Monday, May 17, 2010

Kenduri yang sangat meriah.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 4:11 PM
Bismillahirrahmanitrrahim..
Alhamdullilah selesai sudah kenduri doa selamat di rumah saya Sabtu malam Ahad lepas.
Alhamdullilah segalanya berjalan lancar.
Sungguh ramai,agak kelam -kabut mulanya tapi dengan bantuan saudara-mara dan sahabat handai segalanya ditanggung beres.
Setiap tetamu yang datang pasti ada kelebihannya.
Kenduri kali ni,penuh dengan budak-budak,anak murid mak.
Sepupu saya,Zaki dan Mak Sham datang petang Jumaat untuk membantu.
Hari Jumaat,saya tak ke mana,leka sungguh mengemas rumah.
Sekian lama tak menggunakan motosikal,saya kembali memboncengnya.
Seronok naik motosikal ni=p
Mujur ada Zaki dan Mak Sham yang datang lebih awal.
Petang sampai malam sempat lagi saya dan Zaki tonton badminton.
Walaupun Malaysia tewas tak mengapa.Bagi Zaki makan puding yang saya janji nak buat.huhu.
Esoknya pagi-pagi lagi,alamak! Kereta mak buat hal,berbunyi tak henti2,tolong jangan buat hal hari ni. Zaki,kau settlekan lah.Saya tak reti=p Lepas itu,saya ditemani Zaki pulang ke kampung mak untuk mengambil mak cik dan barang-barang.Saya yang bawa kereta,si sepupu saya tidur,sebab tidur lewat punya pasal!
Sampai di kampung terus kembali ke rumah,hantar mak cik dan cucu-cucunya.
Naik kereta balik,pergi kedai.Hampir 10 kali ulang-alik kami ke kedai.Haha!
Beli tepung ubi,udang kering lah dan yang paling tak tahan sempat lagi beli ais-krim nak pujuk anak saudara saya.RM10 tak cukup,huhu.Nasib tak bawa semua g kedai.
Petang menjelma,semakin ramai yang hadir membantu.Saudara-mara dari KL pun dah tiba.
Kemas-kemas untuk malam,masak-masak.
Terima kasih semua.Menu malam ni,sayur pisang bakar,ayam masak merah,ompok ikan,sambal belacan dan kuih-muih.Paling penting sambal greng tempe yang ditunggu semua.Resepi jawa yang susah nak jumpa kat sini kan.
Guna buffet je,senang.Ambil sendiri ye=))
Jam 9 malam,tetamu mula hadir.Ustaz Manaf mengetuai bacaan doa selamat dan tahlil.
Ramainya,saya agak terkejut.Harap2 semua dapat makan.
Selesai majlis,tinggallah kaum keluarga terdekat,sempat lagi saya bersembang.
Dan yang paling tak tahan,malam tu saya kena "test".
Alamak,cuti pun kena "test".Sepupu saya test saya,untuk apa ni.haha
Limah,pergi buat air apa-apa saja untuk kitaorang.Abang Pek nak tengok dah besar ke belum aok ni..Haha.(tak sangkalah tuh saya boleh jadi sebesar ni,padahal dulu kecik sangat,tulang je kot,malas makan lah)
Senang je,ingat suruh apa tadi.Nah.dah siap.=p
Sambil-sambil kemas,anak saudara saya mengamuk nak puding.Boleh aja,nak mak ngah bagi.Sempat juga kawan mak menyakat mak,Kak Miah,dah boleh kahwin ni..haha.Takut mak saya dibuatnya.Saya pun jenis layan je mak cik2 ni..
Seronok sembang-sembang.maklumlah jarang dapat jumpa macam ni.Sempat lagi mak dan mak cik-mak cik ni fikir,kenduri saya nanti macam mana.Semua dah tak bertenaga seperti dulu.Semangat mak jawab,katering jelah nampaknya.hehe
Apa-apa jelah mak..=))
Malam tu juga kami kemas semuanya,basuh pinggan sama-sama.sapu rumah sama-sama,angkat barang sama-sama.Seronok lah!Saya sukakannya!
Semuanya jadi cepat sebab semua membantu.Anak-anak saudara menggamatkan lagi suasana walaupun jam dah menunjukkan hampir pukul 12.
Main nenek-nenek si bongkok tiga pulak,rasa nak join pulak.haha
tapi tak lah,dah besar la mak ngah ni,mana boleh main tetiba je kan.=p
Saya nak ucpkan terima kasih kepada semua yang hadir ke rumah saya pada malam tersebut.Special thanks to my cousin,Muhd Zaki.Nasib ko ada,boleh tolong angkat barang yang berat(jahatnya sepupu ko ni kan)dan juga kepada Mak Sham.Semuanya lah..
Kepada yang tak dapat datang,tunggu kenduri seterusnya,ok??
Ok Wassalam.^_^
p/s: tak sempat nak tangkap gambar!
Setiap kali kenduri

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea