Monday, November 08, 2010

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 5:49 PM
mak dan ayah 20 tahun lepas

bismillahirrahmanirrahim.

hari ini,
saya menemani ibu ke klinik berdekatan,sudah 3 hari keadaannya tidak berapa baik.
akhirnya ibu tewas pada pujukan saya supaya bertemu dengan si doktor.
kaki melangkah ke dalam klinik.
saat menunggu giliran ibu dipanggil ke dalam bilik doktor.
keluar seorang kanak-kanak perempuan lengkap berpakaian pink serta berhijab.
subhanallah!
Alangkah comel wahai kamu,si adik.
saya leka memerhatikan gelagatnya,menunggu ubat dari kaunter.
dia terus baring sambil mulutnya terkumat-kamit membaca buku cerita yang disediakan di situ.
selesai membaca,dia mengambil buku itu.
saya sungguh tertarik dengan sikapnya,dia meletakkan kembali buku itu di rak yang disediakan.
mungkin sudah biasa dididik sebegitu oleh ayahanda dan bundanya.
masa terus berlalu,dia mengambil ubatnya bersama ayahnya.
terkenang kembali saat kanak-kanak saya.
selalu ditemani si ayah ke mana sahaja atau lebih tepat jika saya katakan saya peneman setia ayah ke mana sahaja.
maklum sahaja sekolah ikut ayah.semua tu dah lama berlalu,namun setiap saat itu akan terus saya hargai.
berbalik kepada cerita si adik,dia dapat ubat berwarna oren.
terdengar suaranya berceloteh,"ayah,ni air oren ke?"
si ayah terus menjawab,"air warna oren,sayang"
betapa sabar si ayah melayan telatah si anak.
adik itu berlalu pergi bersama si ayah meninggalkan saya dan ibu di klinik.
tak lama selepas itu...
sepasang suami isteri masuk ke klinik.
saat mata terpandang sepasang suami isteri membawa bersama bayi yang sungguh comel sewaktu berada di klinik.
hati mula memikirkan kembali betapa besarnya erti kasih sayang dan pengorbanan insan yang bergelar ibubapa sejak kita kecil lagi.
dari kecil mendidik tanpa jemu,mencurahkan kasih sayang bersama ilmu-ilmu yang mengajar kita untuk sentiasa mengingati Sang Pencipta.
Ramai yang mengatakan saya bertuah kerana merupakan satu-satunya "jantung hati" si ibu dan si ayah,boleh saya katakan tepat.
Sebenarnya pada saya,setiap anak-anak itu bertuah.
Si ibu dan si bapalah yang bakal mencorakkan kita yang pada asalnya ibarat kain putih.
Betapa besarnya tanggungjawab mereka,namun anak adalah satu anugerah buat mereka.
Sebagai anak,jadilah anak yang tidak lupa pada kedua orang tuanya.
Sama ada yang masih hidup atau sudah pergi meninggalkan kita.Dalam hadith,

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Maka,sebagai terus mendoakan yang terbaik buat mereka


.Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturrahim." - (Riwayat Ahmad).

Jangan pernah melukakan hati mereka. Pohonlah maaf daripada mereka seandainya kita merasakan yang kita telah melukakan hati mereka. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang.Yakinlah bahawa bagaimana teruk pun perangai si anak,mereka pasti akan memaafkan. Hati si ibu dan si bapa jagalah sebaiknya.

Rasullulah s.a.w bersabda, "Redha Allah tergantung pada redha ibu dan bapa, dan murka Allah bergantung pada murka ibu dan bapa mereka." (Riwayat: al-Hakim)

Betapa tingginya kedudukan mereka. Saya sendiri masih memperbaiki diri ini. Berbuat baiklah selagi masa ada.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al Quran : Maksudnya : "Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya , dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ah" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)


Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w. menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah." - Sahih Bukhari

Hari ini tiba-tiba saya mendapat berita yang saya kira dugaan buat kami berdua. Semoga segalanya baik-baik sahaja buat mak. Saya sayang mak dan saya rindu ayah.

Buat yang bakal bergelar ibu dan bapa,didiklah anakmu sebaiknya:

Diriwayatkan oleh Aisyah, katanya: "Aku belum pernah melihat seorang pun yang wibawa dan kelakuannya seperti Rasulullah terhadap Fatimah puterinya. Jika masuk kepada Rasulullah, dia bangkit kepadanya, menciumnya dan mempersilakannnya duduk di tempat duduk baginda. Dan jika nabi masuk kepadanya dia bangkit daripada tempat duduknya, mencium baginda dan mempersilakan baginda duduk di tempat duduknya." - (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi).

Buat insan-insan seperti saya teruslah mendidik diri ini.Pernah ustazah saya mengatakan,didiklah diri sendiri 25tahun sebelum dikurniakan cahaya mata sendiri.Muhasabah diri sendiri.Semoga Allah sentiasa memelihara kita.
Wassalam.

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea