Monday, January 31, 2011

Ya Allah,selamatkan mereka.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 10:27 PM


bismillahirrahmanirahim.
minggu ni penuh dengan warna-warni ujian
daripada Yang Maha Esa buat hamba-hamba yang mampu.
jauh di sudut hatiku,risau sungguh dengan keadaan saudara-maraku.
yang kini diuji dengan ujian yang aku sendiri belum tentu mampu melaluinya.
diri ini sama sekali tak punya pengalaman tentang itu
ingatlah kita digelar makhluk terpilih,maka sudah tentu diari kehidupan insan itu penuh dengan coretan dugaan dan ujian yang silih berganti.
Cuma mungkin cara diuji berbeza bentuknya.
Para Rasul juga diuji
Buat keluargaku yang berada di selatan semenanjung tanah air,doaku sentiasa bersama kalian.
Khabar berita telah kuterima.
Jaga diri baik-baik dalam menghadapi situasi banjir yang melanda..
Terutama kepada Nenek Ujang&keluarga,Paman Daim&keluarga,Kak Long An&keluarga,Atok Aji& nenek,Atok Ngot & nyain serta semua yang berada di sana.
Tak lupa buat sahabat yang berada di negeri kelahiran ayahandaku,banyakkan bersabar.
Percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya
Kita tidak perlu mempersoalkan dan mengeluh di sebalik ketentuan-Nya.
Segala dugaan pasti Dia datangkan dengan seribu hikmah.

Doaku jua buat sahabat-sahabat yang berada di bumi Mesir yang sedang bergolak.
Diri ini cuba kuletakkan di tempat mereka yang berada di sana,sudah pasti perasaan takut ada.
Semoga kalian semua terus kuat dan jaga diri baik-baik.
Sekali lagi,kucuba meletakkan diriku di tempat mereka yang mempunyai keluarga di sana.
Risau tak terkata rasanya.
Aku mengharapkan semuanya selamat.Bawalah mereka pulang ke bumi Malaysia ini.
Dugaan diharungi dengan berbekalkan iman dan doa yang tidak putus pasti membuahkan hasil yang tak ternilai harganya.
Allah sentiasa menjaga kalian semua.Kuatkan semangat kalian.
Kami di Malaysia sentiasa mendoakan keselamatan kalian semua,rakyat Malaysia di bumi Mesir.


keadaan di Mesir,klik sini.
SEMOGA SEMUANYA KEMBALI PULIH DAN SELAMAT.INSHA ALLAH.


insan yang mengharapkan pertolongan dari-Mu
N.H.A.R 1608

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea