Monday, August 01, 2011

Ramadhan Kareem.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:58 AM
bismillahirrahmanirrahim

alhamdullilah,kurniaanNya,kita masih berada bersama-sama melangkah ke bulan yang penuh keberkatan,Ramadhan.
Apa khabar semua?


Berbicara tentang bulan Ramadhan atau lebih dikenali sebagai bulan puasa dikalangan masyarakat melayu,jangan pula hanya terbayangkan jualan murah,lagu-lagu raya yang berkumandang,juadah dan hidangan di bazar Ramadhan. Jangan lupa Ramadhan ini adalah hadiah daripada-Nya bagi hamba-Nya untuk lebih dekat kepadaNya. Ramadhan juga bulan turunnya kitab suci,Al-Quran.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan. Riwayat Bukhori&Muslim

Pengajaran Hadis:

i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.

iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

Begitulah kelebihan Ramadhan buat kita semua.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti dengan bertambahnya amalan kita kepada-Nya. Semoga amalan itu menjadi istiqamah dalam menyelusuri perjalanan hidup yang sementara di dunia ini kerana akhirat itu yang kekal abadi.Ramadhan ini jadikanlah permulaan buat kita semua untuk ke arah yang lebih baik.
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa^^

sumber: jakim

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea