By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahirrahmanirrahim. Semoga semua dalam keadaan yang baik. Saya tak tahu kenapa tapi saya nak kata "mood" saya sangat baik ma...

saya gembira!

bismillahirrahmanirrahim.

Semoga semua dalam keadaan yang baik. Saya tak tahu kenapa tapi saya nak kata "mood" saya sangat baik masa saya tulis ni. Khamis yang biasa,duduk di rumah saja,agak bosan.Saya mengambil "handphone" kesayangan saya dan mesej adik sepupu saya,Mimi,dah lama tak jumpa.Dapat tau dia balik,terus nak tanya khabar dia. Sambil tu bincang pasal rancangan kita,huhu!
Mak Cu datang,makan kat sini^_^
Sedapnya masakan Mak Cu!=p Walaupun saya terkantoi sesuatu dengan Mak Cu,saya tak sedih atau apa-apa saja yang negatif.Saya gembira je sebab saya juga saya boleh terkantoi.Bukan rahsia lagi,macam tu lah.Saya gagal jadikannya rahsia.Maaf!^_^Pasal apa?Rahsia la, nanti saya terkantoi dengan anda pulak=p

Sudah hampir 2 minggu,saya dapat lesen penuh,alhamdullilah.27 April saya dah dapat lesen penuh akhirnya utk moto dan kereta.Yey! Akhirnya,saya tanggalkan juga simbol P kat cermin kereta.Sepanjang 2 minggu ni memang menguji saya,nampak berubah dari keadaan sewaktu saya ada P. Mengimbau kembali kenangan selama 2 tahun,seringkali dibuli oleh pemandu lain sewaktu di LPT dan Lebuhraya Utara Selatan.Balik seorang,muka saya akan nampak garang je kot.Padahal ngantuk=p Kemalangan kecil sewaktu bulan puasa tahun lepas menyebabkan kereta Kancil kami berubah wajah. Segalanya diselesaikan di situ. Saya bersama Aisyah,mujur Aisyah banyak membantu saya. Saya mula sedar,memang saya pernah menghadapi situasi sebegini tapi berbeza. Dulu,ayah ada. Ayah selesaikan segalanya,saya tak tahu apa-apa sebab saya tidur masa tu. Saya tahu sedikit sebanyak mengajar saya untuk lebih berdikari,jangan susahkan orang lain.Nyawa itu hanya pinjaman daripada-Nya.Bila-bila masa pun boleh ditarik. Walaupun bahagian pintu saya yang dilanggar,alhamdullilah selamat.Serba salah nak bagitahu mak masa tu,sehinggakan saya berhenti di sebuah stesen minyak sebab tak nak mak risau. Saya telefon mak,saya ingat lagi kata-kata saya: Mak,akak minta maaf.Mak,jangan marah akak.Belum sempat mak saya berkata-kata apa,saya teruskan perjalanan balik.Mak agak terkejut tapi mak tak marah.Itulah hati seorang ibu,anak lebih penting dari segala harta.Banyak mengajar saya erti kesabaran.Semua tu membuatkan kita lebih memahami.Doakan saya baik-baik aja.

Satu lagi saya gembira sebab berjaya "contact" kawan-kawan zaman sekolah rendah dulu.Ramai juga. Tengok gambar semua dah lain,ada yang saya hampir tak dapat cam.Lama tak jumpa mereka,maaf bukan saya tak ingat korang tapi saya tak tahu macam mana nak hubungi korang. Jangan risau bila saya dah kenal kamu,inshaAllah saya takkan lupa.Saya akan ingat sebab setiap orang tu "tinggalkan tapak" dalam hidup saya ni^_^

Baru-baru ni pergi makan dengan Uda ngan mak,makan lagi? Hehe!Saya suka bawa Uda makan sebab dia macam saya,kuat makan=p Saya dah tak "diet"! Kenapa jiran saya kata,susut badan,diet yer??Tak tak..Saya dah batalkan "diet" saya tapi masih terbawa-bawa lagi perancangan "diet"tu. Yang penting sihat kan?^_^Biarlah tembam.Tembam kan comel??

Saya tak sabar tunggu minggu depan,nak pergi makan angin kejap kot.Hujung minggu ni ada 2 jemputan,daripada pak cik baru,Syarafi dan nenek saya kat sini. Terima kasih ajak^_^ Jadi,duk rumah je.Saya suka pergi pantai atau mana2 saja yang boleh buat saya rasa tenang dan rileks^_^ Naknya g Pulau Jeju,Korea.Haha.Tak boleh2,ongkosnya nggak ada sih! Tangguh dulu yer.InshaAllah,ada rezeki boleh pergi.Kita jalan-jalan dalam Malaysia dulu.Malaysia pun banyak tempat-tempat menarik!

Kepada sahabat saya,Aisyah,selamat maju jaya dalam peperiksaan yang sedang dilalui.Semoga awak berjaya^_^Kepada Kak Amy,happy birthday to you! Bila mau makan nasi minyak haa=p
Sekian,terima kasih! Senyum sokmo dan jaga diri anda baik-baik! Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Imah, kalo dapat kongsi plan diet tu dengan saya bagus juga.

apa pun, hidup memang sentiasa berliku, ditambah pula resam keluarga dan kelatahan hati. apa pun, teruskan hidup. thniah dapat Full License dari orang yang tiada lesen.


*tenang melihat blog ni. warnanya indah :)

syed,nak diet? syed kn byk gerak,dah exercise tu^_^ slh satunya mkn nasi sekali sehari..

terima kasih. lepas ni syed pula kena ambil lesen.hehe=p

*terima kasih.gunakan kombinasi warna yang tak terlalu cerah.