang berhenti meyaksikan tragedi itu hanya sempat menyelamatkan Irfan sebelum kenderaan mereka musnah terbakar.Semuanya terjadi di hadapan mata seorang anak kecil ketika itu,Irfan. Semenjak kejadian itu,Irfan menganggap abangnya menyebabkan mama dan ayah tiada lagi di dunia ini.Entah kenapa hatinya cukup sukar untuk mesra seperti dahulu. Jauh di sudut hatinya,dia amat menyayangi abangnya. Cuma dia belum bersedia untuk kembali mesra seperti dahulu.

Kini,walaupun mereka berdua tinggal serumah,Irfan tetap sibuk dengan halnya sendiri. Sewaktu dalam perjalanan pulang dari kolej,tiba-tiba Irfan teringat pesan ayahnya, “Adik dan abang mesti selalu sayang antara satu sama lain walaupun bila mama dan ayah dah tak de”. Air matanya mengalir mengenangkan perbuatannya selama ini. Selalu sahaja tidak mempedulikan abangnya sedangkan abangnya sesekali tidak pernah mengabaikannya. Deringan telefon bimbitnya membuatkan Irfan tersentak. Dia terus berhenti di bahu jalan untuk menjawab panggilan itu. Irfan memang seorang yang amat berhati-hati sewaktu memandu,dia trauma dengan kejadian yang menimpa ayah dan mama. Di hujung talian kedengaran suara abangnya,Haris member salam, “Assalamualaikum,dik. Abang minta maaf tak dapat sambut hari lahir adik sama-sama malam ni.Abang perlu mewakili syarikat ke UK untuk pembentangan”. Irfan hanya terdiam seketika seraya berkata, “Tdak mengapa,bang” Sebenarnya dia sendiri lupa hari ini hari lahirnya yang ke21,patutlah abangnya bersungguh-sungguh menyiapkan sarapan pagi untuknya. Haris terus mengemas pakaiannya,kali ini dia sebenarnya bukan mahu menyelesaikan urusan kerja tetapi dia perlu menjalani suatu rawatan untuk penyakit kanser hatinya yang sudah berada pada tahap terakhir. Selama ini, dia hanya perlu “menghilangkan diri” paling lama pun 2hari. Kali ini dia perlu menjalani rawatan selama 2 minggu di sebuah hospital pakar di ibu kota. Haris terus memandu Honda City hitam kepunyaannya menuju ke hospital. Dia sempat menyelitkan satu sampul surat bawah bantal di biliknya sebelum bertolak.

Irfan tiba di rumah tidak lama kemudian. Dia menuju ke ruang makan. Masih terhidang sempurna nasi goreng mamak kegemarannya. Hasil air tangan abang kesayangannya. Dia terus menjamu hidangan itu. Di sebelah pinggan itu ada buku resepi kepunyaan mama. Dia mula mengerti betapa sayangnya Haris kepadanya. Helaian resepi nasi goreng mamak penuh dengan kesan minyak. Bersungguh-sungguh abangnya menyediakan hidangan ini. Dia mencapai telefon bimbitnya lantas menghubungi abangnya. Haris ketika itu baru sahaja selesai menguruskan urusan kemasukannya ke wad. Dia menjawab dengan tenang seolah-olah dia berada di tempat dia sedang meyelesaikan urusan kerjanya. Haris cukup terharu kerana ini kali pertama Irfan berbual rancak dengannya. Di akhir perbualan, Irfan sempat mengatakan bahawa dia amat sayang akan abangnya itu.

Semenjak hari itu, mereka saling berhubung melalui telefon.Segala kenangan sewaktu kecil diimbas kembali. Irfan seringkali tertawa mendengar celoteh abangnya itu. Sesekali Irfan pernah meminta untuk membuat panggilan video,namun ditolak Haris dengan baik. Dia tidak mahu adiknya itu tahu keadaannya sekarang. Irfan mula mengesyaki sesuatu. Abangnya itu biasanya jika dia ada tugas di luar Negara dia pasti membuat panggilan video. Irfan terlalu rindu abangnya.

Pada suatu pagi, Irfan tidak mempunyai apa-apa kelas kerana baru sahaja selesai menduduki ujian akhir. Dia mengemas rumah yang selama ini diuruskan oleh Haris sahaja. Susun atur perabut masih sama seperti mama dan ayah masih ada. Irfan masuk ke bilik abangnya,Haris. Segalanya tersusun rapi. Irfan menepuk-nepuk bantal di bilik itu. Tiba-tiba, satu sampul surat bewarna coklat terjatuh di lantai. Mulanya Irfan tidak mahu membukanya kerana menyangka ia berisi urusan kerja abangnya yang bergelar jurutera itu. Namun,setelah dilihat tertera namanya pada permukaan sampul surat itu. Dia membukanya. Isinya berbunyi begini,

“Buat adikku tersayang Irfan Hafiz bin Haikal,

Hari ini hari lahirmu ke 21. Abang amat gembira kerana adik abang ini masih diberikan ruang dan kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk sama-sama menjadi khalifah di muka bumi ini. Masih terbayang sewaktu adik masih kecil,selalu sahaja tersenyum kegirangan. Walaupun kini hubungan kita agak renggang,namun abang tak pernah menyalahkan adik. Abang tetap sayang adik sampai bila-bila. Abang harap kita masih punya peluang untuk melakukan perkara yang sudah kita abaikan sebagai abang dan adik bersama. Doakan abang diberikan kesempatan itu.Sempena hari lahirmu ke 21 dik,abang ingin sekali menghadiahkan adik sebuah diari abang untuk menyampaikan abang sangat sayang akan adik.Jaga dirimu baik-baik.Abang amat berharap adik akan memaafkan abang suatu hari nanti sebelum abang pergi menemui Yang Maha Esa.Wassalam”

Abangmu,

Haris Ilyas bin Haikal


Diari itu memang penuh dengan harapan si abang agar mereka kembali berbaik seperti dahulu. Sesungguhnya dia rindukan saat itu.Sejurus selepas membaca sebahagian isi kandungan diari itu,Irfan terus mencapai telefon bimbitnya. Sepatutnya hari ini abangnya akan pulang ke teratak mereka. Panggilannya tidak dijawab. Saat itu,Haris telah dihantar ke Unit Rawatan Rapi kerana komplikasi yang agak serius. Dia tidak sedarkan diri sejak tengah malam tadi. Irfan mula bimbang lantas menghubungi Aiman,sahabat baik abangnya sejak zaman persekolahan. Aiman yang ketika itu berada di hospital tidak mampu lagi menyembunyikan penyakit Haris. Janjinya terhadap Haris untuk menyembunyikan hal itu terpaksa dimungkiri.Aiman merasakan yang Irfan perlu tahu hal ini sebelum terlewat

Hati Irfan luluh setelah mendengar perkhabaran itu. Terasa bagaikan sinar kebahagiaan yang baru tersemai antara adik dan abang itu sudah tiada lagi. Abangnya kini tidak sedarkan diri. Rupa-rupanya abang menyembunyikan keadaan kesihatan dirinya. Tanpa berlengah lagi Irfan terus memecut laju ke hospital. Dia sampai di hadapan Unit Rawatan Rapi hospital setengah jam kemudian. Aiman memeluk Irfan dan memberikannya kata-kata semangat. Sejak hari itu, kebanyakan masa cuti semester Irfan dihabiskan di hospital untuk menemani abangnya. 2minggu berlalu ,Haris masih tidak sedarkan diri. Irfan sentiasa mendoakan agar abangnya kembali seperti dahulu. Satu pertiga malam digunakan sebaiknya untuk memohon kepada Yang Maha Esa. Sesekali terkenang saat mereka tertawa bersama,air matanya jatuh menitis,sebak di dada tidak mampu ditahan lagi. Tambah pula,terkenangkan sewaktu dia tidak mempedulikan abangnya. Dia tidak mahu jadi adik yang selalu tidak menghiraukan abangnya lagi. Perkhabaran yang diterima daripada doktor cukup menyentak hatinya.Bila-bila masa sahaja dia perlu bersedia dengan khabar pemergian abangnya itu.

Sebulan berlalu tanpa khabar berita. Irfan tetap mendoakan yang abangnya akan sedar semula. Bagi Irfan harapan itu tetap ada,jadi jangan berputus asa berdoa padaNya. Pagi itu Irfan kembali ke rumah. Niatnya mahu mengemas rumah,keluarga dari sebelah mama dan ayah pun ada di rumah. Mereka melawat Haris. Tiba-tiba telefon berdering. Irfan amat pasti itu panggilan dari pihak hospital. Irfan menjawab panggilan itu dengan tenang sedangkan hatinya gundah-gulana,perkhabaran apa yang bakal diterimanya. Moga-moga perkhabaran yang positif tentang keadaan abangnya.

Irfan seolah-olah tidak percaya suara yang didengar di hujung talian. Suara yang amat dia rindu. Suara itu suara abangnya,Haris.Ya Allah! Benarkah itu suara abangnya?

Irfan terus sujud syukur.Keluarga yang berada di rumah turut gembira mendengar perkhabaran itu. Mereka 5 buah kereta terus menuju ke hospital selesai solat Zohor berjemaah. Irfan berlari menuju ke arah Unit Rawatan Rapi hospital,namun abangnya sudah tiada lagi di situ. Jururawat mengkhabarkan bahawa abangnya sudah dipindahkan ke wad berdekatan.

Irfan dan ahli keluarga yang lain menuju ke wad tersebut. Wajah Haris tersenyum girang menyambut kehadiran adiknya,Irfan dan ahli keluarga yang lain. Haris Nampak keletihan namun tetap mengukirkan senyuman.Irfan memeluk abangnya itu sambil membisikkan , “saya sayang abang”. Haris menitiskan air mata kegembiraan,alhamdullilah . Alhamdullilah segalanya kembali seperti biasa.

Sejak hari itu,Irfan menjaga abangnya dengan baik sekali. Haris kini sudah mampu bergerak sendiri.Doktor juga menyatakan bahawa kes ini jarang sekali berlaku. Alhamdullilah,Haris disahkan bebas dari sebarang penyakit. Baginya,itulah keberkatan doanya dan adiknya selama ini. Alhamdullilah. Malam selepas Haris dikeluarkan ,mereka solat berjemaah bersama. Rasa syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.Sejak hari itu,Irfan menjaga abangnya dengan baik sekali. Haris kini sudah mampu bergerak sendiri.

Dua bulan berlalu dengan pantas sekali. Setiap kali punya masa terluang mereka pasti melakukan aktiviti bersama. Bagi Haris dan Irfan peluang ini adalah hadiah daripada Yang Maha Pencipta. Begitulah hebatnya kuasa doa. Jadi jangan sesekali berputus asa.Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Firman Allah bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)


Benarlah juga air dicincang tidak akan pernah putus.


Karya NHAR.

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah,saya masih diberi ruang untuk menitipkan sedikit peringatan. Buat diri ini dan juga semua,khusus kepa...

Jaga auratmu,wahai wanita:)



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah,saya masih diberi ruang untuk menitipkan sedikit peringatan.
Buat diri ini dan juga semua,khusus kepada wanita.
Saya sudah lama memendam hasrat ingin menulis tentang ini dan akhirnya alhamdullilah kekuatan itu sudah ada.Saya menulis entri ini bukan kerana saya bagus tetapi saya mahu menyampaikan apa yang kadang-kadang kita lupa dan alpa.
Segala kritikan yang membina untuk saya,saya terima.Saya sendiri masih berusaha membaiki diri.Berubah itu mungkin mudah tetapi untuk istiqamah pada perubahan itu agak sukar,namun ia bukannya mustahil.

Saya sayang sahabat muslimah di luar sana:)
Jadi mari kita renung diri kita bersama tentang penjagaan aurat.
Sesekali jangan dipandang enteng kerana itu perintah Allah,kita sebagai hamba-Nya wajib mematuhiNya dan yakinlah Allah itu tahu apa yang terbaik.




Memerhatikan persekitaran kita pada hari ini, ambil masa untuk lihat diri kita. Sudahkan kita memelihara aurat kita daripada ditatap insan yang tak sepatutnya? Jangan kita membalut aurat tetapi tutuplah ia dengan sempurna.^_^

Aurat wanita,apa dah jadi? Sempurnakah kita menutup aurat mengikut garis panduan dalam Islam?
Seringkali kita mendengar seindah hiasan adalah wanita solehah. Walaupun digambarkan sebagai hiasan ,jangan pula kita dengan semudahnya "memaparkan" segala bahagian tubuh. Kenapa ada di antara kita yang lebih senang keluar dengan berskirt pendek,berseluar ketat,berbaju nipis? Mungkin ada yang mengatakan untuk nampak cantik,slim? Boleh je nak pakai semua tu tapi pakailah kat tempat yang tak de bukan mahram. :) Bukan untuk ditayangkan pada si lelaki yang tak berhak di luar sana.

“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah “- Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Mungkin ada yang kata gembira sebab ramai lelaki suka begitu. Jadi pujaan lelaki. Renungkan semula,pandangan istimewa daripada lelaki itu dengan sebab hasil pendedahan kecantikan yang memukau. Semua itu hanya sementara sedangkan azab Allah menanti.Sayangkan tayang begitu je? Sedar atau tidak, kita juga menyebabkan kaum Adam ke lembah maksiat dengan berpakaian tidak menutup aurat.

Aurat wanita merupakan antara bahaya tersembunyi yang boleh merosakkan iman kaum lelaki secara halus, (hinggakan pak-pak Imam pun boleh jatuh tersungkur). Akibat dari wanita-wanita seksi dan tidak menutup aurat dengan betul lah maka wanita-wanita yang menutup aurat pun menjadi mangsa, kerana lelaki boleh membayangkan tubuh wanita hasil dari yang ditengok dari wanita-wanita seksi terutamanya yang menampakkan bentuk tubuh sebelum itu. Pernah terdengar perbualan kaum Adam,katanya"Kalau orang dah bagi tengok,aku tengok jelah,free tu". Nauzubillah minzalik. Perbuatan wanita yang mendedahkan aurat membuatkan lelaki berasa tertekan sehingga memungkin perkara tidak baik berlaku.

Allah berfirman:


Maksudnya: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, “Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…” (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

Baca ayat di atas juga,janji Allah,keselematan pasti terjaga dengan menutup aurat. Allah nak jaga hambaNya. Allah Maha Mengetahui sifat hambaNya.Mungkin ada yang akan kata" eleh..yang tutup aurat pun kena ganggu". Berbalik kepada perintah Allah,menutup aurat itu wajib bagi semua. Jika kita tak tutup aurat dengan sempurna sebenarnya secara tak langsung kita dah membahayakan kaum sejenis kita. Jadi,apa tunggu lagi? Kata sayang saudara kita,jadi jom sama-sama melindungi:) Pada si ayah,si suami,si adik,si abang,anda juga jangan leka,tegurlah keluargamu yang wanita agar menjaga auratnya dengan baik.

Kesilapan wanita tentang aurat.
1-Aurat tu pakai tudung je.
2- Bertudung,tapi bertshirt lengan pendek
3-Bertudung tapi kain terbelah
4-Bertudung tetapi berbaju ketat,nipis sehingga menampakkan tubuh badan yang menggoda.

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).

5-Bertudung tapi terkeluar rambut,ataupun lebih tepat keluar jambul rambut.
6-Bertudung tapi kat sesetengah tempat je,cam kat pejabat atau sekolah. Kat pasar raya atau kat tempat lain ,hilanglah tudungnya.
7-Bertudung tapi tak tutup bahagian dada.
8-Bertudung tapi jarang atau nipis.
9-Bertudung tetapi naik motosikal dengan menayangkan betis.
10-Bertudung dan menutup aurat dengan sempurna tetapi bersikap manja pada yang bukan mahram.

Ramai yang salah faham,bertudung hanya menutup rambut. Kembali kepada firman Allah dalam surah AnNur:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(ayat 31)

Prof. Dr. Hamka, dalam buku Tafsir Al-Azhar jld. 7 menjelaskan bahawa : ‘Peringatan kepada perempuan, selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata sahaja. Cincin di jari, muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Ertinya yang sederhana dan tidak menyolok dan menganjurkan. Kemudian diterangkan pula bahawa hendaklah selendang (kudung) yang telah memang tersedia ada di kepala itu ditutupkan ke dada’.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.




Isu wanita dan fesyen tidak mampu dipisahkan. Saya akui saya sendiri sukakan fesyen yang nampak comel. Namun,dalam keghairahan berfesyen,sandarkannya pada kehendak Yang Maha Pencipta. Islam itu mudah dan tidak membebankan. Jadi,kita berfesyenlah mengikut ketetapan hukum syarak.

Sejujurnya saya sedih memikirkan dunia sekarang,rasa gentar,mohon kita dilindungi Allah. Sewaktu petang,saya lihat anak-anak gadis seusia saya tanpa segan silu ke hulu ke hilir tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat. Lebih sesuai jika pakaian mereka itu hanya di pakai di rumah atau di hadapan suami mereka jika sudah mendirikan rumah tangga. Jauh di sudut hati,seandainya saya mampu bersahabat dengan mereka,saya mahu mereka dan saya sama-sama ke jalanNya .Juga buat insan-insan yang berada di sekitar saya,yang mengenali diri ini,saya tidak berniat menyinggung mana-mana pihak,tetapi saya lakarkan juga entri ini di laman blog ini kerana saya amat menyayangi anda.

InshaAllah,kita sama-sama jaga aurat kita. Ingatan buat diri ini dan juga sahabat-sahabat yang membaca:)

Sebarang teguran amat dialukan.Sebarang perkongsian juga amat dihargai.Wallahu a'lam.

” SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW”

Wassalam
NHAR 1608


0 ulasan:

assalamualaikum buat semua kawan-kawan di UIA Selamat bercuti saya ucapkan:) Selamat pulang ke kanpung halaman. Jaga diri baik-baik. Jom man...

selamat bercuti:)


assalamualaikum
buat semua kawan-kawan di UIA
Selamat bercuti saya ucapkan:)
Selamat pulang ke kanpung halaman.
Jaga diri baik-baik.
Jom manfaatkan cuti ni

Wassalam:)
NHAR

0 ulasan:

Tak seperti bintang di langit Tak seperti indah pelangi Karena diriku bukanlah mereka Ku apa adanya Dan wajahku memang begini Sikapku jelas ...

Menjadi diriku^^



Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

credit to edcoustic

0 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim. alhamdullilah sudah hampir 3hari 2012 hadir menyapa seluruh alam. seluruh dunia bergembira meraikannya. namun jang...

2012 menyapa, 2011 mengundur diri

bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah sudah hampir 3hari 2012 hadir menyapa seluruh alam.
seluruh dunia bergembira meraikannya.
namun jangan lupa, kehidupan itu juga nikmat Illahi.
Hargai nikmat yang dikurniakanNya=)

Kenangan 2011 jadikan sebuah pengalaman dan pengajaran.
Ayuh, cipta episod baru untuk laman yang bertemakan 2012.
Tahun hijrah pun sudah sebulan lebih berlalu.
Apakah hijrah yang kita iringkan bersamanya?
Moga-moga ke arah kebaikan,Insha Allah.

Hidup kita dilalui berwarna-warni,ada turun naiknya.
Kadang-kadang kita diuji,kadang-kadang kita bergembira.
Setiap kisah yang tercoret dalam diari kehidupan kita pasti ada sebabnya.
Kerna Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaNya.
Siapalah kita untuk mempersoalkannya?

Jika dulu kita seringkali mementingkan pandangan manusia,kenapa tidak kita mementingkan pandangan Yang Maha Pencipta?
Hidup itu hanya bernilai apabila ianya bernilai di sisiNya.
2012,laluilah ia dengan sebaiknya,berpaksikan ajaran Islam itu sendiri^^
Seperti yang sering kita lafazkan Islam itu indah dan mudah,sesekali tidak pernah menyusahkan.

Sudah pasti kita punya azam dan cita-cita yang menggunung tinggi?
Jangan biarkan ia hanya angan-angan.
Sama-sama usahakan menjadi realiti.
Ingatlah kita merancang,Allah menentukan^^
Pasti ketentuan Allah itu yang terbaik.

Bertambahnya angka dari 2011 ke 2012.
Menandakan bertambahnya usia kita.
Saya sendiri sudah melangkau ke usia 21.
Bererti semakin dekat kita dengan Maha Pencipta.
Ayuh, lakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca.
Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Semoga bertambahnya rasa cinta kepadaNya.
Semoga sentiasa diberkatiNya dalam setiap langkah.
Mohon maaf atas salah dan silap.
Bersihkan hati, sucikan diri.
jangan biarkan hidup anda hanya seperti robot,hargai juga dunia di sekeliling anda^^
semoga berjaya melakar lukisan terindah dalam diari episod kehidupan 2012

Wassalam
NHAR.

0 ulasan: