Friday, May 20, 2011

Pandu macam ayah

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 6:18 AM
bismilahirrahmanirrahim
semalam,setelah lama "berkurung" dalam rumah.
petang semalam,saya pun keluar untuk bersiar-siar.
selesai solat Asar,saya keluar dengan memandu kereta kesayangan.
sendirian,menuju ke Temerloh,sebelum tu singgah sebentar di Mentakab.
kali ni,saya cuba nak rasa macam mana rasanya memandu seperti ayah saya.
apa yang saya maksudkan?
masih saya ingat kenangan bersama ayah
bila ayah pandu kereta,takkan lebih daripada 60km/j melainkan turun bukit
kalau ayah yang tekan minyak semata-mata,pasti takkan lebih daripada 60km/j
purata 40-60km/j
boleh dikatakan kalau orang Mentakab/Temerloh dah cam kereta ayah
CAX ****
masih segar di kotak ingatan saya,bunyi-bunyi hon tu memang dah biasa saya dengar
rasa dipotong kenderaan berat
ditegur oleh pemandu lain
macam-macam lagi.
semalam,saya cuba pandu kereta dengan purata kelajuan 50-60km/j
susah juga nak kawal sebab kereta saya selalunya paling perlahan saya pandu 80km/j
tapi menarik.
bila pandu perlahan,dapat perhatikan keadaan sekeliling
dapat kurangkan risiko kemalangan sebab boleh dikatakan agak terkawal.
kita pandu lah di sebelah kiri sebab kita tak memotong.
macam ni rasanya sebagai seorang pemandu
sebab dulu saya hanya jadi peenumpang ayah.
saya suka kata ,"ayah,jom kita potong kereta tu"
selama menjadi penumpang dalam kereta yang dipandu ayah
saya sedar di situlah saya belajar perkara lain
contohnya membaca
sebab saya suka baca papan-papan tanda di sepanjang perjalanan
dan juga nombor plat kenderaan
terima kasih,ayah
ada manfaatnya ayah pandu lambat
secara tak langsung saya cepat belajar membaca
walaupun orang selalu marah ayah pandu lambat tapi saya tak
sebab saya tahu ada hikmahnya di sebalik tu

setelah hampir 3 tahun bergelar pemandu kereta
saya faham apa perasaannya berada di jalan raya
terutama bila sendiri
satu tips saya bila ditanya kenapa berani
tak sangka kau berani
nampak macam tak reti
saya hanya jawab:
yang penting kena kuat dan yakin
inshaAllah berani.^_^

hari ni nak ke Johor
doakan kami selamat sampai ke destinasi

wassalam

p/s:pandu cermat jiwa selamat^_^

2 comments:

Aizuddin said...

haha...
dah r jalan mentakab-temerloh jln mcm highway....bwk pelahan...wooo...
mybe slmt,maybe bahaya...
so jaga2 la ....
tp bwk pelahan kekdg best...
uji kesabaran gak la jd penumpang tu...
ok lg r 40-60km/j...
aku penah,10-40km/j
kekdg tu 5 je..haha

N.H.A.R1608 said...

yup,sbnrnye yg pnting sume pmndu patuh pd hadlaju n jgn fkir dri sdri..
inshaAllah slmt.

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea