Thursday, February 10, 2011

mencari sinaran mentari di sebalik rimbunan pohonan yang menebal.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 4:47 PM
bismillahirrahmanirrahim.
saya curi sedikit masa untuk blog yang mula nampak berhabuk ni.
tuannya ada,cuma tidak diupdate.
bermulanya minggu ni,separuh sudah semester yang saya lalui di sini.
sahabat-sahabat yang lain juga sama seperti saya,sibuk menyelesaikan tugasan.
kuiz-kuiz pusingan kedua bakal menjengah dalam episod semester ini.
BOA juga sudah selamat dihantar,semoga dipermudahkan proses "mooting" yang sedang berjalan.
sungguh kita manusia mudah mengeluh,saya sendiri pun begitu.
namun perlu diingatkan,anggaplah kita sedang meneroka dalam mencari sinaran mentari di sebalik rimbunan pohonan yang menebal.
sinaran itu,inshaAllah yang terindah,namun kita perlu melalui denai belukar bagi menyaksikan keindahan itu dan menikmatinya pada akhir perjalanan.
hidup sebagai hamba-Nya,sebagai anak,sebagai khalifah di muka bumi ini,sebagai pelajar,sebagai sahabat,sebagai apapun,tanggungjawab pasti tersandar di bahu kita.
terus kuat dalam menjalani hidup ini.
Allah sentiasa menemani dalam setiap langkah kita.
InshaAllah.
Sebelum akhir kalam,saya nak ucapkan

Selamat kembali ke tanah air buat sahabat-sahabat dari Mesir.
Selamat menyambut hari lahir buat insan tersayang,ibu saya esok hari.
Selamat menyiapkan segala tugasan sahabat2
Selamat menduduki ujian-ujian.
Selamat segalanya.
Semoga hari-hari mendatang lebih baik daripada sebelumnya.
Sinar itu pasti akan muncul,bersabarlah,duhai hati.

Wassalam
N.H.A.R

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea