By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdullilah,baru saja pulang dari kampung emak. Selesai taklimat,kami pun balik.Seronok walaupun sekejap je kat...

tak tahu tajuk.

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdullilah,baru saja pulang dari kampung emak.
Selesai taklimat,kami pun balik.Seronok walaupun sekejap je kat kampung.
Jumpa anak sepupu,buat kuih,makan nasi dagang dan dengar cerita-cerita zaman muda mak=p
Sebenarnya saya agak takut untuk pulang ke kampung. Musim merompak saja sekarang ni. Kat mana-mana pun tapi kampung saya antara sasaran utama mereka yang hanya tahu mendapatkan harta dengan cara yang mudah dan keji!
Saya sering terbayangkan bagaimana jika saya mangsanya?Apa yang akan saya lakukan?
Mereka sanggup membiarkan nyawa orang yang kita sayang melayang asalkan mendapat hasilnya.Saya harap masalah ni tak berlanjutan.


Makkah
Masjid Nabawi

Tinggal lebih kurang sebelum saya dan keluarga kembali semula menjejakkan kaki ke tanah yang paling saya rindu!Semoga segalanya berjalan lancar,jadual penerbangan dah dapat.Taklimat hari ini menambahkan semangat saya untuk terus membaiki diri ini.Walaupun adik tak de hari ni sebab kat asrama,kita jumpa 5hb nanti,dik!InshaAllah sama-sama kita lakukan yang terbaik.
Nak ingatkan kepada saudara-mara saya,sila hadirkan diri anda pada 15 MEI 2010 MALAM di rumah saya(^_^) Saya tunggu!

Minggu ni? Saya hanya mengemas rumah. Buku-buku sewaktu zaman persekolahan dulu,saya bagi kat adik-adik lain. Banyaknya barang buat saya pun pusing fikir nak simpan mana ni. Sampaikan ada barang yang saya pun tak ingat saya ada. Seperti biasa,pantang jumpa habuk,jadi kenalah guna "mask" dan mulakan operasi.Alhamdullilah selesai.
Sekarang sedang menonton Liar Game,cerita dari Jepun berkisarkan antara kepercayaan dan penipuan terhadap manusia.Perlu ke kita sentiasa menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap orang lain?

spet mata zaman dulu!
barang-barang dulu.


Esok macam nak pergi jalan-jalan kat Kuantan tapi tak best sebab tak ramai. Ada sesiapa nak ikut??=p Tak tau lagi nak g ke tak..

Kepada semua yang bercuti pada hari Pekerja ni,selamat bercuti.Tak lupa buat Kak Ngah Ayu kat KL,selamat hari lahir!=) Adik tak tau hari lahir ke berapa,maaf.Kepada kawan saya,Syarafi,tahniah dah jadi pak cik ok? Comel lah anak saudara aok^_^

Ok wassalam,jaga diri baik-baik semua.Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya.

0 ulasan: