By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahirrahmanirrahim. Benar kan? Kita seringkali melihat bunga yang cantik tetapi apabila kita cuba mendekatinya jarang sekali bung...

Bunga itu tampak cantik pada zahirnya tapi tidak semestinya ia mekar mewangi.



bismillahirrahmanirrahim.

Benar kan? Kita seringkali melihat bunga yang cantik tetapi apabila kita cuba mendekatinya jarang sekali bunga yang cantik itu berbau harum mewangi.
Sebaliknya cuba kita perhatikan ada sesetengah bunga itu nampak cantik tetapi apabila kita mendekatinya,rupanya tajam berduri.
Bunga dan wanita,dua perkara yang barangkali punya banyak persamaan.
Begitu juga,apabila kita membicarakan tentang kecantikan,perkataan cantik itu cukup sinonim dengan diri setiap wanita. Cantik itu subjektif,berbeza dari
perspektif setiap wanita. Yang pasti,jika ditanya semua wanita,pasti mereka suka cantik.
Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh seorang perempuan jika mahu memastikan dirinya kelihatan cantik zahir,sudah pasti cermin menjadi pilihannya. Perkataan mar'ah dan mir'ah sangat dekat. Begitulah hampirnya diri seorang wanita dengan kecantikan.
Ada yang merasa kurang yakin kerana tidak ca
ntik? Anda rasa anda hodoh? Ternyata anda salah sama sekali. Allah itu suka akan keindahan,jadi sudah pasti setiap manusia itu cantik kejadiannya. Cuma kecantikan itu berbeza antara satu sama lain. Setiap wanita berhak untuk cantik.
Apakah definisi cantik itu? Jika kita lontarkan persoalan ini kepada kaum lelaki,sudah pasti takrifan mereka berbeza. Ada yang mengatakan cantik wanita itu pada wajahnya,tubuhnya dan tak kurang juga ada yang mengatakan cantik akhlaknya.
Namun dalam Islam,definisi kecantikan itu perlu berpandukan pada kayu ukur dalam islam itu sendiri. Itulah kecantikan yang sebenarnya.
Cantik pada zahir itu pasti akan lenyap jua akhirnya. Sebagai contoh,cantik wajah pasti akan hilang ditelan usia yang meningkat,wajah akan berkedut. Memang terdapat banyak cara untuk menahan semua itu tetapi itu semua bukanlah kecantikan yang sebenar. Bukan cantik yang abadi.
Malangya definisi cantik seringkali terarah kepada si bertubuh langsing,berwajah cerah.Di situlah lahirnya pandangan yang keliru tentang makna cantik.

Cantik yang dimaksudkan ialah cantik budi dan akhlaknya. Itulah juga misi junjungan besar Nabi s.a.w-untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Dalam Islam, pengertian cantik adalah kecantikan hakiki dan ideal adalah kecantikan yang bersumber pada dimensi ilahiah (hati) .Bagi muslimah dan mukminah sejati keinginan untuk menjadi cantik bak bidadari syurga merupakan dambaan dan keinginan yang terperi.
Rasulullah Shalallahu alaihi Wa Salam bersabda: “Ketahuilah, di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Bila ia baik maka baik pulalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rusak maka rusak pulalah seluruh tubuh. Ketahuilah itu adalah hati. (HR Bukhari dan Muslim)

Kecantikan itu bermula dari hati.Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi.Misalnya,seorang utu mungkin sangat cantik luarannya tetapi sayangnya hatinya jauh sekali dari definisi cantik itu. Sebaliknya seorang wanita mungkin pada pandangan mata manusia tidak secantik bidadari,namun akhlaknya yang indah mampu lebih menarik orang untuk bersamanya. Jagalah hati,dari hati lahirlah kecantikan abadi.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain.Jika seorang sahabat itu solehah dan cantik budi pekertinya,pasti kecantikan itu disenangi ramai dan kecantikan itu dapat ditebarkan ke arah sahabat-sahabat yang lain.
Secantik mana pun wanita itu,imanlah yang paling utama. Sebagai perisai supaya si wanita tidak terjerumus ke arah yang salah.Jangan sesekali menggunakan kecantikan yang ada pada diri kita ke arah kemaksiatan dan kejahatan.
Berkata mungkin senang tetapi sama-samalah kita renungkan dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Firman Allah SWT : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ( surah al-Tin )

wallahu'alam
by n.h.a.r

0 ulasan: