Saturday, January 16, 2010

Seronok hari semalam dan hari ni

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 1:21 AM
Bismillahirrahmanirrahim.
Tengah buat assignment MLS tapi sempat lagi jenguk blog.
Seronok lebih rasanya hari semalam dan hari ni.
Hari-hari pun seronok walaupun banyak tugasan yang perlu diselesaikan.
Malam semalam,pengalaman pertama pergi Arabic Debating Club,ikut angah.
Mesti kelakar rupa saya,Bella,Aida dan Pari masa semalam.
Malam pukul 8 tapi pukul 8.45 malam baru sampai,gara-gara tersesat tak jumpa kelas.
Kat dalam dah penuh dengan senior, memang mereka hebat.
Boleh keluarkan hujah dengan spontan,bangga rasanya majoriti adalah warga Malaysia.
Terpegun kami menyaksikan perdebatan antara 2 pasukan.
Tajuknya bolehkah PM dilantik daripada kalangan bukan Melayu.
Hampir 2 jam kami di sana,menimba pengalaman baru.
Takut tuh memanglah,lepas ni kami akan diuji untuk mengetahui level kami.Mungkin minggu depan. Angah terus memberi kami semangat untuk meneruskan.
Terima kasih, angah=D

Pukul 11 lebih tadi baru balik dari rumah seorang sahabat di kawasan Gombak ni.
Kawan sewaktu di CFS,Juma=D
Seronok dapat jumpa Juma.
Maaf Juma, kami dah habiskan beras kat rumah Juma.
Masak sama-sama, menguasai dapur plak kan.
Family Juma tak de,jadi kami jela yang makan.
Selepas tu,kami rehat seketika.
Pukul 11 baru perasan masa nak balik kampus.
Mujur dekat je,tak sampai 10 minit dah sampai.
Alhamdullilah selamat.
Terima kasih semua.
Minta maaf kat Aisyah tak dapat tolong.
Terima kasih kat someone yang dengar cerita yang tension daripada saya.
Terima kasih kawan2 bilik.
Semua lah terutama lecturers yang banyak bantu kami.
Terima kasih buat ibu tercinta yang sentiasa bersama saya.

Jom teruskan buat tugasan,minggu depan dah start mid term:
ISLAMIC LEGAL SYSTEM (ARABIC)
TORT LAW
semoga kita semua berjaya!

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea