Friday, December 31, 2010

::selamat melangkah ke alam 2011::

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 8:59 PM 4 comments


bismillahirrahmanirrahim
alhamdullilah,masih dipinjamkan nikmat-nikmat yang tak ternilai harganya.
Hadiah daripada Yang Maha Pencipta.
Beberapa jam lagi,kita bakal melangkah ke tahun baru,menandakan berakhirnya episod sebuah kisah 2010.
Kenangan lama meninggalkan 1001 kesan dalam diri,baik suka mahupun duka.
Kenangan lama bukannya untuk kita terus hidup dalam kenangan itu tetapi jadikannya sebagai titik pengajaran dalam mencipta dan melalui episod baru 2011.
Kehidupan itu penuh warna-warni. Laluilah dengan sebaik mungkin.
Setiap kisah yang terlakar dalam diari kehidupan,pasti ada sebabnya.
Cuma manusia itu sering lalai dari merenungnya dan memikirkannya.
Kita seringkali menyangka apa yang kita inginkan itu adalah yang terbaik,sedangkan apa yang Allah tetapkan itu adalah yang terbaik untuk kita.
Sempena tahun baru,pasti kita sudah merancang azam-azam baru.
Jadi jangan biarkan azam-azam itu ibarat habuk-habuk yang berterbangan tanpa arah tujuan.
Selamat melaksanakan azam-azam baru,kita merancang,Allah pasti menentukan yang terbaik.
Bertambahnya usia kita menandakan semakin dekat kita dengan Yang Maha Agung.
Semoga tahun baru menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya.
Semoga lebih mendalam cinta kita kepada Yang Maha Pencipta.
Akhir kata, saya N.H.A.R mengucapkan selamat memulakan langkah baru ke alam 2011 kepada semua yang mengikuti blog saya.Terima kasih.
Mohon maaf atas segala salah dan silap diri ini.Bersihkan hati,sucikan diri. Semoga menjadi insan yang sentiasa dalam rahmat-Nya.
sama-sama kita perbetulkan niat kita
انما الاعمال بالنية
Wassalam

Tuesday, December 28, 2010

Bunga itu tampak cantik pada zahirnya tapi tidak semestinya ia mekar mewangi.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 4:04 PM 0 comments


bismillahirrahmanirrahim.

Benar kan? Kita seringkali melihat bunga yang cantik tetapi apabila kita cuba mendekatinya jarang sekali bunga yang cantik itu berbau harum mewangi.
Sebaliknya cuba kita perhatikan ada sesetengah bunga itu nampak cantik tetapi apabila kita mendekatinya,rupanya tajam berduri.
Bunga dan wanita,dua perkara yang barangkali punya banyak persamaan.
Begitu juga,apabila kita membicarakan tentang kecantikan,perkataan cantik itu cukup sinonim dengan diri setiap wanita. Cantik itu subjektif,berbeza dari
perspektif setiap wanita. Yang pasti,jika ditanya semua wanita,pasti mereka suka cantik.
Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh seorang perempuan jika mahu memastikan dirinya kelihatan cantik zahir,sudah pasti cermin menjadi pilihannya. Perkataan mar'ah dan mir'ah sangat dekat. Begitulah hampirnya diri seorang wanita dengan kecantikan.
Ada yang merasa kurang yakin kerana tidak ca
ntik? Anda rasa anda hodoh? Ternyata anda salah sama sekali. Allah itu suka akan keindahan,jadi sudah pasti setiap manusia itu cantik kejadiannya. Cuma kecantikan itu berbeza antara satu sama lain. Setiap wanita berhak untuk cantik.
Apakah definisi cantik itu? Jika kita lontarkan persoalan ini kepada kaum lelaki,sudah pasti takrifan mereka berbeza. Ada yang mengatakan cantik wanita itu pada wajahnya,tubuhnya dan tak kurang juga ada yang mengatakan cantik akhlaknya.
Namun dalam Islam,definisi kecantikan itu perlu berpandukan pada kayu ukur dalam islam itu sendiri. Itulah kecantikan yang sebenarnya.
Cantik pada zahir itu pasti akan lenyap jua akhirnya. Sebagai contoh,cantik wajah pasti akan hilang ditelan usia yang meningkat,wajah akan berkedut. Memang terdapat banyak cara untuk menahan semua itu tetapi itu semua bukanlah kecantikan yang sebenar. Bukan cantik yang abadi.
Malangya definisi cantik seringkali terarah kepada si bertubuh langsing,berwajah cerah.Di situlah lahirnya pandangan yang keliru tentang makna cantik.

Cantik yang dimaksudkan ialah cantik budi dan akhlaknya. Itulah juga misi junjungan besar Nabi s.a.w-untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Dalam Islam, pengertian cantik adalah kecantikan hakiki dan ideal adalah kecantikan yang bersumber pada dimensi ilahiah (hati) .Bagi muslimah dan mukminah sejati keinginan untuk menjadi cantik bak bidadari syurga merupakan dambaan dan keinginan yang terperi.
Rasulullah Shalallahu alaihi Wa Salam bersabda: “Ketahuilah, di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Bila ia baik maka baik pulalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rusak maka rusak pulalah seluruh tubuh. Ketahuilah itu adalah hati. (HR Bukhari dan Muslim)

Kecantikan itu bermula dari hati.Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi.Misalnya,seorang utu mungkin sangat cantik luarannya tetapi sayangnya hatinya jauh sekali dari definisi cantik itu. Sebaliknya seorang wanita mungkin pada pandangan mata manusia tidak secantik bidadari,namun akhlaknya yang indah mampu lebih menarik orang untuk bersamanya. Jagalah hati,dari hati lahirlah kecantikan abadi.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain.Jika seorang sahabat itu solehah dan cantik budi pekertinya,pasti kecantikan itu disenangi ramai dan kecantikan itu dapat ditebarkan ke arah sahabat-sahabat yang lain.
Secantik mana pun wanita itu,imanlah yang paling utama. Sebagai perisai supaya si wanita tidak terjerumus ke arah yang salah.Jangan sesekali menggunakan kecantikan yang ada pada diri kita ke arah kemaksiatan dan kejahatan.
Berkata mungkin senang tetapi sama-samalah kita renungkan dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Firman Allah SWT : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ( surah al-Tin )

wallahu'alam
by n.h.a.r

Saturday, December 25, 2010

Jodoh dan Takdir.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 9:01 PM 2 comments


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan


p/s: terima kasih kepada teman yang menghantar.

Friday, December 24, 2010

almost 2 weeks

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:26 AM 0 comments

bismillahirrahmanirrahim.
it's almost 2 weeks being a second year student here.
deep in my heart, I'm wondering how I'm going to face this semester.
I'm sure all of my friends have this kind of feeling too.
Although,it can't be denied that all of the subjects for this semester are quite tough,let's do our best!
InshaAllah,everything will be ok!

subjects for this sem:
CRIMINAL LAW 1
COMPULSORY MOOTS

USUL FIQH 1

FAMILY LAW 1
ISLAMIC CRIMINAL LAW 1

CONTITUTIONAL LAW 1

ETHICS AND FIQH FOR EVERYDAY LIFE




If you think you are beaten, you are. If you think you dare not, you don't. If you'd like to win but think you can't, It's almost certain you won't. Life's battles don't always go To the stronger or faster man, But sooner or later, the man who wins Is the man who thinks he can.

P/S: GAMBATE!
TO ALL MY CLASSMATES,HAVE A GREAT WEEKEND WITH A LOT OF CASES ^_^

BY :N.H.A.R

Tuesday, December 14, 2010

happy birthday to you,nobitasizuka@faraheen hamdan.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:24 PM 2 comments

bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah.
this post is special for my dear cousin, Noorfaraheen bt Hamdan.
Also known as Nobita Sizuka & Paeen.
Just click her name if you want to know her!
Welcome to my age=p We're same now, 19 years old!
Sorry,it might be quite late for me to post this, I think not too late because your birthday is today.
Late in terms that I did not post it on 12 o'clock,maybe!
Wish you happy birthday.
May Allah bless you!
Take care and love you,my dear.
Ko jangan asyik makan cuti ni=p

lots of love,
your cousin=_=

Sunday, December 12, 2010

back to my garden.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 7:48 PM 0 comments

bismillahirrahmanirrahim.
currently,i'm at my garden.
this is my garden.
this place is the best place for me and my friends to play roles as students.
the word "action" will take place starting from tomorrow.
get ready to all of "actors"
let's do our best and get benefit as much as possible from this garden.
never ever give up.
let Him always stays by oursides.
He will never leave all of us.
Be positive and always try our best.
Good luck for new semester!
Gambate!
Let's achieve our goal!


GARDEN OF KNOWLEDGE AND VIRTUE

BY N.H.A.R

Saturday, December 11, 2010

zaman ceria si kanak-kanak

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 5:57 PM 0 comments


bismillahirrahmanirrahim
tajuk entri menunjukkan post kali ni agak kebudak-budakan.
tiba-tiba mood nak dengar kembali lagu kanak-kanak selepas menonton upin dan ipin.
ingat lagi tak lagu

koleksi melayu:
pukul berapa datuk harimau,pak mamat parang tumpul,nenek nenek si bongkok tiga,police entry,ais-krim soda,lattalilatlailitaplom,mala yang sepi,pak mat jual topi,ola oli nama diberi,anak itik tok wi,jan jala itik jala yam berapa lubang kancil 15o,ais kacang,gelang si paku gelang,air pasang pagi surut pukul 5,bangau oh bangau,hujan rintik-rintik,tanya sama pokok,ikan kekek,kereta kecil,rasa sayang,pak mamat ada ladang,sungai,buai laju-laju,saya ada kuda,lagu tiga kupang,burung kakak tua...

tu antara lagu-lagu kanak-kanak yang popular,teringat zaman dulu,suka nyanyi lagu tu.secara tak langsung dapat belajar.

koleksi english:
i love you,you love me,baa-baa blacksheep,old mc donald,are you sleeping,head,shoulders,knees and toes,mary had a little lamb,pussycat pussycat,row row your boat,telletubies theme,twinkle-twinkle little star,winnie the pooh theme song,alphabet song

rasa nak dengar?klik je kat atas tuh.seronok juga dengar kembali lagu kanak-kanak.main sambil nyanyi,alahai,comelnya!
tiba-tiba,rasa nak pergi tadika pulak.
jangan-jangan,sekarang masa nak balik u la.

tapi kartun yang paling saya suka,yang ni:
ingat lagi,semua pon doraemon,kasut sekolah,beg,kasut,patung,memang gila doraemon!



DORAEMON.
AN AN AN TOTEMO DAEI SUKI DORAEMON

sampai sekarang pun,doraemon tetap comel!

telletubies
ni macam empat sekawan,Aisyah,Soleha,Nova dan saya.


Detective Conan
suara saya mcm conan? boleh jadi suara dia lain kali=p

atasinchi,yg mulut mak dia besar tu.

hello kitty
banyak barang helloi kitty ni kat pasaran,kawaii pulak tuh.


ni pulak atasinchi&family.macam saya ker? haha




hamtaro!suka sangat.


ni antara kartun yang saya suka,sebab comel kot.sesetengah ada pengajaran tersendiri.
yang baik,jadikan pengajaran,yang buruk jadikan sempadan.

ada lagi,tapi tak letak dah,nanti penuh pulak.

sekian saja utk post kenak-anakan saya kali ni.

wassalam




kembali ke sana,Insha Allah

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 3:10 PM 0 comments

jom pulang!
bismillahirrahmanirrahim.
inshaAllah,esok akan kembali ke sana.
walaupun keadaan kesihatan tidak begitu baik,sakit itu penawar bagi dosa-dosa lalu.
semoga diri ini sembuh seperti sediakala.
semoga segalanya berjalan lancar.
selamat memulakan semester baru buat sahabat-sahabat di UIA.
Semoga selamat sampai dengan azam baru.
kepada yang baru memulakan cuti,selamat bercuti!

jom mula kemas barang2!
akan merindui setiap saat ketika cuti,kenangan yang membahagiakan



kembali ke sarang,cuti sudah berakhir,wahai Nor Halimah!
to all my classmates,welcome to 2nd year as LLB@LLBS students!
to my dear roommate, c u tomorrow,have a safe journey!

Monday, December 06, 2010

Happy Birthday,Bella!!

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:28 PM 2 comments
this post is special for Salsabiila


bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah.
tahniah buat sahabat tersayang,Bella^_^
Selamat Hari Lahir ke 20
7 Disember 2010

Semoga bertambahnya umurmu,bertambahnya amalanmu.
Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya.
Imah doakan segala yang terbaik buat Bella

생일 축하 해요, Salsabilla
!
Imah Sayang Bella



Hadiah di sebalik ujian.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 5:47 PM 4 comments


bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah.
Segala-Nya diatur dengan begitu baik oleh-Mu.
Terbaik buat hamba-Mu yang kerdil ini.
Hadiah daripadaMu di sebalik semua ujian yang melanda diri ini.
Diri ini seringkali alpa dibuai mimpi-mimpi yang mampu melemaskan diri sendiri.
Namun,Allah itu Maha Penyayang. Tak pernah membiarkan diri ini sendiri.
Ujian diberikan bagi mengingati diri ini,dunia ini hanyalah pentas lakonanku.
Kembalikanlah niatku pada-Mu yang Maha Satu,ingatkanlahku selalu.
Peliharalah tiap rentakku sentiasa dalam jagaan-Mu.
Semoga aku juga menjadi seorang hamba yang menjaga setiap yang ditetapkan oleh-Mu.
Kembali mengingatkan semua yang berlaku sebelum ini,cukup perit dirasakan.
Namun,Dia tidak pernah meninggalkanku,itulah hadiah yang cukup bererti.
Manusia mungkin boleh hilang kasihnya tetapi Dia sentiasa menyayangiku.
Semua itu ranjau yang penuh dengan duri-duri yang membuatkan diri ini lebih mengerti.

Setiap manusia itu diberikan dengan pelbagai ujian,cuma berbeza.
Tipulah jika seseorang manusia itu menuturkan yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
Indahnya hidup itu hanya kerana-Mu.
InshaAllah segala apa yang melanda mampu diredah.
Yakinlah,Allah menguji seseorang kerana mempunyai rahsia-Nya yang tersendiri, sama ada mahu menambahkan tahap iman seseorang atau menguji sejauh mana tahap keimanan seseorang itu. Ujian itulah yang bakal membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan berputus asa dalam kehidupan ini,laluilah setiap dugaan itu dengan sebaiknya. InshaAllah ujian itu mematangkan kita.Jangan persoalkan kenapa hanya kita diuji. Yakinlah bahawa Allah telah mengaturkan yang terbaik,kita sebagai hamba-Nya perlulah bersabar sentiasa.

Alihkanlah pandangan kamu kepada lautan yang membiru tetapi hanya Allah yang tahu apa di dalam-Nya. Alihkan juga matamu itu kepada seseorang yang sentiasa ketawa riang,namun hanya Allah yang tahu tentang rahsia kehidupannya.Alihkan pandangan itu kepada sungai yang kekal mengalir walaupun beribu batuan menghalangnya. Jika masih berputus asa atau sedih,alihkan juga pandanganmu pada langit yang membiru,memayungi bumi,yakinlah bahawa Allah sentiasa ada menemani kita semua.

Dekatkan diri kepada-Nya. Jangan pernah tinggalkan-Nya tidak kira susah atau senang. Dialah yang memegang hati-hati kita,yang menguasai seluruh alam semesta. Jika berasa kurang kuat,carilah sahabat-sahabat yang mendekatkan kita kepada-Nya.Berzikirlah sentiasa ,moga diri ini sentiasa dekat dengan -Mu.
“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )

Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong saya secara langsung ataupun tidak terutama ibubapa,guru2,pensyarah2,sahabat2,keluarga dan semua. Setiap insan yang hadir dalam hidup saya mengajar saya erti warna-warni kehidupan.That's the flavor of life.
Tahniah buat yang berjaya mengharungi pahit getir ujian.

salam maal hijrah

Tak lupa,salam maal hijrah buat semua. Semoga tahun baru disertai dengan penghijrahan,azam baru,inshaAllah.
Akhir kata,wassalam.Jaga diri.Hiduplah kerana Allah kerana di situ barulah kita menghayati indahnya hidup kurniaan-Nya.

Friday, December 03, 2010

:Perubahan:

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 3:27 PM 0 comments

bismilahhirrahmanirrahim..
ingin saya rungkaikan sebuah kisah,demi perubahan.
adakah sudah ada perubahan pada diri kita?
saya pasti dari segi fizikalnya diri kita ini,pasti ada yang berubah.
bermula dari bayi sehinggalah kita sekarang.

bagaimana dengan aspek kehidupan kita?sudah terdapat sebarang kejayaan yang membanggakan telah kita kecapi?bukan sahaja buat manfaat diri sendiri tetapi juga buat setiap insan di sekeliling kita yang sentiasa mengharapkannya.
Atau kita hanya asyik memerhatikan kejayaan orang lain? Melihat rumah yang gah. Kereta yang mewah. Insan-insan ternama yang berjaya dalam bidang-bidang yang diceburi mereka. Apakah semudah kiraan 1,2 dan 3 untuk mengecapi kejayaan seperti si pemilik rumah banglo di atas bukit?? Pasti jawapannya tidak.Kejayaan juga bukan diukur dengan banyaknya harta.

Renungi dan selusurilah kehidupan mereka sebelum mengecapi kejayaan seperti sekarang. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian. Belajarlah dari pengalaman mereka bahawa kejayaan perlukan langkah. Tanpanya,bagaimanakah kejayaan dapat dicipta?Tekad diperlukan bagi mengubah diri secara efektif.

Jangan hanya leka dan berangan mahukan kejayaan seperti Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
,Donald Trump dan Bill Gates jika kita sendiri tidak memulakan langkah bagi meneruskan perjuangan.Jangan sesekali hentikannnya kerana hidup ini adalah perjuangan. Pengorbanan memang diperlukan.

Seperti dalam sebuah empayar perniagaan yang berdiri gah. Semua bermula dari perusahaan yang kecil. Jalur perjuangan diselusuri dengan penuh semangat.
Betapa perubahan memerlukan pengorbanan. Betapa perlunya dalam diri setiap insan titik permulaan bagi mencipta kejayaan yang berlipat ganda.

wassalam.

pesanan buat diri yang memiliki seribu satu impian serta masih melakarkan harapan dalam kehidupan.

kepada ex-students 5 bukhori

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 3:11 PM 0 comments
bismilahhirahmanirrahim.
nak promote blog kelas saya..
umum kepada semua,khusus kpd kelas saya.^_^

klik saja ni: ALUMNI 5 BUKHORI 07

Wednesday, December 01, 2010

saya minta semua baca^_^

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 9:45 PM 0 comments
bismillahirrahmanirrahim..
akhirnya,ada kesempatan nak tukar wajah si blog ni.
sekian lama tertangguh.

http://www.emocutez.com
jom blogwalking blog saya ni dengan si panda!
http://www.emocutez.com
hati-hati,jangan sampai jatuh tau!
http://www.emocutez.com
macam mana?ok x?


http://www.emocutez.com
kalau suka tu,


http://www.emocutez.com
jenguk selalu ke sini ye!


http://www.emocutez.com
inshaAllah saya akan update apa-apa yang bermanfaat utk semua.

http://www.emocutez.com

terima kasih saya ucapkan kepada semua yang baca blog ni

http://www.emocutez.com

sebelum terlupa,jangan lupa tinggalkan komen buat saya yer!


http://www.emocutez.com
akhir kata,jaga diri semua.
semoga mendapat apa yang terbaik,
assalamualaikum

by NHAR.

p/s:blog yang macam kanak-kanak sbb saya suka,ceria dan warna-warni!


Tuesday, November 30, 2010

Selamat Pengantin Baru

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 10:31 PM 2 comments
PASANGAN MEMPELAI SERBA BIRU DI JOHOR BHARU

bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah,seorang lagi sepupuku sudah pun sah bergelar seorang isteri.
tahun ni 3 orang gadis dalam dalam keluarga kami sudah bertukar status.
alhamdullilah.

tahniah buat Kak Murni dan Abg Jamal.

Selamat melangkah ke alam perkahwinan.
Perkongsian hidup yang penuh warna-warni.
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

BAHAGIA DATANG DAN MASUK KE DALAM KELUARGA MELALUI GERBANG TOLERANSI.TOLERANSI HADIR DI TENGAH-TENGAH TIANG.ANTARA DUA INSAN YANG BERGELAR SUAMI DAN ISTERI

Perkongsian bersama:
Allah swt berfirman, " Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka atau daripada yang mereka tidak mengetahuinya " ( Surah Yasin:36 ) Pasangan lelaki dan wanita itu di jadikan untuk saling lengkap melengkapi dan tolong menolong dalam menjalankan fungsi masing-masing sebagai khalifah di muka bumi ini. Nabi adam as berasa sunyi sehinggalah Hawa diciptakan oleh Allah swt sebagai isteri atau pasangan hidupnya. Pasangan itu melalui sebuah kehidupan dengan berkasih sayang melalui ikatan perkahwinan.
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah S.W.T. telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka, maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah orang yang taat (kepada Allah S.W.T. dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suaminya tiada bersamanya, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya..." - Surah An-Nisa' ayat 34


BARAKALLAHULAKUMA ,selamat diijabkabulkan pada 27/11/2010

Akhir kata,Limah dan mak long sentiasa doakan yang terbaik buat Kak Murni dan suami^_^ Maaf gambar ni pun ambil kat facebook korang,usb tinggal di uia..huhu..
Terima kasih buat semua,kenangan kali ni amat indah.Bukan senang dapat kumpul ramai-ramai kan
. Lepas ni Kak Munirah pulak ye,ke JB lagi tahun depan,inshaAllah. Dah bau nasi minyak seterusnya ni.=p

Wassalam.


Wednesday, November 24, 2010

cerita semalam

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 2:44 PM 0 comments
bismillahirrahmanirrahim.
semalam?memang menyeronokkan bagi saya.
entah kenapa saya merasa sedikit lega dari masalah yang ada di kotak fikiran ini.
tepat pukul 10,seperti yang dijanjikan,saya pergi menemani Mak Cik Sari membawa anaknya,Nor ke klinik,maklumlah dah cukup setahun rupanya adik comel ni.
Saya,mak,Mak Cik Sari,Nor serta Angah yang turut serta dalam "rombongan" ke klinik pagi semalam.hehe.
Angah perlu ke sana untuk diambil darahnya,sebab demam.
Telatah Nor sangat mencuit hati saya,mulut riuh tapi belum jalan lagi.
Mak kata sama je macam saya.Mulut dulu baru kaki.hehe.
"Akak","Ayah","Ajah","A dog","Jatuh","Mak"....Antara patah perkataan yang terpacul dari mulut si kecil ni. Sungguh comel,duduk pun tak diam.
Sampai di klinik,Angah ke bahagian lain,Angah dah cukup besar,tak perlu teman kot.hehe.
Saya,mak,Mak Cik Sari dan Nor menuju ke "gerbang dunia si ibu dan si anak".
Apa tu? Klinik Ibu dan Anak.
Belum pun saya menjejakkan kaki ke dalam,mata saya terpaku melihat gelagat anak-anak kecil yang masih bayi.
Ada yang menangis,ada yang ketawa,ada yang bertatih berjalan,ada yang berlari,ada yang merengek,macam-macam ada lah pendek katanya!
Tak kurang juga gelagat si ibu dan ayah. Lucu jugak.
Masuk ke sana,serba salah nak tengok bayi yang mana.Sebelah ada,belakang ada,tepi ada..
Tapi bila masuk je seorang bayi lelaki ni,saya asyik pandang dia je,sebab tersangat comel dan tembamnya dia,anak cina,sepet matanya.Geram saya melihatnya.
Dapat juga saya cubit pipi dia yang tembam.
Nampak seorang budak perempuan cina yang saya kira berusia setahun lebih.
Mak kata dia macam saya masa kecil. Rambut,muka,mata...
Betul,bila saya teringat gambar saya sewaktu kecil,macam dia.
Saya melangkah lebih dekat dengan bilik pemeriksaan.
Saya lihat telatah mereka yang comel-comel.
Nor pun menangis bila disuntik,kesian dia,tapi yang lucunya boleh pulak dia panggil mak cik kat jururawat yang cucuk dia.
Sabar jelah jururawat kat situ.Pokoknya,saya belajar banyak hari semalam.
Hari ni Nor macam biasa,mulut riuh. Dengar suara saya pun,dia dah boleh cam.
Bijak-bijak..Siap panggil akak lagi. Gembira^_^
Dari perkara semalam...Ingatlah.
Bukan senang nak membesarkan kita ni,jadi jangan jadi anak derhaka ye,kawan-kawan!

Tuesday, November 23, 2010

How sweet they are!^_^

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 9:23 AM 2 comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Father and son?Father and daughter?
So cute and sweet they are.
Being together,playing together,eating together and enjoying their life together^_^
Check it out here.
Some of cute scenes,well I think yes!
Kids love guy more than woman? Is it right?










Bersahabatlah dengan orang yang berilmu

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 8:16 AM 0 comments
sahabat


bismillahirrahmanirrahim.
Ayat di atas mungkin merupakan salah satu rangkap pesanan ayahnda dan bonda kepada si anak.
Carilah sahabat yang baik,yang menjadi teladan buatmu.
Dalam kehidupan ini,perkenalan itu suatu kemestian. Kita mula mempelajari sesuatu daripada orang lain. Moga dia yang kita kenal membawa kita ke medan ilmu yang bermanfaat dalam merentasi kehidupan agar sentiasa diberkati Allah.

"Berkawan dengan orang bijaksana banyak manfaatnya,seperti berkawan dengan penjual wangian yang sering mencalitkan haruman kepada kita. Sebaliknya berkawan dengan tukang besi,percikan apinya mungkin melubangkan baju kita..."


carilah sahabat sebaik mugkin


Begitulah indahnya erti kehidupan dalam memilih sahabat.Mungkin kita pernah terdengar,siapa kawan itulah kita.Ada kebenarannya juga.

Kata si ayah mungkin :"Jangan kau berkawan dengan penghkhianat,anakku"
Meskipun begitu, jangan sombong dan bongkak kerana penilaian awal tentang kawan selalu merugikan kita.Ambil masa untuk kenal si sahabat. Pandangan pertama selalu merugikan kita.

Berkawan dengan orang yang berilmu. Pastinya setiap bait kata-katanya membawa seribu satu pengertian yang bermakna,yang penuh dengan ilmu-ilmu yang berguna.Begitu juga,jika diibaratkan dengan tanah yang subur.Tanah sebegini pasti saja memberikan manfaat dan hasil tanaman yang baik dan banyak kepada manusia. Benar juga,mungkin mendengar lebih berkesan dari membaca bagi sesetengah orang. Jadi,carilah sahabat yang kata-katanya penuh dengan ilmu yang berguna.

Dalam sebuah buku yang pernah saya baca ada mengatakan,sekurang-kurangnya, kalau tidak menemui ilmuwan seperti tanah yang subur pun, memadai juga kita bergaul dengan orang seperti tanah gersang yang menakung air.Dengan izin Allah, maka sumur itu dapat memberi manfaat kepada manusia. Itu orang berilmu dan kurang beramal.

Namun tanah yang perlu kita jauhi adalah tanah yang langsung tidak memberi manfaat. Dia adalah orang yang kurang berilmu,tidak mengamalkannya,bahkan menidakkan hidayah kurniaan Pencipta.

Full of Sunshine.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 7:21 AM 0 comments
Bismillahirrahmahim.
Thanks to my dear friend for tagging me^_^
Missing you,Sarah.

1) If someone says, "Is this ok?? You say :
Because of you- After School
Why?Because of me? What I've done?=p


2) How would you describe yourself?
Chocolate Love- SNSD
Hah?? One of my fav: Chocolates^_^

3) What do you like in a girl?
First Love-Utada Hikaru

4) How do you feel today?
Everyday I love you- Boyzone
Everyday I love you,family,friends and everyone!

5) What is your life's purpose?
Awaken-Maher Zain
Remember that Allah always with us

6) What's your motto?
Insha Allah- Maher Zain
Insha Allah I will do my best^_^

7) What do your friends think of you?
Nothing On You( Korean version) -Jay Park

Nothing on me,friends??=_=

8) What do you think of your parents?
Yang Sempurnakanku-Sixth Sense
Really? I'm proud to hear that,thanks^_^

9) What do you think about every often?
Langkah Tercipta-UNIC
Thousand steps in our life begin from a step,right?

10) What is 2+2 ?
This I promise you-N'sync
I'll try my best to keep my promise=)

11) What do you think of your best friend(s)?
I think I-bOA
Full house OST,I think I love you,my dear best friend
*right song in describing my feeling to her*XD

12) What do you think of the person you like?
Swear it again-Westlife
Because I don't easily trust people,maybe???

13) What is your life story?
Hold My Hand-Maher Zain
Thanks to all of you=)

14) What do you want to be when you grow up?
Impian Kasih-Inteam
ha?? no comment=p

15) What do you think of when you see the person you like?
Beautiful Soul- Jesse mcartney
Husnu Zon..right?

16) What will you dance to at your wedding?
Tearin' Up My Heart-Nsync
its bad,right? So I'm not going to dance..haha

17) What will they play at your feneral?
Hanya Tuhan Yang Tahu-unic
as a Muslim, do pray for me. :)

18) What is your biggest fear?
Muhasabah Cinta-Edcoustic
Muhasabah...Allah is my biggest fear.

19) What is your biggest secret?
Autumn in my heart OST
Let me just keep it as my secret..huhu,autumn in my heart only=p

20) What will you post this as?

Full of sunshine-Jang Geun Seuk
wow? that's cool^_^

Done ^_^
Good Luck to all people who will be tagged by me!
Just answer it,no one will say that your answers're wrong.=p

1. Akrimi
2.Aisyah
3.Farah
4.Sofian
5.Liyana Azmin
6.Bella
7.Aty
8.Kashrah
9.Norahil Husna
10.Ayie
11.Fazreen Hazrina
12.Yana
13.Kak Ain Shamila
14.Salim
15.Hashim
16.Kak Amy
17.Kak GG
18.Luqman
19.Laisha
20.Midah

Haaa...already enough 20,rite?

Monday, November 22, 2010

kucing...oh kucing...comel^_^

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 7:15 AM 0 comments
subhanallah,geramnya dengan si Maru ni!

bismillahirrahmanirrahim.
meow meow,si kucing mengiau.
teringat pada kucing kesayangan saya,Pabu yang sudah lama pergi. rindu jugak pada kucing-kucing saya yang dulu. semenjak Pabu pergi,saya dah tak bela kucing. sebab Pabu lah kucing yang paling saya sayang. Walaupun macam tu,kucing tetap haiwan yang paling saya suka. Pantang saya? Salah satu,pantang nampak kucing! Pernah dulu,saya terjumpa kembali kucing saya di restoran. Saya tinggalkan nasi goreng pattaya dan terus masuk kereta bawa balik kucing tu. Tak silap masa tu saya darjah 3. Mewarisi sifat ayah yang sangat sayang akan kucing. Bukan kucing saja,kambing pun ayah sayang. Bila tengok gambar-gambar ayah,asyik ada kucing je. Kucing oh kucing,banyak sebab saya suka si kucing. Melayari internet menemukan saya dengan Maru,si kucing Jepun,sangat comel! Percayalah,jika anda perhatikan,gelagat si kucing ni mencuit hati. Dulu,selalu juga cakap dengan kucing,satu perasaan yang melegakan. Saya rindu Pabu saya yang rupanya hampir sama dengan si Maru ni tapi Maru lagi gemok..
Jadi,sayangilah kucing-kucing sebab kucing-kucing ni istimewa.


kucing yang comel^_^


Menarik tentang kucing ni:
pertama:
Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.♥

Permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada seitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar dapat membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

kedua:
Dan hasil penelitian perubatan yang telah di lakukan di makmal haiwan, menemukan bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan.♥ Ia lebih bersih dari manusia.Bahkan di zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesihatan.

ketiga:

kucing akan menjadi sahabat yang akrab dan teman yang sejati ♥
Kajian menunjukkan bahawa kucing yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan kesayangan, boleh meringankan diri seseorang yang sedang menghadapi masalah fisiologi dan emosional(sakit jiwa). Ini adalah benar. Dengan kajian yang terbukti ini, ia akan benar-benar menyembuhkan "hati yang luka", terutama bagi orang yang sudah lanjut usia dan sentiasa berada dalam tekanan dan kesedihan. Selain itu, kucing juga mampu memberi kasih sayang yang tinggi kepada tuannya, tetapi kurang menuntut perkara yang bukan-bukan. Kos memelihara kucing juga rendah dan ianya sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai gaya hidup moden

keempat: Kucing mempunyai sifat keyakinan yang sangat tinggi ♥
Orang yang memelihara haiwan peliharaan akan mengambil perhatian yang lebih jika dibandingkan dengan orang yang tidak memelihara apa-apa haiwan peliharaan. Ketika seseorang itu telah berusia ataupun sedang sakit dan mempunyai haiwan peliharaan kucing, ia pasti akan memberi perhatian sebaik mungkin kepada kucingnya. Seseorang yang merasakan dirinya sangat diperlukan (oleh kucing), mereka akan memancarkan suatu aura yang sangat optimis dan berkeyakinan.

kelima:
Kucing boleh membebaskan anda daripada stress atau tekanan ♥
Menurut kajian perubatan, duduk di kerusi, meletakkan kucing di pangkuan anda dan membelai rambutnya akan menjadikan anda merasa nyaman dan damai. Hal ini akan membuat anda merasa santai dan akan menjadikan anda merasa lega daripada stress yang disebabkan oleh apa-apa pun masalah.

keenam:
Kucing sebagai penawar kesihatan ♥
Menurut "Society for Companion Animal Studies", pesakit akan mudah sembuh atau hidup lebih lama melalui haiwan. Telah dibuktikan bahawa mempunyai haiwan kesayangan pasti akan meringankan beban daripada kes-kes seperti kerosakan fisiologi ataupun psikologi manusia.

ketujuh:
Kucing sebagai pemangkin sosial ♥
Kucing sebagai haiwan peliharaan lazimnya akan membuatkan rasa malu dan ragu-ragu dalam diri anda terhakis. Perkara ini berlaku apabila anda pergi berjalan-jalan bersama dengan kucing anda. Orang akan tertarik dan mula menyapa anda. Sebagai pencinta kucing, anda pasti tidak akan ragu-ragu untuk menunjukkan haiwan kesayangan anda kepada orang ramai semasa berjalan bersama-samanya.



Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, "Seorang perempuan disiksa karena kucing yang dikurungnya hingga mati maka ia dimasukkan ke dalam neraka disebabkan ia tidak memberi makan dan minum ketika mengurungnya dan tidak pula melepaskannya agar memakan binatang-binatang melata di bumi." (Bukhari - Muslim) Abu Hurairah mendapat nama 'Bapa Kucing'. ‘Abdurrahman bin Shakhr Al-Azdi, yang lebih dikenal dengan panggilan Abu Hurairah, adalah seorang Sahabat Nabi yang terkenal dan merupakan periwayat hadits yang paling banyak disebutkan dalam isnad-nya oleh kaum Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Abu Hurairah berasal dari kabilah Bani Daus dari Yaman. Beliau diperkirakan lahir 21 tahun sebelum hijrah, dan sejak kecil sudah menjadi yatim. Nama aslinya pada masa jahiliyah adalah Abdusy-Syams (hamba matahari) dan ia dipanggil sebagai Abu Hurairah (ayah/pemilik kucing) karena suka merawat dan memelihara kucing. Ketika mudanya ia bekerja pada Basrah binti Ghazawan, yang kemudian setelah masuk Islam dinikahinya.


p/s:teringat misi:selamatkan kucing di dunia.jangan langgar kucing,jangan pukul kucing tau!

Sunday, November 21, 2010

kesabaran kunci kebahagiaan

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 7:38 PM 0 comments


bismillahirrahmanirrahim.

manusia itu mudah hilang sabarnya,andai diri diuji dengan mehnah yang sangat hebat.
namun,ingatlah Allah tak pernah menguji kita tanpa sebab yang pasti.
Namun,janganlah kau tanyakan mengapa Dia mengujimu, tetapi fikirkanlah mengapa dirimu yang terpilih untuk melalui ujian tersebut.

setiap bunga yang mekar bermula dengan tiada kuntuman bunga.
menuntut seribu kesabaran untuk menantinya mekar.
begitu juga dalam kehidupan kita.
akhirnya pasti ada kebahagiaan menanti,jadi terus bersabar dan berusaha sebaiknya.

umpama menanti mawar mekar


bak kata-kata: dengan kesabaran dan ketabahan,kita akan terpacu untuk menunggu kuntuman mawar mengembang dengan sempurna

Kalau boleh, kita inginkan berpuluh-puluh tunas yang akan mengembang lagi sepertinya.

Setiap satunya diibaratkan seperti tunas-tunas kebahagiaan, ketenangan, kedamaian dan kepuasan yang bakal berkembang dengan suburnya.

Al-Baqarah:045

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu`,


إِن تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِن تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُواْ بِهَا وَإِن تَصْبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لاَ يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئاً إِنَّ اللّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ
Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi Jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.(surah al-imran)




indahnya sabar

jom jawab tag

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 3:30 PM 0 comments

bismillahirrahmanirrahim..
thanks to my classmate Sofian sebab tagged saya di blog anda.

baru dapat online hari ni.
jadi jom kita jawab!


1-http://sof1an.blogspot.com/ di mata kalian..
(belum tengok? sila blogwalking)
blog yang penuh dengan cerita.paling banyak pasal si penulis suka budak-budak kot.^_^

2. nama blog anda dan kenapa letak nama tu.
flavor of my life sbb penuh cerita dalam hidup ni.

3. nama URL blog anda dan dari mana datangnya idea itu.
www.norhalimahahmadramli.blogspot.com. senang je sbb full name si penulis. jadi tak perlu tanya nama saya dah.semua dah tertera kan.hehe bangga dengan nama yang diberi.

4. apakah method dalam penulisan blog anda.
method??macam-macam sbb ni kan blog saya..=p

5. apa perasaan anda bila lihat blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang blog sendiri cantik tp.merendahkan diri).
emmm pendapat korang?cantik ke??

6. bilakah blog anda diwujudkan.
dah lama.cuma dulu tak update..dari April 2008..da 2 tahun lebih blog ni.

7. siapakah orang yang pertama tahu dan menjadi follower blog anda?
org ptama tau??kwn baikku a.k.a kakakku=p yg ptama jd follower?mungkin sepupu saya yang sorang ni,Farah.


8. sila tag 5 nama lain untuk menerima tag tersebut dan forwardkan syarat-syarat ini.

Aisyah
Sarah
Aty
Farah
Kak Ain


soalannya :
1. http://norhalimahahmadramli.blogspot.com/ di mata kalian.. ini blog saya. :)
(belum tengok? sila blogwalking)
2. nama blog anda dan kenapa letak nama tu.
3. nama URL blog anda dan dari mana datangnya idea itu.
4. apakah method dalam penulisan blog anda.
5. apa perasaan anda bila lihat blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang blog sendiri cantik tp.merendahkan diri).
6. bilakah blog anda diwujudkan.
7. siapakah orang yang pertama tahu dan menjadi follower blog anda?
8. sila tag 5 nama lain untuk menerima tag tersebut dan forwardkan syarat-syarat ini.

Monday, November 15, 2010

Selamat Bercuti,kawan2..

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 8:08 AM 0 comments
terasa seperti budak sekolah lagi..?


bismillahirrahmanirrahim,
akhirnya,dah habis da papers,khusus buat kawan2 1st year 2nd sem,law uia.
masa untuk bercuti pulak.
semua ,selamat pulang ke kampung dan jaga diri baik-baik,kawan2..
mesti ada yang da tiba di kampung halaman.
selamat mengubat rindu bersama keluarga.
selamat bercuti dan selamat menyambut hari raya Aidiladha^_^



hati-hati semua

Friday, November 12, 2010

Selamat Hari Lahir buat adikku,Aty Mariam^_^

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 2:00 PM 0 comments

bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah,sudah cukup 18 tahun.
Selamat hari lahir buat sahabatku,Siti Mariam Sarnin yang sudah kuanggap seperti adikku sendiri.
Mungkin kerana hubungan keluarga kami yang sudah terbina hampir 30tahun.
Walaupun tinggal jauh,semoga hubungan antara kita semua tetap berkekalan.
Kirim salam dekat Pak Cik Nin dan mak ya.
Kak Limah rindu nak ke sana,inshaAllah.
Aty,da balik Johor?Bila nak datang Pahang?
Semoga ulangtahun kelahiran kali ini membawa seribu satu erti buat dirimu,Aty!
Semoga sentiasa diberkati oleh-Nya,jaga diri baik2!
Sayang kamu,Aty^_^

Semoga bertambahnya umurmu,bertambahnya amalanmu,wahai sahabatku...



Thursday, November 11, 2010

~langkah tercipta~

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 7:55 PM 0 comments


hayati setiap bait lagu ini:


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu




mode:langkah tercipta,tunggu exam habis.
2 papers more..
 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea