Wednesday, June 02, 2010

Cintaku yang satu.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:58 PM
Bismillahirrahmanirrahim.
3 hari lagi,saya bakal menjejakkan kaki ke tanah suci yang cukup saya rindui bersama ibu,mak cik dan sepupu. Hati saya seolah-olah sudah berada di sana.Tempat yang penuh sejarah dan kisah yang berkaitan islam.Dua kota suci Madinah dan Makkah yang terletak di dalam negara Arab Saudi.
InshaAllah kali ini,saya akan mengerjakan umrah. Ibadat haji dan umrah merupakan satu amalan yang mesti dilakukan oleh setiap Muslim mukalaf yang berkemampuan, sekali dalam seumur hidupnya.Haji hanya boleh dilakukan ketika musim yang ditentukan,manakala umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Imran: 97 yang bermaksud: Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu) maka sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun) daripada sekalian makhluk. Sementara dalam surah al-Baqarah ayat 196 turut menjelaskan yang bermaksud: Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah...

Kita hanya hidup di atas dunia ini buat sementara waktu. Rezeki yang diberi oleh untuk keperluan kita. Alangkah eloknya jika kita sama-sama menggunakannya untuk beribadah kepada Allah. Mula mengumpul sedikit demi sediki,inshaAllah pasti ada rezeki ke sana.Pergilah sewaktu kita masih berdaya.

Saya ingin berkongsi rukun umrah.

RUKUN UMRAH

1. Niat ihram umrah,

Niat ihram umrah

"Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah SWT"

Dengan mulanya niat ini,maka kita diharamkan melakukan perkara-perkara yg dilarang semasa dalam ihram.

2. Tawaf,

Mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syaratnya seperti berikut: i. Berwuduk (suci daripada hadas besar dan kecil), ii. Menutup aurat, iii. Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis, iv. Bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad, v. Menjadikan kaabah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan, vi. Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar binaan kaabah, Hijir Ismail dan Syazarwan, vii. Tetap niat tawaf sepanjang masa tawaf, viii. Cukup tujuh pusingan dengan yakin.

Jemaah haji boleh menggunakan pendapat yang menyatakan tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat. (Muzakarah Haji Kali 21. 5-7 Jun 2005)

3. Saie,

Saie yang diertikan ialah berulang alik di antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syarat sah. Syarat sah saie ialah; (1) Dilakukan selepas tawaf rukun atau tawaf qudum, (2) Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah, (3) Cukup tujuh kali dengan yakin dikira sekali daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa, (4) Hendaklah sampai ke penghujung tempat saie di Safa dan di Marwah, (5) Hendaklah saie di Battnuwadi (iaitu kawasan yang telah ditetapkan oleh syarak untuk saie), (6) Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan saie.

4. Bergunting/bercukur dan

Bergunting atau bercukur membawa pengertian ialah menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala

5. Tertib

Melaksanakan rukun umrah satu persatu iaitu yang dahulu didahulukan.

Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.

QS. al-Hajj (22) : 27





Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.
QS. al-Hajj (22) : 78

" Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang
menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya....

Saya dan mak meminta maaf atas segala salah dan silap kami. Halalkan apa yang terkurang dan terlebih.Semoga segalanya berjalan lancar.Saya doakan semua mendapat apa yang terbaik dan dapat menjejakkan kaki ke sana untuk beribadah kepada-Nya
.

2 comments:

Putra said...

Imah! Jangan lupa doakan saya yang seorang ini ya! :)

Nor Halimah said...

inshaAllah Syed.sy doakan yg terbaik utk awk!

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea