By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim Hari ni, hari yang sedih buat saya. Memang jadi lumrah kan,setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun,saya ...

Saya akan rasa rindu:"(



Bismillahirrahmanirrahim
Hari ni, hari yang sedih buat saya.
Memang jadi lumrah kan,setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Namun,saya masih mengharap jodoh kami masih ada.

Nor dan Abi dah balik ke kampung mereka,Indonesia.
Rasa terngiang-ngiang kat telinga suara gelak tawa dan tangisan mereka berdua.
Sunyi .
Mak pun akan sunyi,sebab tak de Nor nak panggil nenek.
Tiada suara anak kecil yang akan kedengaran di pagar rumah saya lagi.
Tiada lagi si anak kecil yang akan mengejar kereta saya dan mak sebab nak ikut jalan.
Tiada lagi Nor yang nak panggil saya "kakak"
Tiada lagi.
Membuatkan saya terkenang kembali saat Nor dilahirkan.
Istimewanya
Kami antara yang pertama lihat dia. Sebab tu saya rasa Nor istimewa sebab waktu mak dia nak bersalin,berkejar-kejar kami hantar ke hospital,pengalaman saya.
Saya lihat bagaimana Nor dan Abi membesar.
Dah 2tahun berlalu.Rasa baru lagi.
Abi pun dah besar. Kakak harap kakak boleh jumpa Nor dan Abi lagi.
InshaAllah.
Jangan lupa kakak di Malaysia!
Kakak akan rindu anda berdua sebab dua-dua dah macam adik-adik kakak.
Semoga selamat tiba di Indonesia. Jaga diri baik-baik.
Semoga kita ketemu lagi.
Sedih sangat sebab Nor dan Abi dah balik,datanglah sini lagi='(



Lots of love from kakak.
NHAR

0 ulasan:

^_^assalamualaikum bismillahhirrahmanirrahim. good morning to all of you. here I am,still at my home^^ few days to go before my fina...

good morning.


^_^assalamualaikum


bismillahhirrahmanirrahim.
good morning to all of you.
here I am,still at my home^^
few days to go before my final exam.
how's your life? I hope everything is okay=)
talking about morning.what you are going to do today?
Please do something beneficial for you and others^^
Wake up in the early morning,alhamdullilah.Allah gives me this chance. Make me remember one of the hadith from The Prophet s.a.w.

Abu Hurairah (Radhi-Allahu 'anhu) reported: The Messenger of Allah (Sallallaahu 'alaihi wasallam) said, "He who recites in the morning and in the evening the statement: `Subhan-Allahi wa bihamdihi (Allah is free from imperfection and I begin with praising Him)' One Hundred Times, will not be surpassed on the Day of Resurrection by anyone with better deeds than one who utters the same words or utters more of these words.'' [ Sahih Muslim]




such a cute meal^^

But before you do anything, don't forget to take your breakfast. Breakfast is an important meal^^
A good breakfast provides the nutrients that people need to start their day off right. "Children who eat a good breakfast tend to perform better in school, and have a better attendance and decreased hyperactivity. Children who don't eat breakfast tend to perform not as well, and also tend to have behavior problems such as fighting, stealing, and not listening to their teachers" (Dr. Ronald Kleinman, Harvard Medical School).

Me,myself,sometimes forget about breakfast. I will try to change it,make sure that I will have my breakfast so that it is good for my health. What about you?? However,please don't just simply take anything! Make sure it is good for your health ya^^ Skipping breakfast is a common strategy for people who are trying to lose weight, but it's usually not a successful one. Your body (or maybe your brain) expects to be refueled a few times each day, so when you skip meals you may feel so hungry that when lunch time comes, you over-eat or maybe you choose foods that are not the healthiest choices. One good tips if you want to diet, actually, eating breakfast may be good for losing weight. People who eat breakfast are more likely to maintain a healthy weight.So what is your favourite menu for breakfast? Emm..?? Nasi lemak? Bread? Whatever is your choice, as a muslim,please don't forget The one who give us each beautiful gift^^
Allah S.w.t

Narrated Wahshi ibn Harb (RadhiAllahu 'anhu):

The Companions of the Prophet (salAllahu alayhi wa sallam) said: Allah's Apostle (salAllahu alayhi wa sallam) we eat but we are not satisfied.
He (salAllahu alayhi wa sallam) said: Perhaps you eat separately.
They replied: Yes.
He (salAllahu alayhi wa sallam) said: If you gather together at your food and mention Allah's name, you will be blessed in it.

[Sunan Abu-Dawud )
Aishah (radiyallahu ta’ala ‘anha) reported that the Messenger of Allah (sallalahu ta’ala ‘alahi wasallam) said, “When any of you wants to eat he should mention the name of Allah in the begining (i.e., say Bismillah). If he forgets to do it in the beginning he should say Bismillah awwalahu wa akhirahu (I begin with the Name of Allah at the beginning and at the end).” (Abu Dawud, Tirmidhi )
So beautiful,Islam is beautiful,right?^^ Alhamdullilah,proud to be a muslim:)

Start your day with the name of Allah,inshaAllah you will be blessed everyday!




^_^

0 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum. Apa khabar semua? Agak lama saya menyepi diri. Sekarang "study week" Curi masa nak upda...

tahniah^^



bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

Apa khabar semua? Agak lama saya menyepi diri. Sekarang "study week"
Curi masa nak update blog^^

Semenjak dua menjak ,banyak terima berita gembira.
Ramai nak melangkah ke fasa hidup yang seterusnya iaitu ke alam rumahtangga.
Alhamdullilah ^_^
Tahniah buat sahabat-sahabat yang sudah mendirikan rumahtangga dan yang bakal melangkah ke gerbang perkahwinan.
Mudah-mudahan cinta sampai syurga,inshaAllah.
Tak lupa buat sahabat sekelas yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama,tahniah.
InshaAllah jadi anak yang solehah^^



Kepada yang masih belum berpunya atau dengan kata lain masih "single"
Jangan risau sebab Allah sedang menjaga kita.^^
Allah juga dah simpankan seseorang yang sangat istimewa sebagai pemimpin dalam kembara hidup akan datang.
Jangan sedih-sedih,fokuskan cinta pada Allah,Rasullulah s.a.w,ibubapa dan Islam itu sendiri.
InshaAllah yang lain akan datang dan pasti itu yang terbaik untuk kita.
Letakkan Allah di tempat yang paling tinggi kerna hanya Dia yang selayaknya.Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya
^_^

Wassalam



0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim. Syukur? Lupakah kita untuk bersyukur? Adakah kerana kita leka dibuai nikmatNya? Sehingga terlupa ianya pember...

Lupakah kita untuk bersyukur?


Bismillahirrahmanirrahim. Syukur? Lupakah kita untuk bersyukur? Adakah kerana kita leka dibuai nikmatNya? Sehingga terlupa ianya pemberian Yang Maha Esa. Atau terlalu sibuk menggemudi bahtera kehidupan dan hanya mengejar yang kita mahukan. Sehingga kita tidak sedar yang kita sedang menikmati pemberianNya. Jika dikira pemberianNya,nescaya kita tidak mampu menghitungNya kerana terlalu banyak. Jadilah seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan pemberianNya kerana pasti itu yang terbaik buat kita.^^
Jangan terlalu mahukan apa yang orang ada sedangkan pada kita Allah telah kurniakan yang terbaik sesuai untuk kita.


Firman Allah:
" Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu."(Luqman:14)
"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." (As-Sajadah: 9) "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)

Akhir kata,bersama kita Lafazkan rasa syukur padaNya selalu.^^

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim. Petang yang cukup membuat kelopak mata terasa mahu jatuh ke bawah. Namun saya gagahkan juga diri ini untuk menu...

Buat semua sahabat saya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Petang yang cukup membuat kelopak mata terasa mahu jatuh ke bawah. Namun saya gagahkan juga diri ini untuk menulis sesuatu. Mungkin di sebalik contengan ini,saya sedang menzahirkan perasaan saya ketika ini. Kerna setiap malam titisan air mata pasti bercucuran bila mengenangkannya.

Membelek-belek "folder" gambar dalam telefon bimbit,membuatkan saya rindu dan sayang setiap saat bersama-sama mereka. Mereka itu sahabat-sahabat saya. Teringat kisah-kisah yang berlaku antara saya dan sahabat-sahabat saya. Semua mengajar saya supaya lebih matang dalam setiap tindakan dan kata-kata. Walaupun jauh di sudut hati,saya mengerti saya bukanlah sahabat yang baik,masih banyak yang perlu diperbaiki.

Dalam persahabatan,terkadang diuji membuatkan ikatan itu semakin renggang dan adakalanya itu merapatkan hubungan antara kita. Kerna di sebaliknya kita belajar menerima dan memahami sahabat-sahabat kita. Kenapa saya katakan demikian? Kerana pada setiap diri sahabat saya,ada keunikan mereka tersendiri. Keunikan itu inshaAllah melengkapi diri kita sebagai temannya.

Menjadi sahabat yang rapat mengambil masa yang lama. Di situ kita akan belajar menyesuaikan diri antara satu sama lain. Bukan mudah kerana kita 2 insan yang berbeza.Uniknya dan indahnya persahabatan itu,perbezaan itu menyatukan dua jiwa sahabat. Namun, satu perkara yang saya sedar,meruntuhkan ikatan binaan persahabatan yang berusia 20 tahun, 10 tahun, 5 tahun begitu mudah sekali. Mungkin mengambil masa sesaat,sejam,mahupun sehari. Kata-kata mahupun perbuatan saya ataupun anda mungkin ada yang mengguris sahabat kita. Malangnya kita seringkali pandang enteng. Namun, pada diri kita juga, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan pada diri sahabat. Jika ada yang salah, tegurlah dia sebaiknya.^_^

Mungkin kita pernah terasa ditikam dari belakang oleh sahabat ? Pernah terasa dipermainkannya? Pernah terasa gurauannya melampaui batas? Lantaran membuat kita rasa mahu marah dan mengeluarkan kata-kata yang kurang "enak" didengar. Sehinggakan terasa benci mahu memandangnya. Benar bukanlah mudah untuk kembali seperti sediakala tetapi hulurkanlah kemaafan kepada sahabat kita. Saya sendiri pernah terasa marah pada seseorang kerana perbuatannya terhadap ibu saya. Tidak perlulah memikirkan kejahatannya,kenapa tidak kita ingat kebaikannya pada kita? Lupakan kebaikan kita kepadanya,ingatlah kebaikan dia kepada kita. Rasa sayang jangan ditukar kepada benci. Tundukkan ego yang ada pada kita kerana sedikitpun kita tidak rugi. Kerna di sebalik kemaafan yang diberikan,ada suatu kebahagiaan yang lagi indah,rasa ketenangan.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman: "Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An Nisaa' 4:1).

Siapalah kita untuk rasa benci memandangnya,kurniaan Allah pada kita. Kita sendiri belum tentu yang terbaik di mataNya.

Sahabat itu hadiah buat kita. Hadir dalam kisah hidup kita,mewarnai kanvas lukisan hidup bersama kita. Kerna sahabat itu pengaruh yang besar dalam setiap diri kita. Sayangilah mereka. Jika ada antara sahabat kita sudah berubah ke arah yang salah jangan tinggalkan dia kerana bencikannya,tetapi pimpinlah mereka ke arah yang baik. Kerna seorang sahabat akan sentiasa mengingatkan sahabatnya dan selalu mendoakan yang terbaik buat sahabatnya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani


Buat sahabat saya,
Yang mengenali saya.Terutama yang selalu bertemu saya. Khusus rakan-rakan sebilik,rakan-rakan sekuliah dan semua sahabat.
Saya Nor Halimah Ahmad Ramli memohon kemaafan dari kalian atas segala kata-kata ,perbuatan dan segalanya yang melukakan hati anda.
Walau apapun yang pernah berlaku antara kita semua, yakinlah persahabatan kita tidak akan pernah terputus kerana saya tetap sayangkan kalian. Setiap daripada kalian punyai jejak yang kekal bersemadi dalam hidup saya selagi mana Allah meminjamkan nikmat-nikmat-Nya kepada saya,inshaAllah.^^









antara insan yang bergelar sahabat^^

4 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim. happy wedding day to Kak Ct and her husband. May Allah bless both of you. Thanks for giving me an opportunity to m...

Congrats to my beloved cousin^^


bismillahirrahmanirrahim.
happy wedding day to Kak Ct and her husband.
May Allah bless both of you.
Thanks for giving me an opportunity to make a video for your wedding.
I will settle it a.s.a.p^^


0 ulasan:

bah melanda? senja yang menggamit seribu pesona menyaksikan pohon melambai-lambai lalang ke kiri ke kanan dihembus bisikan sang bayu membisi...

~bah melanda?~

bah melanda?

senja yang menggamit seribu pesona
menyaksikan pohon melambai-lambai
lalang ke kiri ke kanan dihembus bisikan sang bayu
membisik seribu satu rahsia alam.

tatkala semua sedang leka dibuai tiupan bayu
titisan hujan menyapa bumi
membasahi lantai bumi yang terbentang luas
sang tumbuh-tumbuhan bergembira menyambut sang hujan

manusia mula dihimpit resah
bimbang sungai memuntahkan isinya
kerna hujan hadir menyapa hampir setiap senja
khuatir isi sungai menuju ke arah teratak mereka

namun jangan lupa wahai insan
seandainya diuji dengan bah
pasti selepasnya ada rezeki yang menanti.
renung-renungkanlah dan mohonlah yang terbaik daripada Sang Pencipta^^

nukilan:nhar 1608
5;17pm 23 November 2011

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim. Humaira merenung jarum pada jam dindingnya yang sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Masih awal,namun pagi itu suda...

Jodoh.


Bismillahirrahmanirrahim.

Humaira merenung jarum pada jam dindingnya yang sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Masih awal,namun pagi itu sudah kedengaran suara riuh rendah ibunya bersama-sama rakan yang mula menyediakan hidangan. Humaira bingkas bangun dari kamar tidurnya,mencapai jilbab di tepi katilnya. Dilihat setiap sudut biliknya dipenuhi dengan barang-barang hantaran dan persalinan indah setia menanti untuk digayakannya. Tak kurang juga kelibat sahabat baiknya,Insyirah yang masih lena diulit mimpi. Fikirannya kembali mengingatkan kata sahabat baiknya itu,"Esok,kau sudah bergelar isteri orang,tak seperti aku lagi,namun aku harap persahabatan kita terus macam ni". Ucap seorang sahabat yang sangat sayang akan diri Humaira. Persahabatan yang telah terjalin sejak bangku sekolah lagi terpatri sehingga hari ini.

Humaira mengucapkan syukur pada Yang Esa,masih diberi peluang mengecapi nikmat kurniaanNya. Dirinya dibasahi dengan air wudhu',sempat juga dia mengusik ibunya di dapur,seraya masuk ke kamarnya. Solat Tahajud didirikannya,doa dipanjatkan semoga hari ini berjalan lancar,inshaAllah. Bergema azan Subuh,dia mengejutkan sahabat baiknya,Insyirah daro terus melayari mimpi. Humaira dan Insyirah solat subuh berjemaah. Mereka saling berpandangan,Insyirah tersenyum lantas memeluk Humaira.

Pantas masa berlalu,jam sudah menunjukkan tepat 8pagi. Humaira yang leka membantu di dapur, disapa saudara-maranya supaya mula bersiap. Beberapa detik saja lagi, lafaz sakinah bakal menukar status dirinya sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki yang sudah lama dia sendiri tidak bertemu dengannya.

Masih jelas terbayang majlis pertunangan setahun lepas yang diadakan di teratak yang sama. Majlis pertunangan yang hanya dihadiri saudara mara terdekat,sewaktu itu juga bakal suaminya itu tidak hadir bersama kerana sedang menyambung pelajaran di luar negara. Segalanya berjalan lancar, hatinya ketika itu senang menerima lamaran itu setelah yakin dengan jawapan Istikharah walaupun hampir 3tahun tidak bersua muka dengan bakal suaminya itu yang merupakan rakan sekuliah sewaktu di universiti dahulu. Selepas tamat kuliah,mereka langsung tidak pernah berhubung sehinggalah suatu hari satu rombongan keluarga hadir ke rumahnya menyampaikan hasrat untuk menyunting satu-satunya"bunga" di teratak indah itu. Humaira tersenyum,namun meminta masa untuk mempertimbangkannya kerana masih ada 2 lamaran sebelum ini yang tidak dijawabnya. Dia mahukan yang terbaik untuk semua.

Alhamdullilah hari ini,segalanya sudah terjawab, pertunangan yang diikat selama setahun bakal membawa dirinya dan bakal suaminya ke jinjang pelamin. Humaira duduk di kamarnya, sepupunya,Kak Iqa sibuk menata rias wajah Humaira. Wajah putih kemerah-merahannya makin terserlah. Semua yang menjenguk ke ruang kamar memuji kecantikan Humaira. Selesai ditatarias, Humaira dan keluarga terdekat termasuk ibu dan bapanya bertolak ke masjid untuk majlis akad nikah.

Humaira duduk bersimpuh,rombongan pengantin lelaki tiba tidak lama kemudian. Rasa berdebar-debar mula menerpa Humaira tatkala seorang lelaki lengkap berbaju melayu putih melangkah masuk ke ruang masjid. Itulah Adam,bakal suami Humaira. Hampir 3 tahun mereka tidak bersua muka sehinggalah dipertemukan hari ini, di sebuah majlis penuh erti. Dia dan Adam akan disatukan sebagai suami isteri setelah segalanya diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga. Bagi Humaira, restu keluarga itu penting dalam melayari bahtera perkahwinan. Perkahwinan bukannya antara 2 insan tetapi antara 2 keluarga. Ibunya pernah bertanya kepada Humaira tentang soal jodoh,"Soal jodoh,siapa pilihan emak dan ayah,itu pastinya yang terbaik buat Humaira". Itulah jawapan yang pernah diberikan Humaira.

Lafaz akad nikah selesai dengan sekali lafaz. Adam tersenyum mesra, Humaira mengucapkan lafaz syukur di atas segalanya,matanya mula berkaca-kaca.Ibu dan bapanya memeluk Humaira dengan erat. Sah sudah dirinya bergelar isteri kepada Adam pada usia 25tahun. Semuanya seperti nampak sudah dirancang. Perkenalan selama hampir 7 tahun di mana hampir 3tahun masing-masing membawa diri setelah tamat pelajaran di universiti dan hanya memendam rasa hati akhirnya sudah terikat menjadi suami isteri kerana Allah ketemukan mereka dalam majlis yang penuh keberkatan. Semua ini adalah kerana jodoh itu ketentuan Allah.

Humaira merenung cincin yang disarungkan Adam di jarinya,sah dirinya sebagai seorang isteri untuk menggalas tanggungjawab. Dia mahu menjadi bintang hati suaminya. Adam membisikkan ke telinganya "Abang cintakan Humaira,semoga ikatan cinta yang terbina melalui ikatan perkahwinan antara kita sentiasa bersemi..." Gugur jantung Humaira mendengarnya. Lafaz syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana dipertemukan dengan seorang yang mampu menjadi imam untuk dirinya dan bakal cahaya mereka,inshaAllah. Itulah indahnya cinta selepas pernikahan.

Jodoh itu ketentuanNya,sudah tercatat di Luh Mahfuz. Namun begitu ,kita perlulah berusaha mencarinya agar dipermudahkan. Redha ibubapa itu penting kerana redha Allah terletak pada redha mereka.Jika sudah ada pilihan sendiri,jangan lupa redha ibubapa dan redha Allah.
Jodoh itu dekat atau jauh,dia pasti akan dipertemukan dengan kita,inshaAllah.
wassalam
coretan NHAR 1608
9:50 AM Rumah

4 ulasan:

semoga mendapat manfaat terima kasih

jom ubat hati=)



semoga mendapat manfaat
terima kasih

8 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah tiba sudah saat yang dinantikan para jemaah haji. kemuncak ibadah haji,hari Arafah.Ibadah wuquf ...

wuquf di Arafah



Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullilah tiba sudah saat yang dinantikan para jemaah haji.
kemuncak ibadah haji,hari Arafah.Ibadah wuquf merupakan tiang asas kepada haji dan nadinya.
Para jemaah haji akan bertemu sesama mereka di Padang Arafah untuk menunaikan ketaatan kepada Allah. Pada masa yang sama, perhimpunan itu juga mengingatkan umat Islam bahawa mereka adalah umat yang satu.

Tiada apa yang membezakan kita di sana,semuanya sama.Saat wuquf itu suatu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Masih jelas di kotak fikiran saya saat itu.Betapa kerdilnya kita sebagai hamba-NYA yang seringkali melakukan dosa. Waktu arafah juga adalah waktu mustajab doa.

Mari kita singkap pengertian wuquf.

Apa itu wuquf?
Berada di bumi Arafah walau satu saat sekali pun dalam keadaan bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah

Waktu wuquf
Bermula dari gelincir matahari pada hari 9 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar hari 10 Zulhijjah.

Waktu Afdhal Wuquf :
Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah.

Syarat-syarat sah Wuquf :
Telah berihram Haji
Ahli ibadat ( seorang yang tidak gila/ mabuk/ hilang akal/ murtad sepanjang masa wuquf )
Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf

Amalan-amalan sunat Wuquf :


Solat berjemaah
Bertalbiah
Berdoa, berselawat dan beristighfar
Berzikir
Membaca Al-Quran
Solat-solat sunat

selamat berwuquf.
semoga semua berjalan lancar.
haji mabrur

buat sahabat yang berada di tempat lain
salam aidil adha saya ucapkan
semoga membawa seribu erti dalam diri kita sebagai hamba-NYA

inshaAllah.
wassalam.


0 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim kawan,sahabat,teman,itu kamu di sana. buat kamu,jangan terus bersedih dengan apa terjadi. yakinlah itu yan...

kawan,saya mahu kamu kuat



bismillahirrahmanirrahim
kawan,sahabat,teman,itu kamu di sana.
buat kamu,jangan terus bersedih dengan apa terjadi.
yakinlah itu yang terbaik walaupun bukan mudah untuk menerimanya pada saat awal.
tapi saya tahu jauh di sudut hati kamu
ada kekuatan untuk terus mencari erti cinta sebenar
cinta itu indah,carilah keindahan yang sebenar dan hakiki.
yang membawa kita ke syurga kekal abadi.
itulah erti cinta yang suci.
Cinta kepadaNya yang utama.

tak semesti apa yang kita suka adalah terbaik untuk kita.
boleh jadi apa yang kita benci itulah yang sebenarnya terbaik buat kita.
kerna yang terbaik itu hanya Dia yang tahu.
semoga dipertemukan dengan yang lebih baik dari sebelumnya.
terus bersemangat dan jalani kisah hidupmu yang penuh warna warni.
semoga lukisan hidup yang terlakar di kanvas berpaksikan landskap ciptaanNya^_^

wslm

0 ulasan:

bismilahhirahmanirrahim. pena bertinta menaburkan kata-kata. terus menukilkan kisah seterusnya dalam kembara hidup kurniaanNya. foto di atas...

selamat menunaikan rukun islam ke 5=)


bismilahhirahmanirrahim.

pena bertinta menaburkan kata-kata.
terus menukilkan kisah seterusnya dalam kembara hidup kurniaanNya.
foto di atas sudah mengambarkan apa yang akan saya lakarkan pada kali ini di dinding blog ini.

alhamdullilah Jumaat lepas diberikan peluang Yang Maha Pencipta untuk sama-sama menghantar ibu saudara ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
Rezeki Mak Cik Kiah tahun ini.
Dijemput menjadi tetamu Allah adalah suatu hadiah yang paling bermakna.
Sampai di kompleks pada kira-kira jam 4 petang.
Itupun setelah sesat kerana saya tersilap masuk simpang.
Tapi saya suka sesat sebab boleh jumpa jalan ke tempat lain. "Statement"saya ni mungkin tak ramai yang setuju.
Apapun,terima kasih saya ucapkan buat seorang sahabat yang memberi tunjuk ajar tentang jalan ke sana. Banyak membantu saya cuma saya ni memang mudah keliru bila dah banyak simpang.

Kembali kepada kisah asal.
Kotak fikiran saya mula memutar waktu lalu.
Sudah hampir 7 tahun peristiwa itu,namun masih segar di ingatan.
Sewaktu menjadi tetamuNya bersama arwah ayah,ibu dan juga ibu saudara,Mak Sham.
Kisah yang paling indah yang inshaAllah bersemadi dalam kotak fikiran.
Melalui sebuah kisah menuju rumah Allah yang terletak betul-betul di pusat bumi.

Kali ini,ibu saudaraku pula menjadi tetamu Nya.
Terpancar riak wajah bahagia dalam diri setiap jemaah ketika saya memerhatikan mereka.
Suatu perasaan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.
Itu pasti kerana pasti anda akan rasa mahu kembali ke sana lagi,inshaAllah.

Kembali kepada tajuk entri saya.
Sewaktu sampai di kompleks,sudah ramai jemaah haji yang mula membanjiri kawasan tersebut bersama keluarga dan sahabat-handai.
Daripada pemerhatian saya, majoriti yang hadir lebih awal adalah yang tinggal jauh dari kawasan Kuala Lumpur. Seperti ibu saudara saya juga.
Kami berehat dulu sementara menunggu waktu solat asar.

Waktu solat Asar,jemaah masih kurang,masih nampak ruang yang kosong dalam surau.
Usai menunaikan solat Asar,,pandangan mata saya fokus ke arah seorang mak cik.
Entah kenapa dia senyum,saya pun senyum. Kami saling berpandangan seolah-olah dia mengenali saya.
Kami turun tangga bersama. Saya memerhatikan langkah mak cik,mengiringinya dari belakang. Dia memalingkan pandangannya ke arah saya. Saya terus menegurnya dengan sapaan salam. Mak cik ni berasal dari Perak.Sempat kami berbual. Dia meluahkan rasa bahawa dia seperti pernah melihat saya di tanah haram pada bulan Jun tahun lalu sewaktu menunaikan umrah. Saya tergamam seketika. Ya Allah,benar memang saya dan ibu menunaikan umrah pada tahun lepas dan memang pada bulan Jun,subhanallah.
Kemudian mak cik itu terus mengajukan soalan kepada saya,"Anak pergi pakej yang singgah di Kaherah?". Saya menjawab, tidak mak cik. Saya belum berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir lagi.

Katanya seolah-olah memang pernah kenal saya. Saya menambah rancak perbualan,"mungkin kita pernah bertemu di rumah Allah, Tanah Haram,mak cik. Saya kembali kepada memori sewaktu menunaikan umrah tahun lalu,memang saya suka berborak dengan orang tua berbanding insan yang seusia saya. Mungkin mak cik tersebut antara mak cik yang pernah saya tegur? Saya sendiri tidak menemui jawapannya. Sedangkan saya sendiri rasa yang saya seperti mengenali dia sebelum ini. =) Terus saya sampaikan pada mak kisah ini.

Selepas solat asar,kami berpindah kawasan berehat berdekatan dengan tangga menuju kafetaria. Saya duduk di situ sambil mencuba lensa kamera nikon kepunyaan sepupu saya yang sudah lama menjadi idaman saya. Bila saya boleh memilikinya? Masih menjadi tanda tanya. NIKON D5100,tunggu saya. Saya sukakan lensa kamera. Pada saya,setiap foto punyai makna tersendiri yang tidak mungkin berulang lagi. Kata orang,biarkan foto berbicara.=)

Selepas itu,saya dan kawan ke kawasan bazar. Meninjau keadaan di sana. Sempat juga minum petang bersamanya. Terima kasih Nadzirah temankan saya sehari suntuk.=_)

Solat maghrib hampir tiba. Kami ke surau lebih awal. Berdasarkan pemerhatian saya,surau akan penuh dalam masa yang singkat, Memang tepat sangkaan saya. Berpusu-pusu jemaah menunaikan solat,alhamdullilah=) Waktu nak turun tangga ambil masa lebih kurang 20 minit tapi itu ada ertinya sebab mengajar kita erti kesabaran.

Selesai solat,kami ke kafetaria untuk makan malam. Naik ke tingkat satu. Laparnya,sebab sehari suntuk saya dan mak belum "jumpa"nasi putih. Alhamdullilah ada rezeki kami makan malam. Makan malam bersama anak sepupu saya,Ijlah dan Hanan yang masing-masing berusia 3tahun dan belum cukup setahun. Pandai sungguh mereka ni,telatah mereka buat saya geli hati.^_^"Budak kecil ni comel lah!

Waktu hampir menunjukkan pukul 9.
Pengumuman untuk mengambil dokumen dan barang keperluan yang disediakan TH buat jemaah haji. Itu menandakan mereka akan "check-in"seketika lagi. Saya suka memerhati keadaan kerana di situ ada idea dan saya dapat belajar sesuatu. Masing-masing sibuk menampal pelekat,bersalaman dengan keluarga tercinta. Saya sempat mengirimkan sehelai kertas yang terkandung doa dan mengucapkan sesuatu buat ibu saudara saya yang akan bertolak. InshaAllah mudah-mudahan Mak Cik Kiah memperoleh haji mabrur. Selamat berjalan lancar. Rasa sedih itu pasti ada tapi saya yakin ia disulami dengan rasa bahagia untuk menjejakkan kaki ke tanah haram. InshaAllah.

Usai bersalaman bersama keluarga,saya,mak dan sahabat meminta diri. Risau pula balik tengah malam,tambah pula esok ada kelas di UIA. Kami iringi permergian semua jemaah haji KT27 dengan doa. Moga dikurniakan haji mabrur disusuli dengan rasa takwa yang tinggi dan istiqamah dalam diri. Bersabarlah dalam ujian melanda dan ambillah peluang untuk sentiasa mengucapkan kata-kata yang baik kerana di sana mustajab setiap kata-kata. Insha Allah.

Hari ini, ibu bapa sahabat saya pula yang memulakan langkah ke sana. Semoga segalanya berjalan lancar buat ayah dan ibunya. Insha Allah,haji mabrur=)


Doakan saya dan mak berpeluang menjejakkan kaki ke sana lagi untuk menunaikan ibadah umrah. Jika ada rezeki,menunaikan haji=)
saya rindukan 2 kota suci itu,hati saya membisikkan yang saya mahu kembali lagi ke sana.

Wassalam
NHAR

0 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim. melangkah dan terus melangkah mengukir sebuah lukisan pesona kehidupan dunia dan akhirat semoga terlakar sebuah po...

melangkah

bismillahirrahmanirrahim.

melangkah dan terus melangkah
mengukir sebuah lukisan pesona kehidupan dunia dan akhirat
semoga terlakar sebuah potret yang indah
semoga juga terpatri di ingatan setiap kisah indah di jalanan.
kisah yang kurang indahnya,jadikan pedoman untuk menongkah arus yang lebih mencabar
untuk tatapan semua sebagai sebuah kisah.

selamat terus menapak meniggalkan jejak-jejak yang bererti
sahabat-sahabatku

^_^

0 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim. pagi di Uia,menggamit seribu memori. sudah lama saya tidak melayangkan pena untuk berbicara atau lebih tepat ...

Tinta Emas.Layar Perak.



bismillahirrahmanirrahim. pagi di Uia,menggamit seribu memori. sudah lama saya tidak melayangkan pena untuk berbicara atau lebih tepat sudah lama saya membiarkan papan kekunci laptop sepi tanpa sebarang bicara.
alhamdullilah minggu ini,saya berpeluang hadir dalam majlis ilmu yang bertajuk Pesona Tinta Emas dan Layar Perak. Tajuk yang cukup indah menampilkan dua personaliti yang tidak asing lagi, Prof.Dr Harlina Siraj yang aktif dalam bidang penulisan dan Wardina Safiyyah yang sudahpun melakar nama dalam bidang penyiaran.

Tinta Emas.


Firman Allah:

Yang mengajar manusia dengan pena dan tulisan( Surah Al-Alaq:4)


Bait-bait penulisan yang bererti yang cuba si penulis sampaikan buat pembacanya.
Sedangkan skrip dalam filem mahupun drama juga berasal daripada bicara tinta. Menuturkan kata kadang-kadang mungkin sukar. Saya sendiri adakalanya lebih memilih melayangkan pena berbanding menuturkan bicara. Tatkala pena memulakan bicara,segala yang terbuku di hati mula memenuhi setiap ruang kosong helaian kertas mahupun helaian blog di alam siber. Menulis itu minat saya mungkin. Saya suka akan bait kata-kata yang indah. Tulisan Dr.Harlina antara yang menjadi pilihan saya. Dekat dengan jiwa pembaca seperti saya,itu antara kuasa tinta yang bertakhtakan emas. Menulis juga dapat menyampaikan ilmu. Penulisan antara salah satu mediumnya.

Sebagaimana hadis Nabi s.a.w :
Sampaikanlah walaupun sepotong ayat.

Namun begitu,mungkin ada di antara kita yang terfikir,apa yang kita nak tulis.
Tulislah apa sahaja yang mampu memberikan manfaat pada orang lain juga. Mungkin kisah anda mampu membuatkan seorang insan berfikir dan memberi semangat buat insan lain. Siapa tahu ketika pena anda bertinta,ia mampu menggetarkan jiwa seseorang memikirkan kekuasaan Yang Maha Esa? Insha Allah, tinta anda juga seperti emas yang sangat berharga.

Layar Perak.


Layar perak menggambarkan dunia penyiaran.
Fenomena dunia layar perak cukup menguji kita semua. Saya kagum dengan semangat Kak Wardina. Tetap utuh di persada layar perak dengan niat yang murni.Bait katanya membuatkan saya terfikir,mengapa bila ada sesuatu yang mungkar,kita biarkan saja. Mengapa tidak kita perjuangkan yang benar itu. Memang benar kata Dr Harlina.
Tak semua insan diuji dengan paras rupa yang cantik.

Tak semua juga diuji dengan bakat yang istimewa.

Tak semua diuji dengan jumlah peminat yang menggunung tinggi.
Ujian itu memang benar mampu menguatkan kita jika kita berpaksikan pada tiang agamaNya.
Jangan terus mengata. Lebih baik mendoakan. InshaAllah siapa tahu layar perak kemudian hari bakal dikuasai dengan asas-asas Islam itu sendiri. Kesimpulannya,forum kali ini penuh dengan ilmu-ilmu baru. Rasa bahagia bila diberikan peluang untuk hadir di dalamnya.

Semoga tinta emas dan layar perak akan terus menyinar dengan cahaya Islam yang satu.

Wassalam

NHAR 1608

0 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim. usai membaca sebuah blog sahabat saya, Achu . Entri yang cukup menyentuh hati saya,membuat hati saya terusik...

~No one can replace him in my heart~



bismillahirrahmanirrahim.

usai membaca sebuah blog sahabat saya,Achu.
Entri yang cukup menyentuh hati saya,membuat hati saya terusik.
Kisah kita hampir sama,kita terlebih dahulu merasai erti kehilangan seorang insan yang bernama ayah.
Terima kasih sahabatku.
Ya,insan bernama ayah,perlu saya akui tiada 2 atau 3 dalam hidup setiap insan yang bergelar anak.
Hanya satu sahaja,seorang insan yang cukup istimewa Allah pinjamkan kepada kita.
Betapa indahnya hidup ini ditambah dengan kehadiran seorang ayah. Semua orang punya ayah yang istimewa,namun sedarkah kita sejauh mana kita menghargai mereka? Jangan pernah menyesal kemudian kerana masa yang berlalu tidak akan kembali walaupun sesaat.

Kembali mengimbau memori bersama ayah memang membuatkan saya kembali kepada kenangan lama. Ayah saya seorang yang senang didekati,mudah tersenyum,tersengih. Masih terbayang riak wajah ayah yang sentiasa ceria walaupun hatinya gundah gulana. Ayah tak pernah ambil hati dengan perbuatan orang lain. Ayah sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.

Kisah pemegian ayah,masih kuingat setiap bait kata-kata sahabat-sahabatnya,adik beradiknya dan murid-muridnya. "Ustaz tak de,terasa sunyi,kalau dulu pasti gelak tawanya memecah sunyi".Itulah ayah,sentiasa mengamatkan keadaan. Kata kawan-kawan ayah dan bapa saudaraku,"Muka Limah macam muka ayah,teringat kat ayah bila tengok muka kau"=)
Kepada yang sempat mengenali ayah saya,saya ingin katakan yang anda cukup bertuah^_^


~~anak manja~~

Saya merupakan satu-satunya anak dalam keluarga. Saya akui saya paling rapat dengan ayah. Kenapa saya katakan begitu? Kerana sejak berumur 3tahun,saya pasti menjadi peneman ayah mengajar di sekolah sehinggalah saya bersekolah sampai darjah6. Title"anak ustaz" sudah lama saya perolehi kerana sayalah kawan ayah dari zaman ayah tunggang motor sampailah berkereta. Kadang-kadang saya ikut mak,tapi lebih banyak dengan ayah. Mengimbau kembali kenangan sewaktu saya masih belum bersekolah,ke mana ayah pergi,pasti saya ada di bakul motor Honda ayah. Sampai tertidur-tidur dan terlentok-lentok,bukan saya kata tapi orang kampung kata.=) Waktu dah ada kereta,saya masih macam tu,tidur je bila nak ke sekolah ataupun balik sekolah sebab jaraknya lebih kurang 30km. Bila sampai sekolah,mulalah sibuk betulkan tudung ,lucu pulak.Kadang-kadang,ayah tak kejut pun sampailah tiba ke sekolah sebab ayah kata kesian tengok akak tidur. Oh ya kat rumah saya fleksibel,kadang-kadang jadi akak kadang-kadang jadi adik=p Kalau balik pulak,saya akan baringkan kerusi kereta atau baring je kat tempat duduk belakang. Pernah berlaku satu kemalangan,waktu tu saya tengah tidur,kesian kat ayah.


Ayah seorang yang tak suka membazir dan berjimat tapi bukan bererti kedekut. Ayah didik saya supaya menabung sejak dari kecil. Ayah akan bawa pergi bank dan buka akaun. Dah buka akaun,mestilah dapat hadiah=p Itulah yang saya suka. Kini bila saya terfikirkannya ayah memang pandai ajar saya,kena dengan usia saya masa tu. Sampai sekarang,saya suka tabung. Perkara tu dah sebati biarpun sesetengah orang kata dah besar pun nak ada tabung.Tapi saya suka cara ayah saya ajar saya. ^_^ Sampaikan orang bank kenal ayah sebab hari-hari saya dengan ayah pergi bank.Ayah akan simpan di bank walaupun hanya RM3 sebab ayah selalu kata duit kalau pegang cepat habis,jadi kena simpan,dik=)
Ayah juga ajar saya,bila kita dapat sesuatu,kita kena kongsi dengan orang lain. Setiap orang tak sama,ada susah,ada senang. Ayah selalu kata tu. Ayah bagi duit belanja RM2 waktu sekolah rendah,saya akan habiskan. Bukan untuk saya sepenuhnya tapi saya suka kongsi dan belanja kawan-kawan sampaikan mak cik kantin marah saya,mak pun bagitahu ayah. Ayah tak pernah marah sebab tu,sebab ayah kata "Biarlah adik nak kongsi dengan kawan-kawan.Nanti adik gembira". Memang saya akui,saya rasa gembira macam tuh. Itu antara didikan ayah pada saya. Semua yang ada pada kita bukanlah milik kita tetapi hadiah daripada Allah untuk kita kongsikan bersama yang lain.

~Pergi haji dengan mak ayah~

Alhamdullilah hujung 2004,berkat simpanan ayah sedikit demi sedikit,kami dijemput menjadi tetamu Allah. Banyak kenangan menunaikan haji bersama ayah.Biar itu terpahat dalam memori saya sendiri sebab ia sangat berharga. Saya dengan ayah.Mak dengan mak sham,adik ayah. Ayah ayah ayah,alhamdullilah sempurna rukun islam.

~Ayahku guruku~
Ayah memang cikgu terbaik buat anak-Bukan hanya pada saya tapi juga pada kawan-kawan kan? Seburuk manapun ayah,pasti ade sesuatu yg akan dapat kita pelajari=) Ayah saya seorang cikgu.. Ayah mengajar subjek pendidikan islam dan bahasa arab. Ayah pernah jadi guru kelas saya waktu darjah 2. haha. Saya kena panggil ustaz jugalah,rasa tak selesalah.Sebab ayah tetap ayah. Apapun ayah saya ni kadang-kadang boleh jadi garang terutama bila budak degil sangat. Tapi saya tengok sekarang semua murid cari ayah melalui akaun FB saya=) Saya bangga saya anak ayah bila ada yang tanya,"ni anak ustaz Ramli ke?" "ustaz sihat?".Walaupun ramai tak tau ayah dah tak de,tapi saya ucapkan terima kasih pada mereka sebab masih ingat ayah saya.
Kat sekolah pun,ayah jenis suka meriuhkn suasana,kalau bilik guru tak de ayah sunyi je. Saya tau sebab saya antara yg suka duk kat kerusi ayah bila ayah ade kerja. Main-main kat meja guru ayah memang hobi saya.

Peribahasa bapa borek anak rintik agak sesuai pada saya dan ayah. Dulu mak ajar saya ngaji ngela. Tapi bila saya ikut ayah ikut ngajar kat kelas,lain. Balik je,saya kata kat mak,ayah ajar lain,akak nak macam ayah ajar=p Mak dan ayah pun belikan Iqra' untuk saya,teruslah belajar mengaji sehingga khatam pada usia 7tahun. Terima kasih mak ayah=)

Ayah saya memang sayang anak-anak muridnya. Ingat lagi ayah saya ni antara orang yang paling sibuk melatih budak tilawah dan hafazan. Setiap musim tu,ayah pasti akan bawa balik anak-anak murid ke rumah.Ayah akan ajak mereka tidur di rumah dan pada belah malamnya berlatih. Masa saya masih belum bersekolah,sayalah penontonnya. Ingat juga beberapa nama yang sering ke rumah kami termasuklah kawan-kawan saya.Mungkin itu cara ayah nak saya bergaul dengan kawan2 secara tak langsung,sebab saya kan sorang.Jadi saya suka bila ada tetamu tidur di rumah,ada kawan. Sampai sekarang,saya suka kawan-kawan datang rumah. Ayah paling suka bila ramai orang datang,lebih-lebih lagi nak tidur sini. Pernah satu ketika,keluarga angkat 13orang datang,ayah usahakan kemudahan pengangkutan untuk jalan-jalan dan tidur di rumah kami yang comel ni. Kata ayah,muliakan tetamu=)

~Ayah suka,saya lagilah suka~
Satu lagi hobi ayah,ayah suka nyanyi. Ayah suka belikan saya kaset nasyid Aiman dan Raihan. Sampai sekarang masih ada. Dari kaset tu,saya belajar nama-nama malaikat,kasih Rasullulah dan macam-macam lagi. Ayah akan pasang selalu dalam kereta,jadi mudah untuk saya ingat. Masih saya ingat sewaktu saya menyertai pertandingan nasyid,hafazan dan bercerita. Ayah belikan kaset yang berkaitan dengannya. Tiap-tiap hari adik dengar nanti boleh ingat,kata ayah saya. Saya kagum dengan ayah. Kadang-kadang ayah nyanyi lagu jawa,lepas tu ajar saya. Memang dalam kereta,kalau saya tak tidur,kami akan nyanyi,mengaji,baca asmaul-husna sama-sama. Automatik ayah tak ngantuk bawa kereta. Mak pulak akan jadi pendengar suara saya dan ayah=p

Satu lagi,ayah sangat suka kucing,sama seperti saya. Jadi mak kalah. Masa ayah ada dulu,rumah kami memang tak pernah"kosong" dengan kucing. Kami ada kucing nama "Pabu" Kucing saya dan ayah. Ayah memang suka kucing,tengok gambar ayah,semua ada kucing,tak pun kambing. Lucu jugak ayah ni=p Ayah kata kucing ni Abu Hurairah,sahabat Nabi S.A.W suka. Kita kena sayangkan kucing sebab kucing pun makhlukNya=)
Sampai sekarang,nampak kucing saya pasti berbunyi juga,macam ayah=p Kalau nak tau kenapa saya suka panggil kucing maong,itu sebab ayah saya pun macam tuh.=)

~Ayah chef kegemaran saya~

Tadaa,inilah ayah saya. Dia suka memasak. Pak Cik Nin(sahabat baik ayah di Johor dan Sabah) kata,ayah kau memang suka masak. Memang! Masa ayah ada,ayah tak pernah minta mak masakkan apa-apa,tak pernah susahkan mak tentang menu masakan setiap hari.Ayah boleh masak untuk kami. Masakan ayah yang saya rindu,sotong masak hitam dan steamboat ayah! Ayah suka masak pelik-pelik,saya pun tak tau nak namakan apa,tapi ayah saya ni suka makanan laut cam kerang,sotong,lala,ketam dan lain-lain. Pernah kawan-kawan raya kat rumah,ayah yang masak. Sampai sekarang geng saya tu ingat betapa sedapnya masakan ayah=) Kalau tak de lauk best pun,ayah boleh jadikan apa saje sedap even ikan masin=p. Ayah kata makan apa yg kita mampu dan syukur apa yang ada sebab ramai lagi kat luar tak dapat makanan macam kita. Jadi saya telahpun jadi seorang yang sangat tak memilih sebab ayah ajar begitu,janji halal=)Bila dah buat makanan,jangan lupa hantar kat jiran-jiran,dik^_^Ayah memang chef yang baik!

ayah&Pak Cik Sarnin

~~Ayah selalu bangkitkan semangat~~

Ayah saya antara insan yang memainkan peranan yang cukup penting sehingga saya berada di tahap saya ada sekarang. Ayah paling banyak bagi dorongan.Sentiasa menasihati saya supaya belajar rajin2. Jangan putus asa,tak pe boleh usaha lagi,dik!=) Ayah orang paling gembira bila saya dapat keputusan cemerlang. Saya suka no 1 sebab itu boleh buat mak ayah gembira.Itu kata saya sewaktu di bangku persekolahan.Paling tak boleh tahan,ayah mesti cek dulu saya dapat apa. Jadi ayah akan tahu keputusan saya sebelum saya masa sekolah rendah sebab saya satu sekolah dengan ayah=p Masa saya dapat PTS,masih saya ingat riak muka ayah,suara ayah,betapa gembiranya dia. Tapi ayah tetap tanya saya,"adik,nak lompat ke tak?Kalau adik rasa tak mampu,tak pe=)"Tapi masa tu saya kata,"Akak nak lompat ,ayah".Takkan saya lupa kenangan tu.

Sama juga sewaktu zaman sekolah menengah,walaupun hanya 4tahun ayah di sisi. Tetap ayah yang terbaik! Ayah jemput dan ambil saya sampai tingkatan 2.Ayah tunggu saya tepi pokok dengan keretanya. Ayah sanggup buat apa saja demi keselesaan saya.=) Masa tingkatan 3,ayah dah mula sakit. Ayah dah tak kuat lagi. Kebanyakan masa ayah terlantar saja di tilam. Mula dari situ,saya belajar ke sekolah menaiki bas dan kereta sapu.Saya belajar berdikari,kadang-kadang jam sudah menunjukkan pukul 7 malam,saya masih belum tiba. Mak dan ayah cukup risau.Jarak rumah ke sekolah lebih kurang 18km. Ayah pernah cakap,akak g sekolah hati-hati,ayah dah tak dapat hantar dan jemput akak. Sedih hati saya mendengarnya. Saya tak mau ayah sedih,saya tebus UPSR saya yang hanya 3A 2B dengar PMR saya,alhamdullilah. Selesai ambil keputusan,saya trus pulang ke rumah. Saya tidak endah ajakan kawan-kawan kerana saya mahu berita ini sampai pada ayah. Saya masih ingat saat itu,betapa saya mahu ayah tahu. Masuk rumah,saya peluk ayah dan mak. Saya bisikkan pada ayah tentang keputusan PMR saya.Ayah menepuk saya dan mengucapkan syukur dan tahniah.Terpancar sinar kegembiraan pada wajahnya. Keputusan yang saya perolehi ,melayakkan saya menerima sebuah tawaran yang saya nantikan. Saya sampaikan kepada mak dan sewaktu itu ayah berada di hospital. Saya ikut mak jaga ayah,bagi saya dan mak,Hospital is our second home. Ayah dah pun tahu sebab mak da bagitahu. Ayah minta maaf pada saya,mak pun sebab mungkin saya perlu melupakan keinginan saya kali ini. Ayah kata," Dik,ayah minta maaf .Adik tak dapat pergi sebab ayah kat hospital.Mak kena jaga ayah,mak tak tahu bawa kereta" dan " Dik,teruslah belajar di tempat lama,inshaAllah mana-mana ada rezeki janji adik usaha dan doa". Baik ayah,saya terima ketentuan ini,saya yakin pasti Allah menetapkan sesuatu yang lebih baik.

Masih saya ingat waktu tu ayah di hospital juga. Kakak sahabat baik saya melangsungkan perkahwinan pada hari tu. Sewaktu tu,saya dihantar ke kampung,tinggal bersama adik mak. Mak cerita,ayah suruh mak sewa teksi ambil saya supaya saya dapat pergi ke kenduri tersebut. Memang pada hari tu,ayah sewakan sebuah teksi untuk ambil dan jemput saya. Balik kenduri,saya jumpa ayah. Ayah kata."Adik,seronokkan dapat g?" Saya membalas,:"Ya ayah,terima kasih ayah. Ayah,kalau tak pegi pon tak pe,akak ok" Ayah jawab," Tak pe dik. Janji adik suka dapat kumpul dengan kawan-kawan.Ayah ngan mak tak dapat pegi,adik jadi wakil".Ayah tersenyum.Ya Allah betapa ayah sangat menyayangiku!

~~saat-saat terakhir~~
Hari terakhir ayah. Ayah sakit,memang kalau ayah sakit,mak panggil ambulans. Ayah memang selalu dimasukkan ke hospital,boleh katakan sebulan,20hari ayah kat hospital.Tak lama kemudian ambulans datang. Entah kenapa saya tak ikut sekali tapi saya pegang tangan ayah seolah-olah keadaan menggambarkan ayah jangan pergi. Malam tu,mak balik sebab ayah suruh. Biasanya ayah akan suruh saya dan mak temankan dia di hospital tapi kali ni tak.Ayah beria-ria suruh mak balik. Katanya,"Kesian akak tinggal sorang,entah makan entah tak anak.".Saya ingatkan mak nak ambil saya rupanya mak tidur di rumah. Malam tu jugalah ayah telefon,nak cakap dengan kami,tengah-tengah malam dan guna telefon hospital. Ayah panggil-panggil nama saya," Dik...Dik....Dik...""Duduk elok-elok ya dengan mak". Ayah sempat cakap dengan mak juga.Seminggu sebelum tu,ayah keluarkan simpanannya di salah sebuah bank untuk langsaikan hutang motosikal yang ayah belikan buatku. Ayah kata." Adik da pandai bawa motor,kesian adik,moto lama susah nak hidup,ayah belikan lain" Walaupun saya tak pernah minta,ayah beri juga.Ayah macam tahu dia nak pergi,dia tak tinggalkan sebarang hutang buat kami.

Keesokannya,awal pagi,pukul5,kami dapat panggilan dari hospital mengatakan ayah tenat. Terus mak telefon jiran kami minta tolong hantar. Saya dapat rasakan sesuatu akan berlaku,rasa tak sedap hati sepanjang perjalanan. Sampai di hospital,kaki saya melangkah longlai menuju ke katil ayah,melihat tubuh ayah sudahpun diselimutkan. Ya Allah,ayah kemmbali padaMu. Tak sempat saya jumpa ayah,rupanya semalam ada kali terakhir saya tatap wajahnya,semalam kali terakhir saya genggam tangannya,malam tadi jugalah kali terakhir saya mendengar suaranya. Perginya insan bernama ayaj buat selamanya,innallilahiwainnailaihirajiun. Al-fatihah buatmu di sana. Kukucup wajah ayah buat kali terakhir,wajah ayah buat kali terakhir kutatap,wajahnya tersenyum,alhamdullilah. Seolah-olah mengatakan kepadaku supaya jangan bersedih anakku.Urusan pengebumian ayah berjalan sangat lancar. Terima kasih semua.5 febuari 2007 ayah pergi buat selamanya.Tiada lagi gelaran ayah yang dapat kualunkan semenjak dari itu. Aku rindukan ayah. Sewaktu awal pemergian ayah,saya jadi seorang yang senyap,bila tengah study SPM,terasa terdengar suara ayah memanggil sebab masa ayah sakit,ayah banyak nasihat saya.Walaupun dah 4tahun lebih ayah pergi,saya tetap sayang ayah. Kita yang masih dipinjamkan baki-baki umur,jalanilah dengan sebaiknya. Sedih juga bila tengok orang ada ayah,bila dengar orang cakap dengan ayah mereka,bila mereka bercerita tentang ayah mereka. Apapun saya masih punya DIA dan insan-insan tersayang di sisi=) Terima kasih semua. No one can replace you in my heart. Paling saya ingat,"Adik,jaga diri baik-baik.Jaga mak.Allah jaga adik ngan mak.Belajar dan terus belajar.Doakan ayah ya.Ayah tak de,adik kena pandai berdikari dan carilah seorang yang baik untuk adik."

Alfatihah kepada arwah ayah saya, Ahmad Ramli bin Sumadi.

Saya memohon maaf bagi pihak ayah saya atas salah dan silapnya.

Kepada semua yang masih mempunyai insan bergelar ayah,hargailah mereka dalam hidup anda. Kenangkan jasa dan pengorbanan mereka,jangan pernah bencikan mereka. Sayangilah mereka dan hormailah mereka.Tiada keredhaan Allah buat kita tanpa keredhaan kedua ibubapa kita. Sejauh mana kita praktiskannya dalam kehidupan kita? Fikirkanlah. Saya cukup kecewa bila ada di antara anak-anak yang membiarkan ibubapa mereka,memarahi ibubapa,membenci mereka,mencederakan mereka.. Hilangkanlah rasa benci di hati kerana walau apapun ibubapa lebih berharga dan sangat menyayangi kita,percayalah>_< Pulanglah ke kampung halaman dan maafkanlah mereka,jagalah keperluan mereka sebaiknya. Kurniakan kasih sayang sebagaimana mereka sayangkan kita.

Kepada yang sudah kehilangan ibu atau ayah,doakanlah mereka.Doa anak kepada ibubapanya tidak ada hijabnya,insha Allah.

p/s: cerita ini perkongsian saya untuk kita sama-sama renungkan bukannya memohon simpati.wallahua'lam.

wassalam
NHAR
18/9/2011
rumah ayah untuk kami=)

2:28pagi


0 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim alhamdullilah hampir seminggu berlalu semester baru. buang yang keruh ,ambil yang jernih. azam baru,semangat ...

~azam baru,semangat baru~



bismillahirrahmanirrahim
alhamdullilah hampir seminggu berlalu semester baru.
buang yang keruh ,ambil yang jernih.
azam baru,semangat baru.
semoga menjadi realiti.yang penting praktiskan usaha,doa dan tawakal dalam setiap urusan kita,inshaAllah jadi kenyataan.

Bermulanya semester baru menandakan berakhirnya waktu bersantai di rumahku syurgaku.
Apapun,bila kelapangan pasti rumah menjadi destinasi saya.
Berbicara mengenai semester baru,pelbagai kisah sudah mula terlakar dalam lukisan minda saya.
Kenangan yang pasti mengajar saya menjadi seorang yang lebih menghargai setiap detik waktu kerana ia amat berharga. Pepatah Arab ada mengatakan:
"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tak memotongnya maka ia akan memotong kita"
Jadi sebagai hamba-Nya belajarlah untuk sama-sama menghargai masa yang ada.

Perbezaan paling ketara:Kali ini,saya perlu bijak membahagikan masa antara dua kerja iaitu pelajaran dan perniagaan. Minggu pertama ini saya akui agak berserabut.Setelah difikirkan saya sudah ada jawapannya. Business is business,study is study,please manage both of them wisely ,Nor Halimah!=)

Semester kali ni jumlah jam saya 22.5 jam seminggu dengan diiringi 8 subjek yang digalas bersama.
Semoga semester ini lebih baik daripada yang sebelumnya.Insha Allah.
Kepada semua sahabat yang membaca blog ni,terutama yang baru memasuki semester juga,selamat maju jaya,semoga sukses yang diidam kita usaha untuk dapatkannya bersama.

Kelas pun sudah bermula.Teringat kelas pertama semester ini,kelas Criminal Law II.=p Majoriti ambil masa yang lama untuk "refresh" semula ingatan. Biasalah tu,lama sangat cuti pun tak bagus. Insha Allah kita semua mampu lalui kelas-kelas semester ini.

Semester ini saya tinggal bersama 3sahabat yang saya sudah selesa bersama. Yang menariknya,mereka semua dari negeri cik siti wan kembang. Kecek kelate loh kawe lepas ni deh!
Apapun,semoga kita berempat dapat memahami antara satu sama lain dengan lebih baik,semoga ukhuwah terbina terus berkekalan.

Saya gembira dengan bermulanya semester ni,seperti ada sesuatu yang istimewa bakal dilalui bersama sahabat-sahabat tercinta di Taman Ilmu dan Budi. Nantikan kisah-kisah akan datang yang bakal melengkapi diari sebuah perjalan seorang pelajar semester 2 tahun 2 ini.

Selamat memulakan semula langkah di taman-taman ilmu.
Tuntutlah ilmu seikhlas hatimu,pasti ia tidak merugikanmu=)

Wassalam.
N.H.A.R Rumah , 11:44pm, 17 /9/ 2011

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdullilah dah 23 Ramadhan hari ni. Hanya beberapa hari saja Syawal bakal menjelma, dan yang paling sedih Rama...

RESEPI KOREA ~Soybean sprout soup (kongnamulguk)~

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdullilah dah 23 Ramadhan hari ni. Hanya beberapa hari saja Syawal bakal menjelma, dan yang paling sedih Ramadhan tahun ni bakal melabuhkan tirainya.
Jadi sama-sama kita rebut kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan,inshaAllah.

Saya nak kongsikan resepi masakan Korea yang menjadi menu berbuka saya& mak pada hari ni. Esok saya kongsikan satu resepi lagi ya?Kalau di Malaysia,mungkin kebanyakan daripada kita hanya makan makanan begini sewaktu sakit. Di Korea,ini adalah antara menu utama di sana. No wonder most of them (Korean) yang umur 45+ still boleh berlari seperti kanak-kanak. Mungkin ini salah satu faktor iaitu pemakanan mereka.Bagi saya tak de masalah makan macam ni sebab saya memang suka yang bakar,rebus,goreng.

Sebelum ni pernah cuba resepi dari Jepun seperti sushi. Sekarang beralih ke Korea. Saya memang selalu tengok menu ni dalam drama mahupun game show. Contoh, Running Man yang asyik tunjuk makanan. Menarik cara mereka promosikan makanan.=p Oklah tak nak celoteh panjang. Jom semak resepi yang saya cuba tadi!

2 RESEPI ITU IALAH:

Soybean sprout soup (kongnamulguk) +egg roll (Gye Ran Mal E 계란말이]

resepi pertama dulu untuk hari ni
Soybean sprout soup (kongnamulguk)
macam masak sayur bening.Tau tak apa sayur bening? Biasa dikalangan masyarakat Jawa tapi masih ada perbezaannya^_^ Kongnalmuguk ni ada 2 versi,spicy and non-spicy.
Kat sini saya buat non-spicy sebab mak tak sihat,tak nak makan pedas=)

Bahan-bahan:



Taugeh (lagi bagus guna taugeh besar)^_^
5 cawan air
Daun bawang (dipotong)
Bawang merah
2ulas bawang putih (diracik halus)
sedikit ikan bilis
1 1/2 tbs garam
2 tbs minyak bijan
1 tbs kicap
Bijan (dikisar halus)

Cara-cara

1- Basuh taugeh sehingga bersih
2- Masukkan air ke dalam periuk bersama taugeh
3-Masukkan ikan bilis(kalau kat Korea,ikan bilis ini untuk perasa je,bubuh dalam penapis supaya tak bercampur dengan bahan lain)bawang merah dan bawang putih,kacau seketika.
4-Kemudian, masukkan bersama garam,minyak bijan dan kicap.
5-Hidupkan api sederhana dan letakkan periuk.
6-Rebus selama lebih kurang 15 minit.(Kalau ada rumpai laut boleh masukkan)
7-Taburkan daun bawang dan biar ia masak bersama.
8-Keluarkan rumpai laut kalau ada.(Nak biar pun tak pe sebab boleh makan=)
9-Tunggu lebih kurang 10 minit.
10-Dah bubuh dalam mangkuk,jangan lupa tabur cik bijan kita tadi=p
11-Hidangan pertama siap,simple je kan? ;)

Semua orang boleh buat ni kot sebab sangat senang. Rasa pun baik untuk kita.
Boleh makan bersama nasi dan kimchi untuk lebih berselera. Gaul je bersama dalam mangkuk=)
Oh ye,dengar cerita,kalau di Korea,orang kena demam akan makan ni.
Selamat Mencuba!




Wassalam
NHAR,Rumah


2 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim alhamdullilah hari ni cukup umur saya 20tahun. masih diberi hadiah nikmat kurniaan Illahi. pelbagai nikmat y...

20tahun dah,Terima kasih kepada semua^^


bismillahirrahmanirrahim

alhamdullilah hari ni cukup umur saya 20tahun.
masih diberi hadiah nikmat kurniaan Illahi.
pelbagai nikmat yang tak terhitung.
tak terkira nikmatnya.
alhamdullilah masih diberi peluang mengembara di bumi ini.
semoga bertambahnya usia saya,bertambahnya kematangan saya,bertambah dekat saya denganNya,inshaAllah.

Kesempatan ini,saya mengucapkan terima kasih kepada ibu saya yang melahirkan saya dan membesarkan saya sehingga sekarang.Jasamu tak terbalas,terlalu tinggi nilainya.Terima kasih,mak.
Buat arwah ayahanda tercinta. Bersama saya berjalan merentas onak duri,tawa ceria sepanjang 16tahun cukup bererti. Terima kasih kepada ayah,Ahmad Ramli.
Buat keluarga tercinta,saudara-mara yang sama-sama mencipta moment2 yang indah sepanjang 20tahun bersama saya. Saya yang dulunya si kecil yang banyak keletahnya. Sebelum terlupa selamat hari lahir buat Paman Seman,bapa saudara saya yang berkongsi tarikh lahir yang sama 16/8 tapi tahun lain=p Semoga bahagia dan bersemangat selalu. Semoga diberkatiNya juga,paman.

Buat sahabat-handai yang saya kenali sepanjang perjalanan ini.
Tak kira di mana pun saya kenali kamu,semuanya sahabat saya.
Mungkin di stesen bas,di sekolah,di universiti,di rumah,di ruang makan,di negeri lain,di alam maya mahupun di mana-mana sahaja.
Terima kasih atas ucapannya.Tidak kira melalui apapun anda sampaikan ucapan anda.
Segalanya saya ucapkan terima kasih.

Mungkin ada yang saya tak tahu,tetap saya ucapkan terima kasih. Doa kalian cukup berharga buat diri ini.

Hari ni,saya di rumah sahaja. Mak belanja buka puasa ayam golek^^ Saya hadiahkan diri saya dan jiran-jiran dengan sebiji kek coklat moist. Harap semua suka.

Kesempatan ini,saya memohon maaf kepada semua insan yang pernah saya sakiti.
Maafkan saya.Maafkan atas kelemahan saya yang membuatkan sesiapa sahaja terguris hati.

Hanya ucapan terima kasih yang mampu saya tuturkan. Saya iringi dengan doa semoga kita semua terus kuat dan sentiasa dirahmatiNya dalam setiap langkah kita.

Selamat hari lahir ke 20 buat diri saya.

Wassalam,
16 Ogos 2011
10:22pm,rumah.

4 ulasan: