By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahhirahmanirrahim ingin saya berkongsi sambil merenung setiap liku yang kita lalui dalam hidup kita. hari tak selalunya cerah,terkad...

Bergantunglah pada yang tidak mengecewakan.


bismillahhirahmanirrahim
ingin saya berkongsi sambil merenung setiap liku yang kita lalui dalam hidup kita. hari tak selalunya cerah,terkadang kita disapa sang hujan,guruh,kilat memancar,itulah badai kehidupan yang perlu kita lalui. saya sendiri,bukanlah seorang yang cukup kuat. Kuat pada zahirnya tak bererti kuat keseluruhannya. Mungkin terkadang saya perlu berlakon supaya kelihatan kuat.

Manusia itu fitrahnya memang memerlukan pergantungan terutama saat-saat kita sedih. Dahulu,saya lebih bergantung pada ayah dan ibu,sahabat,saudara-mara. Namun,bukan mudah mahukan mereka sentiasa mendengar keluhan hati kita,setiap cerita kita. Mungkin anda punya kekasih hati yang dikatakan sanggup bersama tika saat dan duka,tetapi bukannya mereka "available" setiap masa seperti Dia. Bukannya mereka dapat menyahut kita dan sentiasa memimpin kita saat kita diuji,itulah hakikatnya. Saat dahulu saya pernah terasa putus asa,sokongan insan sekeliling memang penting,namun di sebalik itu,Allah yang menghilangkan rasa itu.Pergi sedikit demi sedikit.

Pernahkah anda terasa seperti tiada siapa yang sudi mendengar luahan hati anda?
Seolah-olah hanya kita yang berjalan di muka bumi ini tanpa teman? Jangan biarkan hidup kita terumbang-ambing hanya kerna rasa itu mengganggu jiwa kita. Jawapannya sudah ada,hanya kita yang perlu melangkah ke arah itu.

Fikirkannya bersama,hayatinya bersama. Tiada tempat lain yang boleh kita sandarkan keyakinan kita melainkan hanya pada-Nya. Kita tidak boleh bergantung kepada sesuatu yang lemah. Kita perlu bergantung kepada sesuatu yang benar-benar memberikan keyakinan pada kita untuk terus melangkah. Hidup ini memang ada onak dan durinya,Dia ciptakan kerna ada penyelesaiannya. Allah mewujudkannya dan menghilangkan setiap sesuatu yang melanda. Allah berkuasa pada setiap sesuatu,maka Dialah yang layak dijadikan tempat pergantungan sepanjang masa,bukannya hanya ketika dilanda ribut dan badai,tetapi setiap saat dan ketika.

Firman Allah s.w.t:
Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) berkenaan Aku,sesungguhnya Aku adalah amat dekat (Al-Baqarah Ayat 186)


Allah tidak pernah meninggalkan kita. Dia sentiasa ada,mendengar tanpa jemu kerana Dia sayangkan kita sebagai hamba-Nya.
Semoga kita semua mampu merendahkan diri pada-Nya dan sentiasa dalam redha-Nya.

"Ujian itu bukan duri yang menyakitkan kita,tetapi adalah bunga-bunga mewangi,hadiah buat kita dari-Nya. "


Wassalam.

Nor Halimah
18 Julai 2011
Rumah.

0 ulasan: