Tuesday, June 22, 2010

indahnya bahasa al-quran.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 8:24 PM 1 comments

alhamdullilah.
saya punya hobi baru.
yang sepatutnya dijadikan hobi sejak dulu lagi.
saya sangat suka baca terjemahan al-quran.
hobi yang semakin berputik sejak berada di tanah suci.
rasa ingin tahu makna ayat-ayat Yang Maha Pencipta semakin membuak-membuak.
dulu saya baca sekali lalu tapi sekarang selagi tak faham saya akan baca lagi ayat yang sama.
betapa indahnya kalimah Allah,janji-janji yang pasti ditepati-Nya.
mungkin dulu saya seorang yang leka..
Teringat kata-kata ustaz yang membawa kami berziarah di sekitar kota Madinah yang dulu dikenali dengan Yathrib.
"Masa yang ada peruntukkanlah untuk kita membaca al-Quran walaupun satu ayat,selepas itu fahamilah maksud ayat-ayatNya dan akhir sekali cubalah amalkannya dalam kehidupan kita"
Masih segar di ingatan saya pesanan itu.
Kata-kata yang dikeluarkan dari ustaz ini cukup menarik dan penuh dengan tazkirah.
Diselitkan dengan kalamullah yang indah di sebalik setiap kisah yang diceritakan.
Masih saya ingat,saya berkenalan dengan sebuah keluarga dari Libya.Rancak saya berbual dengannya.Saya sempat diuji untuk membaca hadis yang tidak berbaris.Alhamdullilah memang cepat sungguh doa dimakbulkan di tanah suci Makkah.Jauh di sudut hati saya memang saya nak kenal dengan ramai orang.Selang beberapa hari lagi,saya bertemu dengan keluarga ini.
Pertemuan yang tak dijangka,masih ada jodoh.Banyak pesanan dari mereka yang masih segar dalam kotak fikiran saya.Mereka ingat saya hafizah.Adakah ini satu semangat..Mungkin..Terima kasih buat Hasna dan keluarganya yang mungkin sudah berada di Libya sekarang.
Al-Quran,jadikanlah ia salah satu peneman yang setia.


Allah mengatakan dalam Al-Quran, Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami telah memberikan Kitab mengetahui bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. (Al-Quran 6:114)

Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (al-Quran 2:2)

salam....

Monday, June 21, 2010

alhamdullilah jemputan ekslusif berakhir dengan lancar kali ini

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 7:51 AM 0 comments



bismillahirrahmanirrahim..
alhamdullilah.
Menjadi tetamuNya lagi merupakan hadiah yang terindah buat diri ini.
Sebagai tazkirah buat diri ini.
Segala yang berlaku sepanjang menjadi tetamuNya biarlah menjadi simpanan.
Jemputan ke dua tanah Haramain yang akan sentiasa diharapkan lagi.
Segalanya berlalu dengan pantas sekali.
Hati ini mulai rindu Kota Haramain itu.
InshaAllah mahu kembali ke sana lagi.
Jemputan yang paling dan sentiasa kunantikan.
Hanya Allah yang tahu apa perasaan yang tersimpan di hatiku.

Wednesday, June 02, 2010

Cintaku yang satu.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:58 PM 2 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
3 hari lagi,saya bakal menjejakkan kaki ke tanah suci yang cukup saya rindui bersama ibu,mak cik dan sepupu. Hati saya seolah-olah sudah berada di sana.Tempat yang penuh sejarah dan kisah yang berkaitan islam.Dua kota suci Madinah dan Makkah yang terletak di dalam negara Arab Saudi.
InshaAllah kali ini,saya akan mengerjakan umrah. Ibadat haji dan umrah merupakan satu amalan yang mesti dilakukan oleh setiap Muslim mukalaf yang berkemampuan, sekali dalam seumur hidupnya.Haji hanya boleh dilakukan ketika musim yang ditentukan,manakala umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Imran: 97 yang bermaksud: Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu) maka sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun) daripada sekalian makhluk. Sementara dalam surah al-Baqarah ayat 196 turut menjelaskan yang bermaksud: Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah...

Kita hanya hidup di atas dunia ini buat sementara waktu. Rezeki yang diberi oleh untuk keperluan kita. Alangkah eloknya jika kita sama-sama menggunakannya untuk beribadah kepada Allah. Mula mengumpul sedikit demi sediki,inshaAllah pasti ada rezeki ke sana.Pergilah sewaktu kita masih berdaya.

Saya ingin berkongsi rukun umrah.

RUKUN UMRAH

1. Niat ihram umrah,

Niat ihram umrah

"Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah SWT"

Dengan mulanya niat ini,maka kita diharamkan melakukan perkara-perkara yg dilarang semasa dalam ihram.

2. Tawaf,

Mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syaratnya seperti berikut: i. Berwuduk (suci daripada hadas besar dan kecil), ii. Menutup aurat, iii. Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis, iv. Bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad, v. Menjadikan kaabah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan, vi. Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar binaan kaabah, Hijir Ismail dan Syazarwan, vii. Tetap niat tawaf sepanjang masa tawaf, viii. Cukup tujuh pusingan dengan yakin.

Jemaah haji boleh menggunakan pendapat yang menyatakan tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat. (Muzakarah Haji Kali 21. 5-7 Jun 2005)

3. Saie,

Saie yang diertikan ialah berulang alik di antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syarat sah. Syarat sah saie ialah; (1) Dilakukan selepas tawaf rukun atau tawaf qudum, (2) Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah, (3) Cukup tujuh kali dengan yakin dikira sekali daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa, (4) Hendaklah sampai ke penghujung tempat saie di Safa dan di Marwah, (5) Hendaklah saie di Battnuwadi (iaitu kawasan yang telah ditetapkan oleh syarak untuk saie), (6) Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan saie.

4. Bergunting/bercukur dan

Bergunting atau bercukur membawa pengertian ialah menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala

5. Tertib

Melaksanakan rukun umrah satu persatu iaitu yang dahulu didahulukan.

Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.

QS. al-Hajj (22) : 27





Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.
QS. al-Hajj (22) : 78

" Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang
menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya....

Saya dan mak meminta maaf atas segala salah dan silap kami. Halalkan apa yang terkurang dan terlebih.Semoga segalanya berjalan lancar.Saya doakan semua mendapat apa yang terbaik dan dapat menjejakkan kaki ke sana untuk beribadah kepada-Nya
.

Tuesday, June 01, 2010

selamat hari lahir,sahabatku tersayang,Aisyah

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:00 AM 0 comments
bismillahirrahmanirrahim.
entri ini khas buat sahabatku tercinta,Aisyah Idris.
selamat hari lahir yang ke 20. 1 JUN 2010
semoga Allah sentiasa merahmatimu dan meredhaimu.
saya sentiasa mengharapkan yg terbaik buatmu,sahabatku.
semoga hari2 yg mendatang mampu kamu lalui dengan baiknya.
setiap apa yg berlaku,pasti ada indahnya.
Allah sentiasa di sisimu.
Terima kasih atas segalanya.
Berbahagialah selalu,sahabatku sayang.

Buatmu sayangku,Aisyah..


aisya @ my circle

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kami semua
Allah selamatkan kamu

Di hari kelahiranmu
Ku menanti penuh rindu
Saat detik masa berlalu
Tibalah hari yang ditunggu

Di bawah cahaya rembulan
Bersinar wajahmu sayang
Tibalah tika engkau diraikan
Moga dalam keredhaan Tuhan

Allah selamatkan kami semua
Allah selamatkan kamu

Sungguh ceria suasana meriah
Majlismu diraikan sanak saudara
Teman-teman sahabat rakan dan taulan
Bersama berdoa dan bergembira

Semoga Allah meredhaimu
Semoga Allah merahmatimu
Semoga Allah menyayangimu
Berbahagia selalu

Di hari kelahiranmu
Ku nyanyikan lagu untukmu
Bersama rakan dan teman
Menyambut penuh girang

Ku hadiah sekalung doa
Buatmu insan yang ku cinta
Dipanjangkan umur tetapkan iman
Murah rezeki sejahtera hendaknya

daripada sahabatmu yang sentiasa menyayangi dan merinduimu,
Nor Halimah Ahmad Ramli...
Ruang tamu rumah saya
1200am, 1Jun2010.
 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea