Monday, January 31, 2011

Ya Allah,selamatkan mereka.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 10:27 PM 0 comments


bismillahirrahmanirahim.
minggu ni penuh dengan warna-warni ujian
daripada Yang Maha Esa buat hamba-hamba yang mampu.
jauh di sudut hatiku,risau sungguh dengan keadaan saudara-maraku.
yang kini diuji dengan ujian yang aku sendiri belum tentu mampu melaluinya.
diri ini sama sekali tak punya pengalaman tentang itu
ingatlah kita digelar makhluk terpilih,maka sudah tentu diari kehidupan insan itu penuh dengan coretan dugaan dan ujian yang silih berganti.
Cuma mungkin cara diuji berbeza bentuknya.
Para Rasul juga diuji
Buat keluargaku yang berada di selatan semenanjung tanah air,doaku sentiasa bersama kalian.
Khabar berita telah kuterima.
Jaga diri baik-baik dalam menghadapi situasi banjir yang melanda..
Terutama kepada Nenek Ujang&keluarga,Paman Daim&keluarga,Kak Long An&keluarga,Atok Aji& nenek,Atok Ngot & nyain serta semua yang berada di sana.
Tak lupa buat sahabat yang berada di negeri kelahiran ayahandaku,banyakkan bersabar.
Percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya
Kita tidak perlu mempersoalkan dan mengeluh di sebalik ketentuan-Nya.
Segala dugaan pasti Dia datangkan dengan seribu hikmah.

Doaku jua buat sahabat-sahabat yang berada di bumi Mesir yang sedang bergolak.
Diri ini cuba kuletakkan di tempat mereka yang berada di sana,sudah pasti perasaan takut ada.
Semoga kalian semua terus kuat dan jaga diri baik-baik.
Sekali lagi,kucuba meletakkan diriku di tempat mereka yang mempunyai keluarga di sana.
Risau tak terkata rasanya.
Aku mengharapkan semuanya selamat.Bawalah mereka pulang ke bumi Malaysia ini.
Dugaan diharungi dengan berbekalkan iman dan doa yang tidak putus pasti membuahkan hasil yang tak ternilai harganya.
Allah sentiasa menjaga kalian semua.Kuatkan semangat kalian.
Kami di Malaysia sentiasa mendoakan keselamatan kalian semua,rakyat Malaysia di bumi Mesir.


keadaan di Mesir,klik sini.
SEMOGA SEMUANYA KEMBALI PULIH DAN SELAMAT.INSHA ALLAH.


insan yang mengharapkan pertolongan dari-Mu
N.H.A.R 1608

Sunday, January 30, 2011

menangis

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 6:42 PM 3 comments


bismillahirrahmanirrahim.

hari ini.
mengapa kau tak henti-henti menangis
menangis mencurahkan air matamu membasahi bumi.
sudah pasti Tuhan mengaturkan sesuatu yang indah disebaliknya.
Di sebalik titisan air matamu wahai langit.
Tersirat seribu satu kebahagiaan.
Yang manusia itu lupa nikmat di sebaliknya.

hari ini.
tangisanmu mendinginkan diriku dan seluruh penghuni bumi Malaysia
Segala yang canggih ciptaan manusia dihentikan operasinya.
Kerana adanya ciptaan Tuhan yang lebih nyaman menemani kami.
Iaitu angin yang berhembus di sebalik titisan hujan
membawa seribu satu berita
buat orang yang memikirkan.


indahnya langit mencurahkan hujan

hari ni.
tangisan yang kau curahkan itu
mungkin membuatkan sesetengah manusia mengeluh
tapi tak kurang juga sebaliknya
aku yakin ada yang bahagia dengan tangisanmu
mungkin si petani,gembira tanamannya disirami titisan tangisanmu
mungkin si anak kecil gembira berlari-lari berkejaran bermain dengan titisan tangisanmu itu
mungkin ada manusia yang sedar,dengan titisanmu berupaya memenuhkan empangan yang seterusnya menerangkan setiap rumah di bumi ini.
memenuhkan sungai serta lautan yang melayarkan kapal-kapal.
itulah ragam manusia di sebalik tangisan yang kau curahkan.

hari ni.
aku mengharapkan semua insan memikirkan
hikmah di sebalik setiap titis hujan
dan bukannya menangis menitiskan air mata
fikirkan titisan hujan
mencipta keajaiban buat penghuni bumi
Bunga-bungaan mekar menyambut mereka,
siang yang panas terlupa untuk menyilaukan kehangatan,
malah, ia mungkin mewarnakan sejalur pelangi yang indah.
begitulah kuasa setiap titisan hujan
kurniaan Yang Maha Pencipta buat hamba-Nya

hari ini.
kau masih menangis saat aku menukilkan bait kata-kata ini.
aku melihat sungai mula memenuhi takungannya.
adakah ia akan melimpah,memuntahkan isinya.
aku sendiri tak pasti.
Yang pasti setiap titisan hujan yang datang itu bagiku,membawa seribu satu rahmat.
Mungkin mesej dari Sang Pencipta.
Bahawa apapun yang terjadi Dia sentiasa ada menjaga kita sebaiknya.
Aku ingin mengkategorikan tangisanmu itu tangisan kebahagiaan,boleh kan?




Sekian,wassalam

nukilan:NHAR 1608

Saturday, January 29, 2011

warkah buat bakal imamku..

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 3:56 PM 0 comments


bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum,pembuka kalam.entah kenapa aku terasa mahu menulis sesuatu.buat kamu yang aku sendiri belum tahu siapa.

Bakal Suamiku.. Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..

Bakal Suamiku.. Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..

Bakal Suamiku.. Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah, bukan sesuci Saidatina Aishah, bukan seteguh cinta kasih Zulaikha


.....

Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.. Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Bakal suamiku.. Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup aurat dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki,hatinya jauh dari segala itu dan kau insan pertama mengisi tempat itu

Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.Kini,aku berharap diriku akan menyimpan semua kata-kata itu hanya untukmu.

Bakal suamiku.. Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita..Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…

Bakal Pembimbingku.. Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita

Rasulullah saw ialah contoh suami yang terbaik. Aku tak mengharapkan kau sesempurna beliau. Sebaiknya, aku mengharapkan kau mengamalkan sunnah beliau sekadar yang kau termampu. Itu yang aku harapkan. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang aku tak pernah dapat dari orang lain sebelum ini. Yang aku dapat dari mereka hanyalah dusta semata-mata. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..Tetapi seandainya itu takdirnya,aku terima seadanya.Pasti ada hikmahnya,itu yang aku percaya.


My Love.. indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Bakal Suamiku.. Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir



“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci” .. Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.

Bakal Suamiku.. Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

khutbah yang kudengar semalam benar2 menyentuh sanubariku.tanggungjawab membina generasi baru semua asasnya terletak pada keluarga yang baik.carilah kebaikan itu dari indahnya ikatan perkahwinan.

wassalam.



p.u.l.a.n.g

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:45 AM 0 comments
bismillahirrahmanirrahim.
hari ni saya akan pulang ke rumah tersayang.
bersama insan tersayang.
bertemu insan tersayang
banyaknya sayang.
sekarang kat library,tunggu Aisyah balik dari ujian.
semoga berjaya sahabat tersayang.
tak sabar nak balik.
pergi mana pun,rumahku syurgaku kan.
macam 'homesick' pulak.
tak kisahlah,siapa tak rindu keluarga kan?
macam mana ni Imah,tak lama lagi nak tinggalkan rumah utk tempoh beberapa bulan,inshaAllah.
tak pe,berkorban sikit,Allah ada di mana-mana.
Dia akan jaga kita.
Bella ngan Nadz kan ada. Apapun semoga impian kami jadi kenyataan.
Dah siap berangan lagi,memang tak boleh bla la. hehe
Dengar berita dari kampung semalam,seorang saudara telah kembali ke rahmatullah.
Takziah buat keluarga.
Maaf kami tak dapat datang.
Setiap yang berlaku tersimpan seribu satu hikmah.
Emmm...
Rabu kena turun KL lagi,nak jumpa paman.
Tapi perasaan sekarang nak balik rumah je,pergi library utk pinjam buku-buku je.
Mood nak baca tak de kot,pasal hati dah kat Bandar Ikan Patin.
Macam manalah Mentakab sempena Tahun Baru Cina kali ni?
Mesti meriah,kpd yg bakal sambut CNY,Happy Chinese New Year.
Kepada sahabat-sahabat UIA,selamat bercuti bersama buku-buku dan tugasan serta persediaan test!
hehe jangan lupa tu.
Apapun luangkan masa utk keluarga selagi ada peluang ya.
Gembirakan hati mereka^_^
Sekian,"mood" nak balik dah makin meningkat.
Tapi perut dah menyanyi. Sermoga kami selamat sampai ke Pahang.
Nadz pun,semoga selamat sampai,maaf tadi saya lambat,angkut barang-barang.
Pergi wangsawalk,beli buah tangan tau!=p
Kepada Ain,duk dalam bas,jangan tidur je=p Tapi biasalah tu,bawa kereta pun Imah boleh ngantuk kan?
Apapun semoga segala yg dirancang berjalan lancar.
Wassalam.

Friday, January 28, 2011

bicara diari sufi.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 10:42 PM 0 comments

bismillahirrahmanirrahim,
bicara diari sufi memikat hati saya.
membelek-belek setiap helaian naskahnya membuatkan saya ingin memilikinya.
sekarang,alhamdullilah selamat saya tamatkan episod dalam kisah si diari sufi
sebab saya sukakan setiap bait kata-kata dalam setiap rangkap.
setiap hari walaupun dah habis baca,saya akan baca satu episod dalam diari sufi.
penuh dengan pengajaran dan indahnya kata-kata itu jika dapat dipraktikkan.
diselitkan dengan bait doa-doa kepada Yang Maha Esa.
menyelusuri langkah dalam kehidupan.
doa itu senjata mukmin.
renungkanlah setiap kata-kata yang penuh seribu satu pengajaran.
diari sufi buku keempat yang saya miliki semester ni.
sukanya saya dapat beli buku.
kepada yg belum ada,jom lah baca diari sufi.
^_^
wassalam

Friday, January 21, 2011

-YA ALLAH,AKU JATUH CINTA-

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 9:55 PM 3 comments

Bismillahirrahmanirrahim,
tajuk di atas,suatu perkara yang hangat dibincangkan oleh para remaja terutamanya.
saya baru saja tamat membaca sebuah buku yang tajuknya seperti di atas.
mula mengenali buku itu daripada majalah solusi yang dibeli.
akhirnya buku ini saya temukan sewaktu asyik membelek-belek buku-buku di bazar berhampiran masjid.
entah mengapa saya tertarik dengan buku ini.
terus saya khabarkan kepada sahabat yang juga mencari buku ini.
masih ingat lagi,sewaktu makan di Evoke,seorang sister bertanyakan saya tentang buku ini.
emmm.... menarik.rupanya ada lagi orang macam saya,mencari.
keseluruhannya,saya sangat suka buku ni,gaya penulisan yang menarik.
mengambarkan si penulis memahami hati si remaja.
ada bait-bait kata yang melucukan hati saya,sehingga membuat saya tersenyum sendirian.
membicarakan tentang cinta.
bagaimana menguruskan cinta tanpa diselubungi dosa?
Carilah jawapannya,jangan mudah terhantuk dan terjatuh.


ya Allah, yang membolak-balikkan hati kami...
selama ini aku tidak pernah tahu
bagaimana rasanya bercinta

namun kuberharap
bila cinta menyapaku

aku tidak akan kehilangan Engkau
Ya Allah,

Selama ini aku hanya berharap
Semoga dapat mencintai
Orang yang memiliki cinta yang luar biasa kepada-Mu

Ya Allah,

Selama ini juga kuberharap

Semoga dapat mencintai
Oleh orang yang menuntunku

menuju keredhaan-Mu

Pintaku Ya Allah,

Izinkan aku memiliki rasa itu,
Hingga ia menjadi indah di dada kami

tanpa mengurai rasa cinta kami kepada-Mu.

sebahagian bait-bait yang tertera dalam buku ini.
Jadi saya cadangkan bacalah buku ini,
Semoga mendapat manfaat.

Wassalam.
N.H.A.R 1608

Sunday, January 09, 2011

LAST NIGHT-------HISTORY IN OUR LIFE------

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 1:47 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Last night, i think it was really terrible night. I'll never forget last night's incident.
I believe that don't judge a book by its cover. Don't you ever claim that you know someone really well.It's unimportant how long you be friends.
It's not easy to get know someone in our life.
What's inside their heart,its not easy to know and understand.The truth is always hidden somewhere..
Find out the truth?
Yeah,thats correct.
Don't easily trust people.
Is it correct to beat someone without any valid reason?Do you have that right??!!
Can you just take other's belonging without their permission?
Come on,we're big enough to think wisely about it.
You should think it carefully.
I thought that you're more matured than us.
If you've anything to say,please discuss it first.
We're not going to get angry,we just want to hear your explanation.
That's all.
Every problem has it's own solution.
Talk first,and find the solution.
Clarification is very important,plus with an explanation.
Tell the truth.
Please stop blaming others,every people make a mistake.
We must learn from our mistake,not to make it worse than before.
There must be a reason behind this.
I know I'm not so kind ,but I totally disagree with your action.
As a human being,we need to respect others.
Then,inshaAllah other will love and respect us.
I've go through this kind of experience.
Even my family did it to me.It's hurt,you know.
Really hurt.
Please stop this kind of story.
As a friend, I hope everything will be ok.
I don't want to interfere without any reason but because
I love all of you.That's why I'm here.

I don't want all of us to repeat that bad history.
Allah knows the best.
Please stop fighting.




Thursday, January 06, 2011

the end.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 3:26 PM 2 comments

bismillahirrahmanirrahim
alhamdullilah,bagiku keputusanku sudah sampai titik noktahnya.
tiada lagi pertimbangan.
setelah lama memikirkan.
hasil petunjuk daripada-Nya dan pandangan ibu dan juga nasihat-nasihat sahabat-sahabat tersayang.
tiada lagi kisah itu,semua sudah kunoktahkan setakat di sini.
laluan kehidupanku masih jauh,masih banyak simpang-simpang menantiku.
membuat pilihan sama ada mahu ke kiri,ke kanan,belakang mahupun depan.
kenangan lalu jadikan sempadan,agar diri menjadi lebih matang dalam setiap tindakan.
yang lepas itu,bagiku satu kesilapan.
tapi tak perlu terlalu memikirkan,hanya perlu bawa perubahan.
kesilapan itu mengajarku agar kembali kepada prinsip asalku,jangan sesekali kembali ke jalan itu.
kini,sudah hampir 20 tahun "melakonkan" watak dalam pentas kehidupan ini.
apakah yang telah diriku lakukan?
padaku,
masih banyak tanggungjawab diri ini.
janganlah duduk hanya menggoyangkan kaki.
semua takkan datang bergolek.semua takkan selesai dengan sendirinya.
Langkah itu perlu tetap ke hadapan.
Semoga diri ini sentiasa berada di landasan yang benar.
Ingin saya kongsikan antara kata-kata yang menjadi koleksi saya dalam menempuh denai kehidupan:
Jika kamu ingin melukis,lukislah potret kehidupan,
Jika kamu ingin melakar,lakarkanlah bingkai kehidupan,
Potret indah ,di dalam bingkai yang cantik,itulah hasil seni teristimewa.


^_^


Saturday, January 01, 2011

1st post for 2011:: Dalam Sujud Cintaku,aku harapkan hanya cinta-Mu

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 1:45 AM 0 comments
bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah.
it's already 2011.
I just want to share one of my favourite songs.
Please listen to this song,and listen to it's lyric.




Dalam Sujud Cintaku


Munsyid : Abd Halim - Devotees



Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

wassalam.
welcome to new step of life
 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea