Wednesday, March 16, 2011

khas buat dia

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 4:13 PM
bismillahirrahmanirrahim.
bertahun berlalu,seingat saya sudah hampir 8tahun.
perkenalan yang terjalin,disemai dengan rasa mahabbah dan persefahaman antara satu sama lain.
membuahkan beribu warna dalam episod kehidupan saya.
kadangkala warna itu ceria seindah warna sang pelangi,kadangkala diwarnai dengan warna suram.
itulah cerita kami.
dia yang saya kenali amat istimewa di hati saya.
pengalaman melalui zaman sekolah menengah bersama dia masih tersemat di sebalik helaian diari hati saya.
sungguh indah bila dikenangkan kembali.
kenangan yang pasti menjadi memori indah dalam hidup kami.
Kini,kami masih melakar potret kehidupan bersama,ke arah fasa yang lebih tinggi.
Alhamdullilah,janji Allah itu indah,kami ditempatkan di sebuah universiti yang sama,kuliah yang sama cuma kuliah dan mahallah berbeza.
Itu bukan bererti kami sudah tidak serasi,walaupun jarang punya waktu terluang untuk bersama,kami tetap sama seperti dulu,masih rapat,masih serasi.Buktinya,masih ada yang mengatakan kami KEMBAR,sama seperti zaman di bangku sekolah dulu.^_^
Entri ini mungkin balasan saya buat dia,saya harap dia akan membaca entri ini. Walaupun saya kurang tahu apa mehnah yang melanda dia,jauh di sudut hati saya mengharapkan dia terus kuat dan jangan sesekali rasa ditinggalkan,percayalah ujian itu proses mendewasakan kita,hadiah daripada Yang Maha Esa.Mungkin saya seringkali mengucapkan ini kepadanya tetapi saya takkan pernah berhenti kerana saya tahu dia kuat sebenarnya.Saya kenal dia,menangislah jika kamu rasa mahu,menangis bukan bererti kita lemah,mungkin itu melegakan kita,kata-kata seorang sahabat saya ketika saya sedang menangis.
Saya tidak mengharapkan dia jadi terbaik dan 'perfect' di hati saya,kerana pada saya sahabat itu juga saling melengkapi dan saling mengingati.Jadilah terbaik di mata Dia kerana pandangan saya tidaklah sepenting pandanganNya,sahabatku.Tegurlah saya kerana kamu sayang akan saya.InshaAllah segalanya saya terima dengan terbuka.^_^
Segala yang berlaku antara saya dan dia terutama perkara yang sedih,anggaplah itu semua rencah kehidupan.Itulah indahnya warna persahabatan,sedar atau tak perselisihan yang berlaku membuatkan kita lebih memahami antara satu sama lain. Terima kasih kerana masih kekal sebagai teman saya. Saya harapkan ikatan ukhuwah yang terbina kekal untuk selamanya. Maaf atas segalanya.
Salam sayang dan rindu buat kamu
Semoga cepat sembuh.
Saya sayang kamu.
Terima kasih atas segalanya
.....
....
....
.....
....
......
......
....
.....
.....
......
.....
SITI NURUL AISYAH BINTI IDRIS

3 comments:

دبوان چينتا الحمراء said...

Heee~ Betul2. Tapi saya dgn syida terpaksa berjauhan. sedih laa. tapi hubungan tetap mcm dlu. syg sahabat baik kita. hehe.

N.H.A.R1608 said...

xpe,janji still baik cm dlu^_^
jauh itu juga merapatkan lg...

N.H.A.R1608 said...

xpe,janji still baik cm dlu^_^
jauh itu juga merapatkan lg...

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea