By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdullilah dah 23 Ramadhan hari ni. Hanya beberapa hari saja Syawal bakal menjelma, dan yang paling sedih Rama...

RESEPI KOREA ~Soybean sprout soup (kongnamulguk)~

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdullilah dah 23 Ramadhan hari ni. Hanya beberapa hari saja Syawal bakal menjelma, dan yang paling sedih Ramadhan tahun ni bakal melabuhkan tirainya.
Jadi sama-sama kita rebut kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan,inshaAllah.

Saya nak kongsikan resepi masakan Korea yang menjadi menu berbuka saya& mak pada hari ni. Esok saya kongsikan satu resepi lagi ya?Kalau di Malaysia,mungkin kebanyakan daripada kita hanya makan makanan begini sewaktu sakit. Di Korea,ini adalah antara menu utama di sana. No wonder most of them (Korean) yang umur 45+ still boleh berlari seperti kanak-kanak. Mungkin ini salah satu faktor iaitu pemakanan mereka.Bagi saya tak de masalah makan macam ni sebab saya memang suka yang bakar,rebus,goreng.

Sebelum ni pernah cuba resepi dari Jepun seperti sushi. Sekarang beralih ke Korea. Saya memang selalu tengok menu ni dalam drama mahupun game show. Contoh, Running Man yang asyik tunjuk makanan. Menarik cara mereka promosikan makanan.=p Oklah tak nak celoteh panjang. Jom semak resepi yang saya cuba tadi!

2 RESEPI ITU IALAH:

Soybean sprout soup (kongnamulguk) +egg roll (Gye Ran Mal E 계란말이]

resepi pertama dulu untuk hari ni
Soybean sprout soup (kongnamulguk)
macam masak sayur bening.Tau tak apa sayur bening? Biasa dikalangan masyarakat Jawa tapi masih ada perbezaannya^_^ Kongnalmuguk ni ada 2 versi,spicy and non-spicy.
Kat sini saya buat non-spicy sebab mak tak sihat,tak nak makan pedas=)

Bahan-bahan:



Taugeh (lagi bagus guna taugeh besar)^_^
5 cawan air
Daun bawang (dipotong)
Bawang merah
2ulas bawang putih (diracik halus)
sedikit ikan bilis
1 1/2 tbs garam
2 tbs minyak bijan
1 tbs kicap
Bijan (dikisar halus)

Cara-cara

1- Basuh taugeh sehingga bersih
2- Masukkan air ke dalam periuk bersama taugeh
3-Masukkan ikan bilis(kalau kat Korea,ikan bilis ini untuk perasa je,bubuh dalam penapis supaya tak bercampur dengan bahan lain)bawang merah dan bawang putih,kacau seketika.
4-Kemudian, masukkan bersama garam,minyak bijan dan kicap.
5-Hidupkan api sederhana dan letakkan periuk.
6-Rebus selama lebih kurang 15 minit.(Kalau ada rumpai laut boleh masukkan)
7-Taburkan daun bawang dan biar ia masak bersama.
8-Keluarkan rumpai laut kalau ada.(Nak biar pun tak pe sebab boleh makan=)
9-Tunggu lebih kurang 10 minit.
10-Dah bubuh dalam mangkuk,jangan lupa tabur cik bijan kita tadi=p
11-Hidangan pertama siap,simple je kan? ;)

Semua orang boleh buat ni kot sebab sangat senang. Rasa pun baik untuk kita.
Boleh makan bersama nasi dan kimchi untuk lebih berselera. Gaul je bersama dalam mangkuk=)
Oh ye,dengar cerita,kalau di Korea,orang kena demam akan makan ni.
Selamat Mencuba!




Wassalam
NHAR,Rumah


2 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim alhamdullilah hari ni cukup umur saya 20tahun. masih diberi hadiah nikmat kurniaan Illahi. pelbagai nikmat y...

20tahun dah,Terima kasih kepada semua^^


bismillahirrahmanirrahim

alhamdullilah hari ni cukup umur saya 20tahun.
masih diberi hadiah nikmat kurniaan Illahi.
pelbagai nikmat yang tak terhitung.
tak terkira nikmatnya.
alhamdullilah masih diberi peluang mengembara di bumi ini.
semoga bertambahnya usia saya,bertambahnya kematangan saya,bertambah dekat saya denganNya,inshaAllah.

Kesempatan ini,saya mengucapkan terima kasih kepada ibu saya yang melahirkan saya dan membesarkan saya sehingga sekarang.Jasamu tak terbalas,terlalu tinggi nilainya.Terima kasih,mak.
Buat arwah ayahanda tercinta. Bersama saya berjalan merentas onak duri,tawa ceria sepanjang 16tahun cukup bererti. Terima kasih kepada ayah,Ahmad Ramli.
Buat keluarga tercinta,saudara-mara yang sama-sama mencipta moment2 yang indah sepanjang 20tahun bersama saya. Saya yang dulunya si kecil yang banyak keletahnya. Sebelum terlupa selamat hari lahir buat Paman Seman,bapa saudara saya yang berkongsi tarikh lahir yang sama 16/8 tapi tahun lain=p Semoga bahagia dan bersemangat selalu. Semoga diberkatiNya juga,paman.

Buat sahabat-handai yang saya kenali sepanjang perjalanan ini.
Tak kira di mana pun saya kenali kamu,semuanya sahabat saya.
Mungkin di stesen bas,di sekolah,di universiti,di rumah,di ruang makan,di negeri lain,di alam maya mahupun di mana-mana sahaja.
Terima kasih atas ucapannya.Tidak kira melalui apapun anda sampaikan ucapan anda.
Segalanya saya ucapkan terima kasih.

Mungkin ada yang saya tak tahu,tetap saya ucapkan terima kasih. Doa kalian cukup berharga buat diri ini.

Hari ni,saya di rumah sahaja. Mak belanja buka puasa ayam golek^^ Saya hadiahkan diri saya dan jiran-jiran dengan sebiji kek coklat moist. Harap semua suka.

Kesempatan ini,saya memohon maaf kepada semua insan yang pernah saya sakiti.
Maafkan saya.Maafkan atas kelemahan saya yang membuatkan sesiapa sahaja terguris hati.

Hanya ucapan terima kasih yang mampu saya tuturkan. Saya iringi dengan doa semoga kita semua terus kuat dan sentiasa dirahmatiNya dalam setiap langkah kita.

Selamat hari lahir ke 20 buat diri saya.

Wassalam,
16 Ogos 2011
10:22pm,rumah.

4 ulasan:

kelaskan ikut negeri^^ ucapan daripadaku&keluarga tulis-tulis bersepah,lepas tulis alamat. antara kad-kad yang s...

Kisah Kad Raya


kelaskan ikut negeri^^



ucapan daripadaku&keluarga


tulis-tulis


bersepah,lepas tulis alamat.


antara kad-kad yang selamat kulayangkan.

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah,masih diberi kesempatan berada di bulan yang penuh keberkatan.
Hari ni sudah 13 Ramadhan,bagaimana travelog Ramadhan anda kali ini?
Semoga semakin bersemangat dalam melakukan ibadah,inshaAllah.

Sudah lama saya biarkan blog ini tanpa sebarang kata atau khabar.
Mungkin banyak masa di luar dengan hal-hal lain.
Jangan sangka saya online selalu bererti tiada kerja di luar.

Alhamdullilah
Perniagaan semakin baik,rezeki bulan Ramadhan.
Saya sudah pun mempunyai rakan kongsi merangkap sahabat baik saya.
Aisyah
Terima kasih.Semoga kita berdua terus kuat menghadapi cabaran dunia perniagaan.
Bila difikirkan kembali,urusan ini ada hikmahnya.
Membuatkan kami selalu bertemu muka,rapat seperti zaman persekolahan.
^_^

Oh,berbalik kepada tajuk entri saya kali ni.
Pasal kad raya.
Setelah 2 tahun tak pos kad raya.
Kali ni semangat,sebelum puasa saya dah buat rancangan ni.
Dah beli kad raya=p
Alhamdullilah,saya dah pun selamat melayangkan kad-kad raya buat keluarga dan sahabat handai di seluruh Malaysia.
Khabarnya,ada yang sudah menerimanya.
Saya harap kamu semua sukakannya dan saya mohon maaf.
Yang belum terima,tunggu ya.
Terutama yang dah bagi alamat masa saya minta sebelum puasa lagi.
InshaAllah ada kad akan menyapa sahabat-sahabat tak lama lagi.
Kenapa saya masih hantar kad raya sedangkan sudah terdapat pelbagai teknologi terkini yang mudah dan menjimatkan?
Sebab saya rasa kad raya lagi istimewa.
Lagi dekat di hati.
Perasaan menerima kad raya jauh berbeza daripada menerima sms mahupun emel.
Itu pendapat saya,mungkin anda berbeza pendapat.
Apapun yang penting ikhlaslah dalam menyampaikan sesuatu.
InshaAllah semua akan berjalan lancar.

Kad raya sudah selamat.
Sekarang masanya untuk memikirkan kuih raya=p
Di samping tu jangan lupa rebutlah kelebihan Ramadhan yang Allah hadiahkan buat kita.
Hanya tinggal beberap hari,raikannya dengan cinta kepada-Nya^^

Kepada semua yang membaca entri kali ni,saya ucapkan selamat terus beribadah,meraikan bulan ini,moga terbaik dari sebelumnya,InshaAllah.
Jaga diri semua^^

2 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah,syukur ke hadrat Illahi sama-sama kita panjatkan. Salawat dan salam buat junjungan besar Rasul...

Jendela hatimu bersama hidayah Illahi.


bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah,syukur ke hadrat Illahi sama-sama kita panjatkan. Salawat dan salam buat junjungan besar Rasullulah s.aw,keluarga baginda serta para sahabatn r.a.


3Ramadhan.
Awal Ramadhan kali ini padaku cukup berbeza. Ada hadiah di sebaliknya,alhamdullilah salah seorang sahabatku telah memeluk islam. Menitis air mataku sewaktu mendengar perkhabaran ini,ditambah lagi dengan dokumen yang dilampirkan bersama kepada kami. Berita ini cukup mengembirakannya dan juga kami sekeluarga. Ahlan wasahlan,saudara baruku.


Mengimbas kembali kenangan sewaktu zaman kanak-kanaknya, memang sudah nampak minatnya pada Islam. Seringkali dia mengintai sewaktu ibuku mengajar Al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahku. Pernah juga dia menyatakan hasrat untuk memeluk islam sewaktu itu. Dari situ, aku dan ibu sentiasa menyatakan inshaAllah suatu hari nanti hidayah akan datang buatnya. Syukur kepada-Mu di atas hidayahMu kepadanya.


Dia baru sahaja tamat latihan PLKN. Balik dengan sinar hidayah-Mu. Di sana dia mula lebih dekat dengan Islam. Belajar tentang islam bersama seorang ustaz, disamping turut mendirikan solat bersama pelajar muslim yang lain. 3bulan dia menghilangkan diri,kami sangka dia sudah bekerja di kawasan lain.
Rupany dia berada di platform yang Allah tetapkan terbaik untuknya ke arah sinar hidayah-Nya.

Balik dari terawih pertama kami,dia terus menuju ke arah ibuku. Menyatakan bahawa dia sudahpun bergelar muslim,alhamdullilah. Ibuku sendiri turut menitiskan air mata mendengarnya. Sapanya juga sudah bertukar dari Mak cik kepada Assalamualaikum,ustazah. Padaku malam itu sungguh bererti. Tuhan memilih dia ke arah jalan yang benar.


Esoknya,dia menguruskan urusan tentang itu. Baliknya,terus dia ke rumah kami. Meminta kami menyimpan dokumen tentang itu,kerana buat waktu ini dia perlu merahsiakannya dari pengetahuan keluarga. Segala dokumen kami simpankan.
Jangan risau tentang keluargamu,sahabatku. Islam tidak memutuskan hubungan antara keluarga walaupun berlainan agama.

Dari Asma' binti Abu Bakar r.a katanya:Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?Jawab Rasulullah SAW,Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu

InshaAllah,kami doakan dia tetap sabar dan kuat dengan ujian-ujian yang bakal melanda. Islam itu indah dan tidak akan pernah menguji tanpa sebab.Bertambah gembira bila mendengar yang dia sudah mula berpuasa pada hari pertama Ramadhan.
Difikirkan semula,diri ini berasa malu. Kita yang dilahirkan sebagai muslim pada asalnya jarang sekali mengambil masa bersyukur dengan setiap pemberianNya. UjianNya seringkali kita keluhkan. Ilmu-Nya seringkali hanya dipelajari bukan diamalkan. Sedangkan mereka yang bergelar saudara baru berusaha untuk mendalami Islam. Sama-sama kita renungkan bersama,wahai sahabatku.

Hasratku untuk membantu dia,mungkin agak terbatas kerana perbezaan jantina. Namun,kami akan cuba membantunya selagi mampu dengan cara yang sesuai , itu satu tanggungjawab . Kuatkan dirinya yang Tiada Tuhan melainkan Allah,Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah. Mencari kelas untuknya dan menghantarnya ke sana,inshaAllah. Aku ingin sekali menghadiahkannya sebuah buku dan MP3 lengkap dengan surah-surah lazim,salawat,azan dan lain-lain. Bukan sahaja dari segi materialnya tapi dari segi spiritualnya juga perlu kuat.Insha Allah akan kami usahakan.

Kepada sahabat di luar sana,doakan saudara baru kita ini sentiasa dalam jagaan-Nya dan bersabar dalam lebih mengenali Islam secara menyeluruh,inshaAllah.
“Barangsiapa memeluk agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) darinya, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. 3:85)

Sebarang pandangan dan cadangan,mohon kongsi di entri ini.
Selamat berpuasa dan meningkatkan amalan kita,semoga kita semua istiqamah pada jalan-Nya.


Wassalam.

0 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim alhamdullilah,kurniaanNya,kita masih berada bersama-sama melangkah ke bulan yang penuh keberkatan,Ramadhan. Apa kha...

Ramadhan Kareem.

bismillahirrahmanirrahim

alhamdullilah,kurniaanNya,kita masih berada bersama-sama melangkah ke bulan yang penuh keberkatan,Ramadhan.
Apa khabar semua?


Berbicara tentang bulan Ramadhan atau lebih dikenali sebagai bulan puasa dikalangan masyarakat melayu,jangan pula hanya terbayangkan jualan murah,lagu-lagu raya yang berkumandang,juadah dan hidangan di bazar Ramadhan. Jangan lupa Ramadhan ini adalah hadiah daripada-Nya bagi hamba-Nya untuk lebih dekat kepadaNya. Ramadhan juga bulan turunnya kitab suci,Al-Quran.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan. Riwayat Bukhori&Muslim

Pengajaran Hadis:

i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.

iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

Begitulah kelebihan Ramadhan buat kita semua.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti dengan bertambahnya amalan kita kepada-Nya. Semoga amalan itu menjadi istiqamah dalam menyelusuri perjalanan hidup yang sementara di dunia ini kerana akhirat itu yang kekal abadi.Ramadhan ini jadikanlah permulaan buat kita semua untuk ke arah yang lebih baik.
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa^^

sumber: jakim

0 ulasan: