Bismillahirrahmanirrahim. Rasanya semua dah tahu apa yang berlaku dalam dunia kita hari ni. Saban hari,manusia rakus dengan kuasa yang semen...
Doakan saudara kita di Libya
Rasanya semua dah tahu apa yang berlaku dalam dunia kita hari ni.
Saban hari,manusia rakus dengan kuasa yang sementara sehingga sanggup mengorbankan nyawa-nyawa yang tidak bersalah.
Libya diserang.
Itulah yang berlaku.
Beberapa hari lepas,saya hanya mendengar desas-desus mengenainya di dada akhbar.
Hari ini sudah pun menjadi realiti.
Amerika Syarikat dan beberapa lagi sekutunya bertindak menyerang bumi Libya.
Di mana nilai perikemanusiaan?
Saya sangat sedih dengan apa yang terjadi.Mengapa perlu masuk campur dan ambil kesempatan?
Pemimpin tertinggi Libya pula tak habis-habis dengan kata-katanya.
Mangsanya? Sudah pasti rakyat yang tak bersalah.
Dunia sudah tak aman,sana-sini hanya memikirkan dunia semata-mata.
Itulah manusia,tak pernah puas dengan apa yang ada.
Mari kita sama-sama mendoakan saudara kita di tanah arab tersebut.
Moga ada sinar kesejahteraan dan keamanan buat mereka.
Moga bumi Libya kembali aman seperti sediakala.Ameen.
Jadikan renungan apa yang berlaku.
Bismillahirrahmanirrahim. Duniaku sebuah kisah tanpa ilusi penuh dengan tangis riang mewarnai setiap lembaran kehidupanku Duniaku hadiah dar...
Duniaku....
Duniaku
sebuah kisah tanpa ilusi
penuh dengan tangis riang
mewarnai setiap lembaran kehidupanku
Duniaku
hadiah daripada Illahi
menemaniku seribu satu tanggungjawab
di setiap stesen kehidupanku
Duniaku
bukannya satu khayalan
sebaliknya satu misi merealisasikan impian
bersama senyuman dan harapan yang tersayang
Duniaku
masih terus berputar
mengajarku erti pahit manis kehidupanku
supaya aku menghargai setiap detik kehidupan
Duniaku
kenangan berlalu kucoretkan dalam diari kehidupanku
jadi pengajaran buat diriku
moga redhaMu selalu bersamaku.
dalam titian menuju akhirat kekal abadi.
by NHAR 1608
Bismillahirrahmanirrahim. Berada di masjid,teringat hujung minggu lepas,ramai yang sudah pun melangkah ke gerbang rumah tangga. Menggalas ta...
Selamat berbahagia
Berada di masjid,teringat hujung minggu lepas,ramai yang sudah pun melangkah ke gerbang rumah tangga.
Menggalas tanggungjawab baru dan menyelusuri peristiwa kehidupan bersama pasangan masing2.
Semoga berbahagia insha Allah.
Selamat pengantin baru buat
angah hafiz dan isteri
kak sarah dan suami:
angah dan hidir.
Barakallahulakuma.
bismillahirrahmanirrahim. bertahun berlalu,seingat saya sudah hampir 8tahun. perkenalan yang terjalin,disemai dengan rasa mahabbah dan perse...
khas buat dia
lokasi:Selayang tarikh: 12 Mac bismillahirrahmanirrahim selamat bertunang. moga bertemu di jinjang pelamin. tahniah kak amy^_^ cepatlah kahw...
selamat bertunang,kak amy^_^
gerimis pagi.. membuka lembaran baru hari ini. di mana sang suria menyembunyikan dirinya? barangkali sang suria mahu bumi dibasahi rintik-ri...
GERIMIS PAGI 1MAC2011
membuka lembaran baru hari ini.
di mana sang suria menyembunyikan dirinya?
barangkali sang suria mahu bumi dibasahi rintik-rintik hujan.
moga makhluk di bumi tahu untuk mensyukuri nikmat-Nya
gerimis pagi.
menemaniku dan teman.
mendaki menuju puncak kejayaan di sini.
walau sesekali diri terasa diuji dengan sifat-sifat yang mahu mematahkan semangat ini.
namun,langkah perlu diteruskan jua.
gerimis pagi.
masih menyelimuti sebahagian insan di bumi.
kerna kulihat suasana sepi menyelubungi taman ilmu ini.
bangunlah wahai penghuni bumi.
pintu rezeki terbuka luas menantimu bertandang.
gerimis pagi.
akhirnya terhenti.
memberi ruang buat sang mentari menjelmakan diri.
menyinari seluruh pelusuk taman ini.
agar penghuninya juga bersemangat seindah dan sekuat sinaran sang mentari
by N.H.A.R
0 ulasan:
Catat Ulasan