Monday, June 27, 2011

CERITA SEPANJANG MINGGU

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:20 PM
bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah,akhirnya punya kesempatan dan ruang buat diri ini mencoretkan cerita-cerita yang terlakar sepanjang minggu lepas.
laman blog ini sudah mula dipenuhi habuk-habuk yang tak disapu si penulis.
kali ini,moga tulisan ini mampu membersihkan laman ini semula

pertama,
kisah perniagaan saya
alhamdullilah sudah hampir sebulan dengan dunia perniagaan offline dan online.
banyak kisah di sebalik semua itu.
bukan mudah rupanya untuk menjadi seorang ahli perniagaan berjaya seperti Khadijah Khuwalid,Irfan Khairi,Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhari,Donald trump dan sebagainya.
Semuanya bermula dari bawah,sejujurnya saya kagum dengan semangat ahli-ahli perniagaan.
Perniagaan itu adakalanya di atas,adakalanya di bawah.
Namun,semangat yang kental takkan memudahkan seseorang itu berpatah balik.
Jujurnya,pelanggan pertama saya adalah "direct customer",maksud saya yang jumpa secara langsung dengan saya. Alhamdullilah dari situ bermulalah kehidupan saya sebagai peniaga kecil-kecilan.
Pada asalnya,hanya untuk mengisi masa lapang. Lama kelamaan perlu saya akui,saya mula jatuh cinta dengan dunia perniagaan. Saya rasa sesuatu yang menarik di mana saya berpeluang mendekati orang lain dan belajar untuk berinteraksi dengan baik^^
Alhamdullilah perniagaan online mula kelihatan aktif.Pada awalnya,saya hanya menggunakan medium blog,namun setelah difikirkan,facebook juga adalah medium paling berkesan. Di situ pelanggan akan merasa lebih dekat dengan kita.Saya faham bukan mudah untuk percayakan seseorang,lebih-lebih lagi dalam dunia maya.
Saya ingin kongsikan di sini,sebelum saya menjadi online seller,terlebih dahulu saya sudah pun menjadi online customer. Saya perlu mencubanya untuk mempelajari bagaimana proses dalam perniagaan internet.Saya tahu apa perasaannya menjadi pelanggan di dunia maya,mengharapkan barang yang dipesan akan tiba dengan selamatnya.^^ Sehingga kini,saya masih lagi seorang pelanggan online bagi sesetengah barang di pasaran.

Ingin saya kongsikan dalam dunia perniagaan,seseorang yang mahu berjaya perlu ada elemen-elemen ini. Saya dapat dari sebuah seminar di Kuantan bulan lepas.

A-AIM
B-BELIEVE
C-CUSTOMER
D-DESIRE
E-ENTERPRENEUR NETWORKING
F-FINANCIAL MANAGEMENT
G-GOING FOWARD
H-HABIT

Semoga semua yang bergelar peniaga boleh mengamalkannya termasuk saya sendiri^^ Sesuai juga untuk sesiapa yang ingin berjaya.Terima kasih kepada yang sudah membeli items kami=)

Kisah durian dan baju
Alhamdullilah rezeki,tahun ni makan durian banyak.
Rumah mak cik di kampung penuh dengan durian.Hantar ke rumah sepupu di Sungai Pusu sebelum ke UIA.
Suka tengok si dina dan amirul makan buah.

Lepas tu singgah di UIA,hantar baju kepada kawan-kawan.Terima kasih menyokong saya^^
Kepada Tikah,saya harap selesa dengan baju yang baru dapat=)
kepada sahabat saya yang seorang lagi,saya dah pos barang kamu. InshaAllah esok sampai.

Kisah rombongan Cik Limah
Kisah ni pula,anda rasa tentang apa?
Sebenarnya,saya berada di KL dari Jumaat hingga Ahad baru-baru ini. Rancangannya untuk ke Nilai 3 hari Sabtu. Alhamdullilah berjalan seperti dirancang. Kalau dah ke Nilai 3,apa lagi tujuannya,shopping lah. Pergi 2buah kereta. Saya,mak,mak sham,Bik Mi,Bik Kep dan Nanat.
Cari langsir,sempat juga memborong cadar lelong,beli blanket,kain pasang,itu antara barang-barang yang kami sekeluarga beli. Penuh juga bonet kereta.

Berada di Nilai mengimbau kembali kenangan saya selama setahun setengan ketika menuntut di Pusat Asasi UIA. Teringat peristiwa bersama-sama rakan-rakan=) Memang terbaiklah!

Kami sempat singgah di BBN Cafe. Kawan-kawan saya di UIA mesti ingat lagi kan? Antara cafe yang popular.
Tak sempat nak singgah sebuah kedai makan yang saya pernah makan bersama Nadzirah,Fizah. Memang tak boleh lupa sebab kami order banyak makanan laut dan habis semuanya gara-gara tertekan=p Memang kenanganlah masa tu,takkan saya lupa saat tu.

Kesimpulannya,saya rindukan waktu di Nilai.Nilai pun dah semakin maju nampaknya. Sempat lagi pandang-pandang jeling-jeling UIA Nilai.

Kisah di Selayang
Malam Sabtu tu,berkampung di rumah sepupu di Selayang. Bawa Paman Deni sekali. Sebelum bertolak,singgah dulu di rumah Kak Nida,tengok baby Hasif. Tidur je dia,dah besar pun anak buah saya yang ni^^ Sempat lagi mengusik saya,dah ada ke belum someone yang special. Saya hanya mampu tersenyum mendengarnya. Kak Nida kata pelajar UIA ramai kahwin awal? No komen. Biarlah berlalu,sampai masanya adalah nanti kan?^^

Malam tu memang selera makan,makan ramai-ramai.Tambah pula ada tom yam Mak Sham. Boleh katakan kami sekeluarga kalau dengar tom yam Mak Sham memang habis licin.=p

Seronok dapat berkumpul. Tak lama lagi ada kenduri kahwin di Selayang ni^^ InshaAllah,saya datang sebab dekat je UIA dengan Selayang.

Keesokan harinya ,pulang semula ke Gombak.

Kisah di Giant
Ahad ,sempat lagi ke Giant. Teman Mak Sham beli barang. Beberapa kali pusing cari tempat parking.Dapat juga tapi jauh sikit. Biasalah hujung minggu nilah warga kota bersama keluarga. Memang penuh Giant. Tolak troli pun perlu berhati-hati dan pandulah perlahan^^

Sebelum pulang sempat lagi minum ABC. Segar rasanya,tapi sebelum tu,sebelumABC sampai. Saya ke mana? Mana lagi,kedai bukulah. Dah lama tak beli buku ni.Kali terakhir beli awal bulan 6,sekarang dah nak akhir bulan 6. Lamalah tu. Dapat juga saya 'sambar' buku bertajuk Batu-bata kehidupan karangan Hilal Asyraf. Masih membeleknya sehingga sekarang kerana saya tidak mahu baca bagai angin yang lalu.
ABC sampai^^ Makan bersama mak dan Mak Sham.Menariknya,kami duduk berhampiran tempat permainan kanak-kanak. Minum ABC sambil memerhatikan gelagat mereka,memang melucukan dan mencuit hati^^ Saya terpikat dengan telatah seorang budak lelaki yang syaa kira baru berusia setahun lebih,sangat comel. Telatahnya memang mencuit hati.Saya kira dia baru berjalan,baru dapat kakilah katakan=p Subhanallah,comel.

Kisah lebuh raya
Kali ni bukan kisah yang mengembirakan.
Sepanjang perjalanan yang dibasahi hujan,saya saksikan 4 kemalangan di lokasi berasingan.
Mungkin kerana cuainya kita sebagai pemandu.Semoga lepas ni kita lebih berhati-hati^^

Sekian kisah-kisah yang saya ingin coretkan di laman ini.Sehingga bertemu lagi.Terima kasih kerana sudi membaca kisah-kisah ini.Yang baik jadikan ikutan,yang buruk jadikan sempadan.
Wassalam^^

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea