By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahirrahmanirrahim. saya dah kembali ke Pahang bersama ibu tersayang. Macam mimpi je pergi KL. Sebelum balik sempat lagi sembang denga...

Pahang-KL-Pahang


bismillahirrahmanirrahim.
saya dah kembali ke Pahang bersama ibu tersayang.
Macam mimpi je pergi KL.
Sebelum balik sempat lagi sembang dengan Paman Seman.
Yey! Ada rancangan baru dengan paman bulan Disember ni.
InshaAllah ada cuti menjadilah rancangan kami,salah satu hasrat saya.
Apa? Tunggu,lambat lagi kan?
Hari ni sepupu-sepupu saya sekolah ganti,awalnya satu Malaysia sekolah ganti untuk raya.
Anisah tak balik,ada di asrama.Seronok tengok gelagat mereka nak ke sekolah.
Nak-nak lagi sekolah petang.Pagi-pagi, Azlin buat kerja sekolah.
Sarapan pagi tadi?Makan nasi goreng,laparnya.
Banyak pulak saya makan,haha=p
Sambil-sambil nak kejut Azam bangun,bukalah tv kartun.
Azam bangun nak tengok Chibi Maruko.Comel lah Chibi ni^_^
Sempat mak bercerita kisah saya sewaktu sebaya Azam.
"Kak Limah ni dulu lagi lah tak boleh tinggal doraemon,sampai kasut sekolah pun nak yang doraemon"
Haha,memang tak dapat dinafikan.Pantang jumpa Doraemon.
Komik,belon,pelekat,baju,semua ada gambar Doraemon.
Nasib baik tak bulat macam Doraemon kan..hahah
Saya bertolak ke Pahang dekat pukul 12 dah.Jom balik.
Walaupun semalam je,macam-macam lah bila dah berjumpa.
Jarang dapat berkumpul.Paman kata,"Tak yah balik dulu,kau kan bawa kereta laju,kejap je sampai"
Haha..Mungkin betul..
Dalam pukul 1.50pm alhamdullilah dah tiba.Cepatnya kau sampai,Limah.Mesej daripada Paman dan Mak Sham.Beberapa kali ditegur mak kerana laju.Jangan risau tak lebih dari hadlaju yang ditetapkan.Undang-undang tetap undang-undang.
Rehat sekejap di rumah,lepas Asar pergi bertemu Aisyah,sahabat baik saya bersama Kak Uda.Melihat gaya Kak Uda yang berumur 10tahun dengan telefon bimbit tergantung di leher memang jauh bezanya dengan zaman saya sebaya dengannya.
Pergi bawa Kak Uda makan.Suka makan dengan Kak Uda sebab dia suka makan macam saya!
Lepas tu,sempat lagi pusing-pusing kedai baru kat Temerloh.
Apa la yang sesak sangat,nak cari "parking" dekat sejam lebih.
Patutlah ada KAMDAR baru dibuka.Esok nak bawa mak ke sana.
Ramainya orang.
Perjalanan balik saya tak membosankan sebab Kak Uda ada,apa lagi dengar celoteh dia.Kena jawab soalan dia.Tak pe bukannya selalu.Ada juga kawan bercakap.Terima kasih Kak Uda temankan Kak Limah.
Malam ni rancangan nak keluar makan dengan mak tak jadi.Makan lagi?Untuk mak pulak.Takkan untuk kawan saja kan?Makan kat rumah je tadi.
Terima kasih Aisyah untuk hari ni.Saya gembira.Saya dapat rancangan baru nak buat apa kat rumah tapi kena fikirkan bajet dulu.^_^
Saya dah mulakan langkah pertama..
Sekian saja untuk hari ni,wassalam...minta maaf semua^_^

0 ulasan: