Monday, April 04, 2011

rindu mereka.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 5:02 PM


bismillahirrahmanirrahim.

rindunya saya pada mereka.
3 sahabat baik yang saya kenali sejak zaman sekolah menengah.
Aisyah,Nova dan Solehah.
Aisyah,
walaupun satu kampus dekat sebulan tak jumpa.macam mana awak sekarang?
Nova,
sedang bercuti,harap2 sempat jumpa sebelum kamu pulang ke DQ.saya hanya dapat "contact" melalui telefon
Solehah,
saya tahu kamu dah kembali ke DQ tapi harap sangat dapat jumpa kamu.Boleh saya datang DQ?
Pendek kata,
saya rindu saat-saat sewaktu kita bersama.
suka mahupun duka,
sentiasa bersama
sampai saat ni,walaupun jarak memisahkan kita,
tapi ukhuwah yang terbina di hati tetap utuh.
Tak sabar nak jumpa semua,jom buat reunion geng kita je?Nak?
Semoga persahabatan kita berkekalan.
Saya rindukan 3 sahabat saya ni.
Semoga kamu semua berada dalam keadaan baik.
Jaga diri baik-baik.
Koi sayang korang^_^
saya tujukan lagu ni khas buat wokme bertige..

sahabat :devotees

Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir

Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...



p/s: koi highlight nama korang ikut warna kesukaan korang.koi tak lupe k!=)
Align Center
 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea