By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahirrahmanirrahim alhamdulillah,akhirnya punya kesempatan dan ruang buat diri ini mencoretkan cerita-cerita yang terlakar sepanjang m...

CERITA SEPANJANG MINGGU

bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah,akhirnya punya kesempatan dan ruang buat diri ini mencoretkan cerita-cerita yang terlakar sepanjang minggu lepas.
laman blog ini sudah mula dipenuhi habuk-habuk yang tak disapu si penulis.
kali ini,moga tulisan ini mampu membersihkan laman ini semula

pertama,
kisah perniagaan saya
alhamdullilah sudah hampir sebulan dengan dunia perniagaan offline dan online.
banyak kisah di sebalik semua itu.
bukan mudah rupanya untuk menjadi seorang ahli perniagaan berjaya seperti Khadijah Khuwalid,Irfan Khairi,Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhari,Donald trump dan sebagainya.
Semuanya bermula dari bawah,sejujurnya saya kagum dengan semangat ahli-ahli perniagaan.
Perniagaan itu adakalanya di atas,adakalanya di bawah.
Namun,semangat yang kental takkan memudahkan seseorang itu berpatah balik.
Jujurnya,pelanggan pertama saya adalah "direct customer",maksud saya yang jumpa secara langsung dengan saya. Alhamdullilah dari situ bermulalah kehidupan saya sebagai peniaga kecil-kecilan.
Pada asalnya,hanya untuk mengisi masa lapang. Lama kelamaan perlu saya akui,saya mula jatuh cinta dengan dunia perniagaan. Saya rasa sesuatu yang menarik di mana saya berpeluang mendekati orang lain dan belajar untuk berinteraksi dengan baik^^
Alhamdullilah perniagaan online mula kelihatan aktif.Pada awalnya,saya hanya menggunakan medium blog,namun setelah difikirkan,facebook juga adalah medium paling berkesan. Di situ pelanggan akan merasa lebih dekat dengan kita.Saya faham bukan mudah untuk percayakan seseorang,lebih-lebih lagi dalam dunia maya.
Saya ingin kongsikan di sini,sebelum saya menjadi online seller,terlebih dahulu saya sudah pun menjadi online customer. Saya perlu mencubanya untuk mempelajari bagaimana proses dalam perniagaan internet.Saya tahu apa perasaannya menjadi pelanggan di dunia maya,mengharapkan barang yang dipesan akan tiba dengan selamatnya.^^ Sehingga kini,saya masih lagi seorang pelanggan online bagi sesetengah barang di pasaran.

Ingin saya kongsikan dalam dunia perniagaan,seseorang yang mahu berjaya perlu ada elemen-elemen ini. Saya dapat dari sebuah seminar di Kuantan bulan lepas.

A-AIM
B-BELIEVE
C-CUSTOMER
D-DESIRE
E-ENTERPRENEUR NETWORKING
F-FINANCIAL MANAGEMENT
G-GOING FOWARD
H-HABIT

Semoga semua yang bergelar peniaga boleh mengamalkannya termasuk saya sendiri^^ Sesuai juga untuk sesiapa yang ingin berjaya.Terima kasih kepada yang sudah membeli items kami=)

Kisah durian dan baju
Alhamdullilah rezeki,tahun ni makan durian banyak.
Rumah mak cik di kampung penuh dengan durian.Hantar ke rumah sepupu di Sungai Pusu sebelum ke UIA.
Suka tengok si dina dan amirul makan buah.

Lepas tu singgah di UIA,hantar baju kepada kawan-kawan.Terima kasih menyokong saya^^
Kepada Tikah,saya harap selesa dengan baju yang baru dapat=)
kepada sahabat saya yang seorang lagi,saya dah pos barang kamu. InshaAllah esok sampai.

Kisah rombongan Cik Limah
Kisah ni pula,anda rasa tentang apa?
Sebenarnya,saya berada di KL dari Jumaat hingga Ahad baru-baru ini. Rancangannya untuk ke Nilai 3 hari Sabtu. Alhamdullilah berjalan seperti dirancang. Kalau dah ke Nilai 3,apa lagi tujuannya,shopping lah. Pergi 2buah kereta. Saya,mak,mak sham,Bik Mi,Bik Kep dan Nanat.
Cari langsir,sempat juga memborong cadar lelong,beli blanket,kain pasang,itu antara barang-barang yang kami sekeluarga beli. Penuh juga bonet kereta.

Berada di Nilai mengimbau kembali kenangan saya selama setahun setengan ketika menuntut di Pusat Asasi UIA. Teringat peristiwa bersama-sama rakan-rakan=) Memang terbaiklah!

Kami sempat singgah di BBN Cafe. Kawan-kawan saya di UIA mesti ingat lagi kan? Antara cafe yang popular.
Tak sempat nak singgah sebuah kedai makan yang saya pernah makan bersama Nadzirah,Fizah. Memang tak boleh lupa sebab kami order banyak makanan laut dan habis semuanya gara-gara tertekan=p Memang kenanganlah masa tu,takkan saya lupa saat tu.

Kesimpulannya,saya rindukan waktu di Nilai.Nilai pun dah semakin maju nampaknya. Sempat lagi pandang-pandang jeling-jeling UIA Nilai.

Kisah di Selayang
Malam Sabtu tu,berkampung di rumah sepupu di Selayang. Bawa Paman Deni sekali. Sebelum bertolak,singgah dulu di rumah Kak Nida,tengok baby Hasif. Tidur je dia,dah besar pun anak buah saya yang ni^^ Sempat lagi mengusik saya,dah ada ke belum someone yang special. Saya hanya mampu tersenyum mendengarnya. Kak Nida kata pelajar UIA ramai kahwin awal? No komen. Biarlah berlalu,sampai masanya adalah nanti kan?^^

Malam tu memang selera makan,makan ramai-ramai.Tambah pula ada tom yam Mak Sham. Boleh katakan kami sekeluarga kalau dengar tom yam Mak Sham memang habis licin.=p

Seronok dapat berkumpul. Tak lama lagi ada kenduri kahwin di Selayang ni^^ InshaAllah,saya datang sebab dekat je UIA dengan Selayang.

Keesokan harinya ,pulang semula ke Gombak.

Kisah di Giant
Ahad ,sempat lagi ke Giant. Teman Mak Sham beli barang. Beberapa kali pusing cari tempat parking.Dapat juga tapi jauh sikit. Biasalah hujung minggu nilah warga kota bersama keluarga. Memang penuh Giant. Tolak troli pun perlu berhati-hati dan pandulah perlahan^^

Sebelum pulang sempat lagi minum ABC. Segar rasanya,tapi sebelum tu,sebelumABC sampai. Saya ke mana? Mana lagi,kedai bukulah. Dah lama tak beli buku ni.Kali terakhir beli awal bulan 6,sekarang dah nak akhir bulan 6. Lamalah tu. Dapat juga saya 'sambar' buku bertajuk Batu-bata kehidupan karangan Hilal Asyraf. Masih membeleknya sehingga sekarang kerana saya tidak mahu baca bagai angin yang lalu.
ABC sampai^^ Makan bersama mak dan Mak Sham.Menariknya,kami duduk berhampiran tempat permainan kanak-kanak. Minum ABC sambil memerhatikan gelagat mereka,memang melucukan dan mencuit hati^^ Saya terpikat dengan telatah seorang budak lelaki yang syaa kira baru berusia setahun lebih,sangat comel. Telatahnya memang mencuit hati.Saya kira dia baru berjalan,baru dapat kakilah katakan=p Subhanallah,comel.

Kisah lebuh raya
Kali ni bukan kisah yang mengembirakan.
Sepanjang perjalanan yang dibasahi hujan,saya saksikan 4 kemalangan di lokasi berasingan.
Mungkin kerana cuainya kita sebagai pemandu.Semoga lepas ni kita lebih berhati-hati^^

Sekian kisah-kisah yang saya ingin coretkan di laman ini.Sehingga bertemu lagi.Terima kasih kerana sudi membaca kisah-kisah ini.Yang baik jadikan ikutan,yang buruk jadikan sempadan.
Wassalam^^

0 ulasan:

gambar ayah(Ahmad Ramli bin Sumadi) suatu ketika dulu bismillahirrahmanirrahim sempat saya jenguk setiap status yang terhampar di laman m...

Ayah oh Ayah...

gambar ayah(Ahmad Ramli bin Sumadi) suatu ketika dulu


bismillahirrahmanirrahim
sempat saya jenguk setiap status yang terhampar di laman muka buku
saya melewati dunia blog rakan-rakan bloggers
semuanya tak sunyi daripada ucapan sempena hari bapa
saya gembira melihatnya
alangkah indahnya dunia ini jika semua anak sayangkan bapanya
semua anak menghormati bapanya
begitu juga dengan bapa
pendek kata saling hormat antara bapa dan anak.
dunia hari ini,realitinya ada kisah yang memang tidak enak didengar
semoga kisah-kisah itu semakin hilang dengan adanya kesedaran dari jiwa dari setiap insan

Bapa seorang insan yang digelar ayah,abi,abah,bapak,walid ataupun sebagainya
biar apapun gelarannya,orangnya tetap sama.
Dia insan yang mendidik dan membimbing kita. Juga mencorakkan kita.
Yang tak pernah jemu membanting tulang empat kerat untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak.
Menjadi imam, menasihati anak-anak dan sebagainya.

Teringat pesan Luqman kepada anaknya dalam Al-Quran:

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, diwaktu ia memberi pelajaran kepada anaknya : “Hai anakku.. janganlah kamu mempersekutukan ALLAH, sesungguhnya mempersekutukan ALLAH adalah benar-benar kedzaliman yang besar..” (QS. Luqman 13)

Betapa indahnya pesanan si ayah buat anaknya.

Cuba kita duduk seketika,pandanglah ayah kita dan fikirkan tentang pengorbanan yang dilakukannya terhadap kita.
Ingatkah kita saat kita meminta sesuatu,dia pasti berusaha menunaikannya?
Ingatkah kita saat kita terjatuh dia menghulurkan tangannya?
Ingatkah kita saat kita hampa dia mengesat tiap titisan air mata kita?
Dia insan yang tak pernah jemu memberikan kata-kata yang penuh dengan nasihat dan pengajaran sebagai panduan untuk kita melewati kisah hidup ini.

Saya juga sebagai anak,seperti anda,sahabat-sahabat. Pernah merasai detik-detik terindah ketika ayah masih bersama.
Membesar di bawah payung didikan ayah. Bersama-samanya menyelusuri ranjau kehidupan selama 17 tahun,itulah kisah indah yang kini hanya tinggal kenangan.

Hargailah mereka ketika Allah masih meminjamkan mereka kepada kita.
Kasih sayang itu lebih berharga buat si ayah.
Jika mereka sudah kembali ke sisi Pencipta,kirimkan doa buatnya.
Jangan sesekali melukai hati mereka.
Walaupun ayah mungkin jarang sekali menuturkan kata sayang buat anak-anak.
Itu tak bermakna mereka tidak menyayangi kita.
Janganlah kau lupakan perasaan dan belaian kasih, sayang dan cinta dari seorang ayah.. Walau sesibuk mana pun dia, segarang mana pun dia, seletih mana pun dia.. Perasan sayangnya masih ada
Yakinlah jauh di sudut hati mereka,kita tetap anaknya.
Sayangilah bapa anda^_^

wassalam^_^

2 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim. Sahabatku, kutitipkan buatmu sebuah nukilan gambaran tentang fikiranku padamu saat ini aku sebenarnya menyembunyik...

sahabatku


bismillahirrahmanirrahim.

Sahabatku,
kutitipkan buatmu sebuah nukilan
gambaran tentang fikiranku padamu saat ini
aku sebenarnya menyembunyikan rasa
yang kufikir tak perlu kuzahirkan

sahabatku
kotak fikiranku masih terus berputar
mencari makna di balik setiap bait-bait kata
yang pernah kau tuturkan
yang pernah kau luahkan
yang pernah kau zahirkan
bait kata-katamu penuh dengan seribu satu rahsia
yang aku masih belum mampu mengungkap maknanya

sahabatku
aku tahu kau tahu
memaksa kau membicarakan maknanya
bukanlah pilihanku
kerna aku mahu setiap cerita dan kisah
yang kau bicarakan
lahir dari hatimu yang ikhlas
kerna padaku itulah dirimu yang sebenar
hanya saat ketika kau benar-benar bersedia menukilkan kisah itu
pada setiap lembaran
untuk tatapanku dan jua dirimu

sahabatku
saat ini aku tahu
kau sedang mencari dirimu
dalam pengembaraan yang aku sendiri tidak fahaminya
mungkin aku gagal memimpinmu kali ini
sehingga kau terpaksa berlalu sendiri dalam pengembaraan ini
namun ingatlah sahabatku
aku takkan pernah membiarkan kau
takkan pernah biarkan kau
terperangkap dalam mencari jalan itu
kerna doaku sentiasa menemanimu
buatmu agar yang terbaik sentiasa di setiap langkahmu

Sahabatku
masih kuingat saat itu
aku jatuh,kau hulurkan tanganmu
terus menemaniku sehingga saat ini
walaupun aku tahu
di kotak fikiranmu penuh dengan masalah yang menghujani dirimu
aku bangga punya sahabat sepertimu
kuat untuk meneruskan pengembaraan
setia menyokongku
menemaniku bersama.
itulah kau yang aku kenali

Sahabatku
Jauh di sudut hatiku
seandainya kau membelek naskahku ini
aku mahu kau tahu
aku mahukan yang terbaik buatmu
seandainya kau telah bersedia
memberi pengertian di sebalik bait kata-katamu
aku masih di sini,tetap menantimu
aku ingin kita bersama-sama
mencari dirimu yang sebenar
yakinlah walau apapun yang melanda dirimu
yakinlah bahawa Allah itu tak pernah meninggalkanmu sendirian
seandainya aku pergi dulu
Carilah dan dekatilah Dia setiap masa
InshaAllah,kau akan dipertemukan dengan jawapan
jawapan buat soalan-soalan yang masih belum terungkai
Yakinlah itu,sahabatku


Sahabatku
aku ingin kau tahu
kita bersahabat bukanlah hanya untuk seketika
tapi kau tetap sahabatku selamanya
saling melengkapi antara satu sama lain
menyelam ke dasar lautan bersama
mendaki setiap tangga hidup ini
bersama-sama melakar sebuah potret kehidupan terindah
dalam kisah ini
kau dan aku
tetap sahabat selamanya


nukilan:N.H.A.R 1608 buat seorang insan yang bergelar sahabat.
wassalam

2 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim subhanallah,gerhana bulan penuh dijangka berlaku pada esok 16 Jun 2011 jam 1.25 pagi-7.01pagi. betapa besarnya kuas...

Gerhana Bulan Penuh,subhanallah^_^

bismillahirrahmanirrahim
subhanallah,gerhana bulan penuh dijangka berlaku pada esok 16 Jun 2011 jam 1.25 pagi-7.01pagi.
betapa besarnya kuasa Allah.


كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَانْكَسَفَتْ الشَّمْسُ فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ حَتَّى دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَدَخَلْنَا فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ حَتَّى انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَصَلُّوا وَادْعُوا حَتَّى يُكْشَفَ مَا بِكُمْ
“Kami pernah duduk-duduk bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu terjadi gerhana matahari. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri dan berjalan cepat sambil menyeret selendangnya hingga masuk ke dalam masjid, maka kamipun ikut masuk ke dalam masjid. Beliau lalu mengimami kami shalat dua rakaat hingga matahari kembali nampak bersinar. Setelah itu beliau bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana disebabkan karena matinya seseorang. Jika kalian melihat gerhana keduanya, maka dirikanlah shalat dan berdoalah hingga selesai gerhana yang terjadi pada kalian.” (HR. Al-Bukhari no. 1040)


sedikit maklumat yang saya ingin kongsi bersama:

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya


Gerhana matahari (kusuf) dan bulan (khusuf) termasuk dari tanda-tanda kekuasaan Allah.

Mari kita ambil peluang ini untuk solat sunat gerhana. Bukan senang dapat peluang begini. Mari sama-sama kita tunaikan.


Ingin saya kongsikan bersama cara-cara solat sunat gerhana matahari/bulan

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )

CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
1Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
" الص ـل ة ج امـ ع ة "
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari

“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
28. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).

jom ramai2 tunaikannya,wassalam^_^

4 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim. alhamdullilah,selamat sudah sahabat saya Noni melahirkan cahaya mata pertamanya baru-baru ini. tahniah buat kamu,N...

selamat datang,baby girl^_^

bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah,selamat sudah sahabat saya Noni melahirkan cahaya mata pertamanya baru-baru ini.
tahniah buat kamu,Noni.
Sempat juga saya membelek-belek di "muka buku"
Jumpa juga gambar anak kamu,si Noni.
saya jumpa di fb adik kamu.

Comel sangat.Perempuan.Geram tengok pipinya yang tembam tu.
Bergelar ibu pada usia muda,semoga kamu mampu mencorakkan lukisan terindah.^_^
InshaAllah ada rezeki saya akan ke Sabah,masa tu anak kamu dah besar kot.


teringat satu hadis,maaf saya lupa tentang rawinya.

Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

Semoga kamu dan anak kamu sihat selalu. Tahniah sekali lagi drpd sahabatmu di semenanjung^_^

Noni dah jadi mama^_^

wassalam

2 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim agak lama saya abaikan blog ni. biarkan usai ditemani habuk-habuk tanpa sebarang coretan kisah. sepi tanpa sebarang...

Saya Kembali^_^

bismillahirrahmanirrahim
agak lama saya abaikan blog ni.
biarkan usai ditemani habuk-habuk tanpa sebarang coretan kisah.
sepi tanpa sebarang kata.
kini,saya kembali ke dunia maya.
kembali mencoretkan cerita-cerita sepanjang seminggu berlalu.
saya akui,saya sedikit sibuk.
tapak baru saja disemai,jadi perlukan usaha lebih untuk menuai hasilnya.
alhamdullilah,perniagaan berjalan dengan lancar.
ada juga ujiannya.
kebanyakan pelanggan lebih memilih untuk "offline"
maksud saya,datang terus kepada saya,inshaAllah boleh.
Tempahan masih ada yang belum selesai,dalam proses.
InshaAllah akan dibereskan dalam minggu ini.
Masa juga lebih tertumpu ke arah fokus saya sekarang.
Terima kasih kepada semua pelanggan.^_^
Perniagaan apa yang saya lakukan?
Boleh jenguk di blog saya,klik ni dan facebook THE TRENDY STYLE CENTRE

Minggu yang boleh katakan saya tak lekat sangat di rumah.
Rabu lepas saya turun ke Kuantan bersama mak.
Bertemu dengan adik angkat dari Sabah yang datang mewakili negerinya untuk sepak takraw.
Bertolak memang awal tapi disebabkan saya tak tahu kedudukan sekolah tempat dia menginap,sesat jugalah.
Pusing jugalah. Padahal papan tanda ada,cuma ditutup dengan dahan-dahan pokok.
Alhamdullilah akhirnya jumpa juga.
Sempat juga bawa Si Yus dan kawannya ni pusing-pusing Kuantan walaupun dia sebenarnya sakit kaki.
Rupanya si Yus ni sama je dengan saya,suka beli baju dan tengok baju.
Lagi satu suka makan juga rupanya. Katanya makanan kat Pahang sedap pulak tuh!
Bawa si Yus ni ke ECM,TC...
Seronok kali tu bha.. Akhirnya ada beberapa perkataan Sabah yang saya dapat belajar daripada dia.
Contohnya,limpang,limpas,bha,kali.
Seronok juga,bila saya tak tahu,saya akan tanya mak dulu.
Lepas tu kalau mak tak tahu juga,terus saya tanya sama si Yus ja.
Lewat petang baru hantar si Yus dan kawannya pulang semula ke SMART,Kuantan.
Penatlah diaorang ikut saya ni..

Khamis petang ,
Menuju ke kampung mak di Chenor.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Bermalam di rumah Mak Cu.
Malam tu makan memang makan sedap. Masakan Mak Cu mestilah!^_^
Mak Cu ada buat kenduri keesokan harinya.

Jumaat
Sehari suntuk berada di rumah Mak Cu.
Ada kenduri,dapat juga bantu apa yang termampu.
Alhamdullilah selesai dengan jayanya.Petang tu juga pulang ke rumah.

Sabtu
Di rumah saja. Berehat sambil melayan pelanggan yang datang^_^

Ahad
Kembali semula ke Kuantan. Kali ni atas tujuan untuk menghadiri seminar Dari 0 sampai jutawan. Antara yang terlibat jutawan internet,Irfan Khairi. Bertemu dengan dua orang sahabat yang saya kenali ketika menghadiri kursus pendek di Kolej Komuniti baru-baru ni juga. Tak sangka kami boleh berpakat ke seminar bersama. Mereka juga ada jual barang-barang comel,taip je trendysite^_^
Sebenarnya sebelum ke seminar,sempat lagi saya dan mak menjenguk si Yus sekali lagi.
Teringat yang dia tanya saya, "Kak,ada durian ka sini?" Kebetulan masa Rabu lepas memang lalu tempat durian tapi dia terlajak. Saya tak boleh juga kalau orang dah sebut dan tanya saya pasal makanan. Kali ni saya jenguk hantar durian ja sebelum dia balik ke Sabah esok. Tak pa,kak tau kamu memang suka sangat durian. Lain kali datang,kita makan durian lagi ye.

Berbalik kepada seminar. Kesimpulannya memang best! Banyak ilmu tentang selok belok perniagaan saya pelajari. Al-maklumlah,saya bukan berlatar belakangkan dari dunia bisnes. Cuma dulu SPM ambil akaun je. Hehe=p InshaAllah saya sedang melengkapkan semua elemen yang dipelajari dari situ.

Asalnya nak tidur di Kuantan tapi tak jadi atas sebab-sebab tertentu. Lewat petang pulang juga ke rumah. Sempat berhenti solat di R&R Temerloh. Tak sangka pulak adik angkat saya tuh singgah juga situ dengan bas dia. Cuma dia tak turun,saya bagitahu saya nampak bas dia naik.Lucu juga.

Isnin
Saya berada di Kuala Lumpur. Nak ke UIA esok. Sementara menanti mak saudara saya pulang dari kerja,sempat pusing kawasan Wangsa Walk dan Jalan TAR. Kat Jalan TAR,pergi SOGO je. Kebetulan si Yus ni ada kat luar Sogo. Sedang saya asyik melayan cakap seorang jurujual dalam Sogo tu,tengok-tengok si Yus ada kat belakang saya.Haha. Jumpa juga kamu cari kak ya!

Lepas tu,lucu jugak,tak nampak kereta saya. Takut juga kalau hilang. Biasalah kalau dah parking tak berapa ingat tempat kat basement.Mak pun dah cuak ni. Tapi saya tau kereta saya ada kat kawasan saya berdiri. Alhamdullilah jumpa juga=p

Sekarang berada di Gombak. Esok saya mahu ke Gombak. Bertemu kawan-kawan yang ambil short sem. Alang-alang dah sampai sini kan. Yus plak nak balik dah esok. Selamat pulang ke Sabah ye. SPM nanti kalau dapat tinggi kak da janji sama kamu nak bagi something kan? Kirim salam pada semua keluarga di Sabah. Tahniah juga buat kakak kamu,dah dapat baby^_^

Dah masanya untuk saya tidur. Akhirnya dapat juga saya coretkan cerita saya sepanjang minggu yang lalu.Wassalam.

7 ulasan:

lagu siti nurhaliza Berdayung sampan biar sampai ke muara Mengatur langkah jangan sampai kaki terluka Menabur budi biar ikhlas di jiwa Mengu...

Panas Berteduh, Gelap Bersuluh






lagu siti nurhaliza

Berdayung sampan biar sampai ke muara
Mengatur langkah jangan sampai kaki terluka
Menabur budi biar ikhlas di jiwa
Mengukir janji janganlah di bibir saja

Ingat adam resam tuturkata tingkah dijaga
Warisan ibunda kekal lama segar berbunga
Menjadi bekal anak muda di rantauan
Menjadi tangkal ukur nilai peradaban

Tanya pada diri mana... letak budi
Tanya pada akal... apa yang dibekal
Tanya pada hati... sudahkah terisi
Ingat pada janji... jangan dimungkiri

Dihujani emas bertahun di negeri orang
Tidakkan seperti hujan batu di halaman
Sopan bersantun indah pekerti jua di julang
Adat yang disanjung kekalnya zaman berzaman

Bumi yang dipijak
Bak hamparan luas terbentang
Langit dijunjungi
Meneduhi alam tak bertepi

Jatuh dipauti tika jalan dipimpini
Melukis pekerti menghias susila diri
Panas berteduh gelapnya kan bersuluh
Kasih sayang... dari insan... pada insan

Berputik... bahasa
Mulia pada semua
Terpaut... terpatri...
Tersemat di sanubari ( 2X )

Itulah hiasan diri...

p/s :suka lirik lagu ni.^_^ penuh pengajaran

0 ulasan:

selamat menonton semoga dapat mengambil iktibar.

perkongsian bersama=)

selamat menonton
semoga dapat mengambil iktibar.


0 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim. saya seronok. sejak minggu lepas saya belajar perkara baru. belajar dan terus belajar. kerna ia memberikan saya su...

guru pengalaman.

bismillahirrahmanirrahim.
saya seronok.
sejak minggu lepas saya belajar perkara baru.
belajar dan terus belajar.
kerna ia memberikan saya suatu pengalaman yang cukup berbeza.
bagaimana ertinya membanting tulang untuk sebutir beras.
walaupun perkara itu tidak setanding dengan kata sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani.
sekurang-kurangnya saya belajar perkara yang membuatkan saya lebih menghargai.
alhamdullilah,segala berjalan lancar setakat ini.
bermodalkan apa yang ada,saya mulakan langkah ini.
sokongan dan suntikan semangat dari mak dan insan-insan lain.
saya hargainya.
inshaAllah saya akan terus memberikan yang lagi baik dari sebelumnya.
kata kuncinya ialah jujur dan amanah kalau mahu berjaya dalam bidang ini.
contohilah junjungan besar nabi s.a.w dalam berniaga.jujur,amanah,boleh diharap dan boleh dipercayai.
itu perkara yang mudah disebut,saya harap saya mampu terus mengaplikasikannya dalam kehidupan saya.doakan saya tetap berdiri di landasan -Nya.
terjun ke bidang ni bererti saya mesti bersedia mengambil risiko.
jika tak berani,bagaimana mahu bergerak.


"apa yg kita capai tahun depan atau lima tahun akan datang adalah berdasarkan apa pilihan kita pada hari ini"-Dr.Irfan Khairi

wassalam

0 ulasan: