Saturday, May 14, 2011

Spaghetti segera^_^

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:23 PM
bismillahirrahmanirrahim.
semenjak bercuti,saya memang bertugas sebagai suri rumah sepenuh masa di rumah saya.
seronok apa.bukan semua ada pengalaman ni kan?
terutama rumah-rumah yang ada 'bibik'.
bukan nak cerita pasal pekerjaan saya.
nak cerita tadi saya tiba-tiba rasa lapar.
rasa nak makan je tapi apa ye selain nasi?
pandang-pandang kabinet kat dapur,ternampak sepaket spagethi yang baru dibeli.
apa lagi,buka peti untuk tengok apa yang ada,yang boleh digunakan untuk buat kuahnya.
maka,saya hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di peti.
tak de butter,tak de daging.



spagheti segera saya^_^dah siap pun.apa kata anda cuba?

Bahan-bahan
1 paket spagheti
1 tin sos spaghetti
1 sudu sos cili
1/2 camca teh lada sulah
cendawan yang telah dipotong kecil
1 biji kentang (dihiris nipis)
1 labu bawang merah(dicincang)
1 labu bawang putih(dicincang)
1/2 lobak merah (dipotong halus)
garam secukup rasa
air
minyak masak

cara buat mee spagethi:
1) rebus dalam periuk
2)letakkan sesudu minyak masak
3)masukkan garam secukup rasa
4)tunggu sehingga mendidih

cara buat kuah:
1)panaskan minyak
2)tumis bawang merah+bawang putih
3)masukkan sos cili
4)masukkan kentang,gaul sebentar.
5)masukkan sos spagheti
6)tabur garam secukup rasa dan gaulkan sehingga sebati
7)selepas itu,masukkan cendawan yang telah dipotong kecil
8)taburkan sedikit lobak yang dihiris halus.
9)masukkan sedikit air
10)tunggu sehingga mendidih.pastikan kentang menjadi empuk ya!

sekian saja,resepi segera daripada saya.selamat mencuba!^_^mudah je.
hiaslah untuk nampak lagi menarik,saya punya ni memang ekspress.


0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea