By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahirrahmanirrahim alhamdullilah,bagiku keputusanku sudah sampai titik noktahnya. tiada lagi pertimbangan. setelah lama memikirkan. ha...

the end.


bismillahirrahmanirrahim
alhamdullilah,bagiku keputusanku sudah sampai titik noktahnya.
tiada lagi pertimbangan.
setelah lama memikirkan.
hasil petunjuk daripada-Nya dan pandangan ibu dan juga nasihat-nasihat sahabat-sahabat tersayang.
tiada lagi kisah itu,semua sudah kunoktahkan setakat di sini.
laluan kehidupanku masih jauh,masih banyak simpang-simpang menantiku.
membuat pilihan sama ada mahu ke kiri,ke kanan,belakang mahupun depan.
kenangan lalu jadikan sempadan,agar diri menjadi lebih matang dalam setiap tindakan.
yang lepas itu,bagiku satu kesilapan.
tapi tak perlu terlalu memikirkan,hanya perlu bawa perubahan.
kesilapan itu mengajarku agar kembali kepada prinsip asalku,jangan sesekali kembali ke jalan itu.
kini,sudah hampir 20 tahun "melakonkan" watak dalam pentas kehidupan ini.
apakah yang telah diriku lakukan?
padaku,
masih banyak tanggungjawab diri ini.
janganlah duduk hanya menggoyangkan kaki.
semua takkan datang bergolek.semua takkan selesai dengan sendirinya.
Langkah itu perlu tetap ke hadapan.
Semoga diri ini sentiasa berada di landasan yang benar.
Ingin saya kongsikan antara kata-kata yang menjadi koleksi saya dalam menempuh denai kehidupan:
Jika kamu ingin melukis,lukislah potret kehidupan,
Jika kamu ingin melakar,lakarkanlah bingkai kehidupan,
Potret indah ,di dalam bingkai yang cantik,itulah hasil seni teristimewa.


^_^


2 ulasan:

AiSya=) berkata...

chaiyok3 my dear...i'm always with u=)

thanks ya.u too.jgn tmenung2!=p