By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Ibu bapa? Siapakah mereka di hati kita sebagai anak? Pernahkah anda terfikir?Jika dilihat dalam situasi hari ini,ramai anak-anak yang sering...

Ibubapa dalam Islam


Ibu bapa? Siapakah mereka di hati kita sebagai anak? Pernahkah anda terfikir?Jika dilihat dalam situasi hari ini,ramai anak-anak yang seringkali membelakangkan ibubapa mereka,bahkan mendahulukan insan-insan yang lain seperti kekasih mahupun sahabat.Mengapa?
Ada yang sanggup melarikan diri daripada ibubapa kerana insan lain. Apakah erti kehadiran insan bergelar ibubapa dalam hidup mereka?Hati ibu dan bapa seringkali dilukai namun mereka tetap sayangkan anak-anak mereka. Apakah yang telah kita lakukan untuk menghargai jasa ibu dan bapa ? Mereka sama sekali tidak mengharapkan emas permata buat diganti dengan apa yang mereka lakukan.Mengapa ada anak-anak yang sanggup membiarkan ibubapa mereka hidup di jalanan sedangkan si ibu sanggup tidak makan kerana meninggalkan makanan buat anak-anak ketika mereka masih kecil dan si ayah pula sanggup berhempas pulas membanting tulang bagi memberikan yang terbaik buat anak-anak tercinta?Di manakah sifat sayang anak-anak? Namun begitu,tidak dapat dinafikan masih ada anak-anak yang cukup menghormati ibubapa mereka dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.Alhamdullilah.

Sekadar ingatan dan renungan bersama sebagai seorang anak tentang kedudukan ibubapa dalam islam.

Pertama: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.


عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "رضى الله في رضى الوالدين. وسخط الله في سخط الوالدين" أخرجه الترمذي. وصححه ابن حبان والحاكم.
Maksudnya: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

Hubungan seorang anak dengan ibubapa akan memberi kesan dalam hubungannya dengan Allah. Namun begitu,dek kerana ingin berbuat ibubapa, anak-anak janganlah sesuatu yang maksiat kepada Allah. Taatilah ibubapa selagimana tidak bercanggah dengan syariat-Nya.Sebagai contoh,jika ibubapa menyuruh kita membeli rokok atau arak yang cenderung kepada maksiat,kita tidak perlulah mentaatinya.

Kedua: Derhaka kepada ibubapa merupakan dosa besar.

Seringkali kita dihujani dengan kisah si tenggang yang menderhaka kepada ibunya dan kita cukup membencinya. Bagaimana dengan diri kita?Derhaka itu membawa skop makna yang cukup luas untuk ditafsirkan. Sedarkah kita meninggikan suara,menyindir mereka dan membiarkan mereka ketika mereka memerlukan kita adalah antara cabang derhaka seorang anak kepada ibubapa? Apatah lagi jika seorang anak menyepak dan memukul insan yang berglar ibubapa..

Ketiga:Ibu lebih utama daripada bapa

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Antara sebab ibu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada ayah:

1. Kesusahan yang ditanggung ibu sewaktu mengandung dari segi fizikal mahupun mental
2.Proses pembesaran janin yang dirasai oleh ibu.
3.Tahap yang paling berat ialah sewaktu melahirkan anak. Namun,itu antara perkara yang cukup membahagiakan insan bergelar ibu
4.Setelah melahirkannya,ibu merupakan insan yang sangat menjaga keperluan anaknya. Seorang ibu pasti punyai naluri yang kuat tentang anaknya.
5.Ramai anak yang cenderung untuk menderhaka kepada ibunya, kerana sifat ibu yang cukup lemah-lembut.

Keempat: Mengembirakan ibubapa

Hati ibubapa perlulah dijaga. Gembirakanlah mereka dengan perkara-perkara yang tidak melanggar syariat-Nya. Sebagai contoh,kejayaan anak mampu mengembirakan mereka dan membuatkan mereka tersenyum.Malangnya,ada di antara anak-anak yang sudah berjaya sanggup tidak mempedulikan mereka. Ibubapa menanti anak kesayangan untuk pulang ke kampung tetapi penantian mereka tidak dihargai oleh si anak.Hal ini melukakan hati mereka yang sentiasa merindui kita.

Kelima: Wajib meminta izin daripada ibubapa walaupun dalam hal agama.

Apapun yang hendak kita lakukan,mintalah izin daripada mereka.Namun begitu,jika sememangnya perkara itu ditegah syarak seperti minum arak,tidak perlu sama sekali.Hal ini kerana sudah jelas hukum haramnya.

Keenam: Kehinaan anak yang tidak berbuat baik terhadap ibubapa yang telah lanjut umurnya.

Apabila ibubapa telah lanjut usia,sememangnya semakin besar cabaran buat anak-anak untuk berbuat baik. Cabaran itu sebenarnya memudahkan jalan anak-anak menuju ke syurga. Sabarlah wahai anak-anak!Mereka sebenarnya membuka pintu ke syurga dengan sifat mereka yang sinonim dengan cerewet ekoran tahap kesihatan yang semakin berkurangan.

Ketujuh: Jangan sesekali membenci dan memutuskan hubungan dengan ibubapa

Perkara ini ditentang terus dalam islam. Hubungan antara anak dan ibubapa sama sekali tidak akan putus.

Kelapan: Doa ibubapa pasti dimakbulkan.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:
Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.

Beruntunglah kita yang masih mempunyai ibubapa.Setiap kata-kata mereka adalah doa. Ibubapa juga perlu memanggil anak dengan gelaran yang baik.

Kesembilan: Doa anak kepada ibubapa

Begitu juga dengan doa anak-anak terhadap ibubapa.Anak yang berbuat baik terhadap ibubapa dipandang tinggi.

Kesepuluh: Ibubapa berhak dalam memilih pasangan hidup buat anak tercinta.

Memang ibubapa tidak boleh memaksa kita berkahwin dengan seseorang yang tidak disukai. Kita juga sama sekali tidak boleh memaksa ibubapa menerima menantu yang tidak disukainya.Kesimpulannya,perlu ada persetujuan antara anak dan ibubapa.Janganlah membelakangkan mereka dalam soal ini.

sekian,wallahu'alam.

3 ulasan:

hashim berkata...

syg my parents....

hashim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

alhamdullilah....