Thursday, July 08, 2010

kisah tofu telur@tofu jepun

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 8:38 PM
bismlillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah hari ni dapat berpuasa.Mengambil kesempatan berpuasa dalam bulan Rejab.
Bulan ini punya banyak kelebihan tersendiri.

Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."
Bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")

Hari ini,sewaktu melewati waktu tengah hari,tiba-tiba ada sesuatu yang muncul dalam ingatan saya. Tofu telur yang dirindui! Mula belajar makan ketika melanjutkan pelajaran peringkat asasi di Bandar Baru Nilai. Tofu telur adalah makanan wajib bagi saya dan sahabat saya,Salsabiila.Cukupla ada tofu telur,kami mesti laju makan nasi.=p Kalau tak nampak tofu telur,pasti Pak cik cafe perlu jawab soalan kami."Pak cik,mana tofu telur??"
Masih saya ingat kisah tofu telur di sana.Lepas tu,sekarang ni bila nampak tofu telur,mesti nak beli.Bezanya kena masak sendiri.=p

Saya terus bagitahu Bella,tetiba rindu kat tofu kami.Tanpa berfikir panjang,status di fb kami terus bertukar tentang tofu. Saya terus menghidupkan enjin kereta mak dan menuju ke pasar raya yang menjual tofu bersama Uda,anak jiran saya.Misi utama dapatkan tofu telur!
Saya masak ala-ala cina,menu berbuka puasa kami hari ni. Ni resepi yang saya buat:


tofu telur@jepun saya

3 tiub tofu telur
3 ulas bawang putih
1 camca kecil serbuk lada putih/lada sulah
1 1/2 sudu makan sos tiram (oyster sauce)
1/2 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn 1/2 gelas air)
Garam & gula secukup rasa

Cara Memasak

1. Tofu telur dipotong 4. Untuk memudahkan, potong 2 dahulu dengan tiub plastik pembungkusnya, keluarkan kemudian potong kepada 4 bahagian.

2. Goreng dulu toufu. Sebaiknya menggunakan non-stick pan supaya tidak melekat. Toufu ni amat 'fragile jadi kena berhati-hati apabila potong.

3. Angkat dan ketepikan.

4. Panaskan sedikit minyak atas api yg sederhana, tumis bawang putih,masukkan lada putih. Kacau kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.

5.Masukkan bancuhan tepung jagung tadi.

6. Masukkan garam & gula secukup rasa, kemudian tuangkan tofu yg telah digoreng tadi. Tidak perlu dimasak lama kerana tofu tadi telah pun digoreng


CUBALAH BUAT SENDIRI=P

Sedang asyik melayan memasak tofu,pertanyaan uda dan Aiman sentiasa menerpa.."Kak Limah,kenapa macam ni?Kenapa tu?Apa tu?" Puas juga menjawabnya.Hari ni Aiman tak nak mandi setelah pulang dari sekolah.Mandi balik rumah je.Esok sehari lagi mereka tinggal bersama saya. Malam ni,tiba-tiba saya lihat bunga di ruang tamu kelihatan berubah wajah.Kenapa ya? Rupa-rupanya ada orang selitkan "bunga tambahan" di situ. Tertawa saya melihatnya,pujuk kak Limah ke sebab Kak Limah "tak nak kawan" sebab awak tak mandi tadi.=p Entahlah esok saya tanya.



sila cari mana bunga tambahan dari Aiman.


ni lah bunga tambahan untuk Kak Limah=p terima kasih Aiman

Apapun,semoga hari mendatang lebih baik dari sebelumnya^_^

2 comments:

langittasbih said...

mah si tofu!!

haha~**

Imah Ramli said...

imah si tofu..?heheh=p
imah ini si kuat makan..kimi pasti sudah tau kan??=p
Haha

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea