Tuesday, June 14, 2011

Saya Kembali^_^

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:27 AM
bismillahirrahmanirrahim
agak lama saya abaikan blog ni.
biarkan usai ditemani habuk-habuk tanpa sebarang coretan kisah.
sepi tanpa sebarang kata.
kini,saya kembali ke dunia maya.
kembali mencoretkan cerita-cerita sepanjang seminggu berlalu.
saya akui,saya sedikit sibuk.
tapak baru saja disemai,jadi perlukan usaha lebih untuk menuai hasilnya.
alhamdullilah,perniagaan berjalan dengan lancar.
ada juga ujiannya.
kebanyakan pelanggan lebih memilih untuk "offline"
maksud saya,datang terus kepada saya,inshaAllah boleh.
Tempahan masih ada yang belum selesai,dalam proses.
InshaAllah akan dibereskan dalam minggu ini.
Masa juga lebih tertumpu ke arah fokus saya sekarang.
Terima kasih kepada semua pelanggan.^_^
Perniagaan apa yang saya lakukan?
Boleh jenguk di blog saya,klik ni dan facebook THE TRENDY STYLE CENTRE

Minggu yang boleh katakan saya tak lekat sangat di rumah.
Rabu lepas saya turun ke Kuantan bersama mak.
Bertemu dengan adik angkat dari Sabah yang datang mewakili negerinya untuk sepak takraw.
Bertolak memang awal tapi disebabkan saya tak tahu kedudukan sekolah tempat dia menginap,sesat jugalah.
Pusing jugalah. Padahal papan tanda ada,cuma ditutup dengan dahan-dahan pokok.
Alhamdullilah akhirnya jumpa juga.
Sempat juga bawa Si Yus dan kawannya ni pusing-pusing Kuantan walaupun dia sebenarnya sakit kaki.
Rupanya si Yus ni sama je dengan saya,suka beli baju dan tengok baju.
Lagi satu suka makan juga rupanya. Katanya makanan kat Pahang sedap pulak tuh!
Bawa si Yus ni ke ECM,TC...
Seronok kali tu bha.. Akhirnya ada beberapa perkataan Sabah yang saya dapat belajar daripada dia.
Contohnya,limpang,limpas,bha,kali.
Seronok juga,bila saya tak tahu,saya akan tanya mak dulu.
Lepas tu kalau mak tak tahu juga,terus saya tanya sama si Yus ja.
Lewat petang baru hantar si Yus dan kawannya pulang semula ke SMART,Kuantan.
Penatlah diaorang ikut saya ni..

Khamis petang ,
Menuju ke kampung mak di Chenor.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Bermalam di rumah Mak Cu.
Malam tu makan memang makan sedap. Masakan Mak Cu mestilah!^_^
Mak Cu ada buat kenduri keesokan harinya.

Jumaat
Sehari suntuk berada di rumah Mak Cu.
Ada kenduri,dapat juga bantu apa yang termampu.
Alhamdullilah selesai dengan jayanya.Petang tu juga pulang ke rumah.

Sabtu
Di rumah saja. Berehat sambil melayan pelanggan yang datang^_^

Ahad
Kembali semula ke Kuantan. Kali ni atas tujuan untuk menghadiri seminar Dari 0 sampai jutawan. Antara yang terlibat jutawan internet,Irfan Khairi. Bertemu dengan dua orang sahabat yang saya kenali ketika menghadiri kursus pendek di Kolej Komuniti baru-baru ni juga. Tak sangka kami boleh berpakat ke seminar bersama. Mereka juga ada jual barang-barang comel,taip je trendysite^_^
Sebenarnya sebelum ke seminar,sempat lagi saya dan mak menjenguk si Yus sekali lagi.
Teringat yang dia tanya saya, "Kak,ada durian ka sini?" Kebetulan masa Rabu lepas memang lalu tempat durian tapi dia terlajak. Saya tak boleh juga kalau orang dah sebut dan tanya saya pasal makanan. Kali ni saya jenguk hantar durian ja sebelum dia balik ke Sabah esok. Tak pa,kak tau kamu memang suka sangat durian. Lain kali datang,kita makan durian lagi ye.

Berbalik kepada seminar. Kesimpulannya memang best! Banyak ilmu tentang selok belok perniagaan saya pelajari. Al-maklumlah,saya bukan berlatar belakangkan dari dunia bisnes. Cuma dulu SPM ambil akaun je. Hehe=p InshaAllah saya sedang melengkapkan semua elemen yang dipelajari dari situ.

Asalnya nak tidur di Kuantan tapi tak jadi atas sebab-sebab tertentu. Lewat petang pulang juga ke rumah. Sempat berhenti solat di R&R Temerloh. Tak sangka pulak adik angkat saya tuh singgah juga situ dengan bas dia. Cuma dia tak turun,saya bagitahu saya nampak bas dia naik.Lucu juga.

Isnin
Saya berada di Kuala Lumpur. Nak ke UIA esok. Sementara menanti mak saudara saya pulang dari kerja,sempat pusing kawasan Wangsa Walk dan Jalan TAR. Kat Jalan TAR,pergi SOGO je. Kebetulan si Yus ni ada kat luar Sogo. Sedang saya asyik melayan cakap seorang jurujual dalam Sogo tu,tengok-tengok si Yus ada kat belakang saya.Haha. Jumpa juga kamu cari kak ya!

Lepas tu,lucu jugak,tak nampak kereta saya. Takut juga kalau hilang. Biasalah kalau dah parking tak berapa ingat tempat kat basement.Mak pun dah cuak ni. Tapi saya tau kereta saya ada kat kawasan saya berdiri. Alhamdullilah jumpa juga=p

Sekarang berada di Gombak. Esok saya mahu ke Gombak. Bertemu kawan-kawan yang ambil short sem. Alang-alang dah sampai sini kan. Yus plak nak balik dah esok. Selamat pulang ke Sabah ye. SPM nanti kalau dapat tinggi kak da janji sama kamu nak bagi something kan? Kirim salam pada semua keluarga di Sabah. Tahniah juga buat kakak kamu,dah dapat baby^_^

Dah masanya untuk saya tidur. Akhirnya dapat juga saya coretkan cerita saya sepanjang minggu yang lalu.Wassalam.

7 comments:

Halawatul_Insyirah said...

Saya juga kembali (athirah) mybe link lama saya, boleh gantikan dengan blog baru saya:D

shaker said...

selamat kembali :)

Nor Halimah Ahmad Ramli said...

athirah johari ye?

Nor Halimah Ahmad Ramli said...

terima kasih shaker.

Halawatul_Insyirah said...

Hehe. Yup:)

Aizuddin said...

kongsi2 r tip2 yg dpt kat seminar tu..
teringin gak nk tau...
kalau sudi r..

Nor Halimah Ahmad Ramli said...

hehe,,ok athirah

inshaAllah aizuddin

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea