Sunday, October 17, 2010

musim itu sudah mula berkunjung.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 3:05 PM
bismillahirrahmanirrahim.
musim peperiksaan sudah mula berkunjung.jadi semua perlu sambut dengan otak yang cerdas dan ingatan yang kuat.
perlu tumpukan perhatian.
jangan mudah terleka kerana setiap saat itu tak mungkin berulang.
masalah yang melanda selesaikan dengan sebaiknya agar tak mengganggu cik kosentrasi kita,ya kawan-kawan.walaupun sukar tapi yakinlah Allah takkan menguji hamba-Nya jika kita tak mampu menanggunggnya.
Kuatkan diri dan dekatlah dengan-Nya.
Saya pun pernah tersungkur,melalui segala ujian yang mendatang,pernah juga terasa putus asa.
Tapi teruslah bangun dan melangkah bersama nikmat yang dipinjam daripada Sang Pencipta.
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Tunaikanlah segala hak-Nya,inshaAllah akan dipermudahkan segala urusan,mudah-mudahan.
Kepada semua,saya Nor Halimah Ahmad Ramli memohon maaf atas segala perkara yang mengguris hati kalian.Jika saya ada berhutang apa-apa,khabarkan kepada saya.
Hidup ini cuma sementara,jika ada apa-apa yang saya terkurang khabarkanlah kepada saya di sini.
Terima kasih buat semua.
Selamat Berjaya buat semua sahabat-sahabat di Taman Ilmu dan Budi.Semoga segalanya berjalan lancar.
Belum pun musim exam,saya sudah menanti cik cuti semester.Aduhai,jangan begitu diri ini.Masih banyak yang perlu difokuskan,cuti tak ke mana.

Jaga diri baik-baik semua.

Salam.

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea