By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahhirrahmanirrahim... Alhamdullilah kita semua masih dipinjamkan nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Kita masih ber...

Awal Muharam 1431H


Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhamdullilah kita semua masih dipinjamkan nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam.
Kita masih berpeluang melalui awal Muharam 1431H.Sebagai umat Islam,malangnya jika kita terlupa hari ini.Sedangkan kita sanggup mengingat tarikh-tarikh lain yang kurang penting bagi kita. Hijrah berasal dari satu peristiwa yang sangat penting dalam Islam. Kebiasaannya, hijrah sinonim dengan makna perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Mari kita imbas kembali peristiwa yang menjadi permulaan tahun Hijrah dalam kalendar Islam.

Peristiwa penghijrahan Nabi s.a.w bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Peristiwa ini telah dirancang Allah untuk kita semua mengambil iktibar dan mempelajari tentangnya.Hijrah bukan berlaku dengan cara yang mudah,Allah menghendaki peristiwa hijrah itu berlaku dengan kekuasaan Allah dan ikhtiar manusia itu sendiri.Peristiwa hijrah itu penuh dengan perkara yang mendebarkan. Nabi s.a.w perlu menghadapi perjalanan yang serba pahit,Allah sentiasa melindungi Baginda.Bukan mudah Baginda dapat melepaskan diri dari seksaan dan cubaan kaum Quraisy yang sudah merancang untuk menghapuskan baginda dan Islam.Namun begitu,Allah Maha Bijaksana,perancangan Allah jauh lebih rapi dan tersusun.

Pertama; perancangan yang rapi dan teliti. Baginda tidak tidur di biliknya pada malam itu. Sebaliknya diperintahkannya Ali ibn Abi Talib mengambil tempatnya tidur di kamar Baginda dengan tujuan untuk mengelirukan musuh yang menyangka Baginda masih berada di biliknya. Begitu juga Baginda tidak terus berangkat ke Madinah yang berada di sebelah Utara selepas keluar dari Mekah, tetapi sebaliknya Baginda menghala ke Selatan dan berhenti di Gua Thur selama tiga hari. Selepas tempoh tersebut barulah Baginda meneruskan perjalanannya ke Madinah, iaitu ketika gerakan pihak Quraish sudah mulai mengendur.

Kedua; sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkenaan pergerakan pihak musuh menerusi Abdullah ibn Abu Bakar yang telah ditugaskan untuk mengumpul maklumat di Mekah pada waktu siang dan pada malamnya melaporkan kepada Baginda di Gua Thur. Memang maklumat terkini adalah merupakan suatu yang amat bernilai sehingga kadang-kadang maklumat-maklumat penting sanggup dijual-beli dengan harga yang sangat mahal. Hari ini kita dapat menyaksikan semakin canggihnya perancangan perisikan yang tujuannya tidak lain hanya untuk mendapatkan maklumat.

Ketiga; kerahsiaan adalah satu perancangan Baginda yang sangat bereksan. Lihat saja bagaimana tidak seorang pun yang tahu termasuk teman karibnya seperti Abu Bakar r.a hinggalah ke saat perlaksanaannya. Menjaga kerahsiaan dalam hal-hal penting dan bahaya seperti itu memang merupakan suatu keperluan yang dirancang rapi. Kebocoran maklumat-maklumat penting hingga diketahui oleh pihak musuh akan mengakibatkan musnahnya seluruh perencanaan.

eempat; menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada walau dari orang kafir sekalipun. Dalam peristiwa hijrah, Baginda telah mendapatkan khidmat seorang pemandu bukan Islam untuk menunjukkan jalan sulit yang tidak diketahui oleh orang ramai untuk ke Madinah. Hal ini dilakukan oleh Baginda setelah berpuas hati bahawa pemandu bukan Islam itu tidak akan mengkhianatinya.

Hijrah membuatkan orang-orang Muslim menjadi penguasa kepada urusan dalaman negara, perhubungan luar dan urusan yang berkaitan dengan peperangan dan perdamaian.
Terdapat persefahaman yang jitu di kalangan orang-orang Islam, sebagai contoh, dalam kes perselisihan faham yang berlaku antara Muslim dan bukan Muslim, keputusan akhir dibuat oleh Nabi S.A.W. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Islam sudahpun bermula. Sepanjang hidup Rasulullah atau sepanjang tempoh 10 tahun dibangkit menjadi Rasul, ini adalah permulaan sebuah negara Islam yang merentasi seluruh semenanjung Arab.
Ini merupakan bukti bahawa peristiwa 'Hijrah' telah mengubah beratus-ratus orang masyarakat Arab menjadi masyarakat yang maju lagi berjaya.
Penguasaan pengaruh Islam sepanjang tempoh itu adalah satu rekod. Semua ini mungkin belaka kerana bentuk peristiwa 'Hijrah' itu sendiri yang mengubah segala aspek kehidupan manusia.

0 ulasan: