Tuesday, November 30, 2010

Selamat Pengantin Baru

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 10:31 PM
PASANGAN MEMPELAI SERBA BIRU DI JOHOR BHARU

bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah,seorang lagi sepupuku sudah pun sah bergelar seorang isteri.
tahun ni 3 orang gadis dalam dalam keluarga kami sudah bertukar status.
alhamdullilah.

tahniah buat Kak Murni dan Abg Jamal.

Selamat melangkah ke alam perkahwinan.
Perkongsian hidup yang penuh warna-warni.
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

BAHAGIA DATANG DAN MASUK KE DALAM KELUARGA MELALUI GERBANG TOLERANSI.TOLERANSI HADIR DI TENGAH-TENGAH TIANG.ANTARA DUA INSAN YANG BERGELAR SUAMI DAN ISTERI

Perkongsian bersama:
Allah swt berfirman, " Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka atau daripada yang mereka tidak mengetahuinya " ( Surah Yasin:36 ) Pasangan lelaki dan wanita itu di jadikan untuk saling lengkap melengkapi dan tolong menolong dalam menjalankan fungsi masing-masing sebagai khalifah di muka bumi ini. Nabi adam as berasa sunyi sehinggalah Hawa diciptakan oleh Allah swt sebagai isteri atau pasangan hidupnya. Pasangan itu melalui sebuah kehidupan dengan berkasih sayang melalui ikatan perkahwinan.
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah S.W.T. telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka, maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah orang yang taat (kepada Allah S.W.T. dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suaminya tiada bersamanya, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya..." - Surah An-Nisa' ayat 34


BARAKALLAHULAKUMA ,selamat diijabkabulkan pada 27/11/2010

Akhir kata,Limah dan mak long sentiasa doakan yang terbaik buat Kak Murni dan suami^_^ Maaf gambar ni pun ambil kat facebook korang,usb tinggal di uia..huhu..
Terima kasih buat semua,kenangan kali ni amat indah.Bukan senang dapat kumpul ramai-ramai kan
. Lepas ni Kak Munirah pulak ye,ke JB lagi tahun depan,inshaAllah. Dah bau nasi minyak seterusnya ni.=p

Wassalam.


2 comments:

murni mujir said...

limah akk suke giler blog ni....wat la byk2....kekeke.pandai adek akk buat

imahramli said...

ehehe...wt byk2?? huhu...xmmpu,post entri byk2 leh la..kihkih=p dtg cni ble rndu kite taw kak murni...

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea