By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim.. Teringat kenangan 2 hari lepas,hari Ahad 22 November 2009. Dalam pukul 5 lebih,saya bersama mak,Mak Cik Sari dan ...

:Pertemuan dengan seorang pak cik:

Bismillahirrahmanirrahim..
Teringat kenangan 2 hari lepas,hari Ahad 22 November 2009.
Dalam pukul 5 lebih,saya bersama mak,Mak Cik Sari dan Pak Cik Faizal ke hospital.
Kami nak ambil baby baru,Nur Azizah.Tak sabarnya saya!
Mak turun dulu,saya pulak pusing-pusing cari tempat parking.
Memang begini keadaannya ketika waktu melawat,penuh.
Adapun yang jauh-jauh.Alhamdullilah akhirnya dapat juga tempat parking.
Saya terus menuju ke lobi hospital,ramai sungguh pelawat hari ni.
Mak menyuruh saya supaya tunggu saja di bawah.
Saya pun duduk di ruang lobi hospital yang cukup besar ni.
Memerhatikan gelagat orang.
Tiba-tiba saya ditegur oleh seorang pak cik.
Kelihatannya dia datang bersama keluarga yang ramai.
Soalan pertama yang ditujukan kepada saya sangat berbeza,saya belum pernah dapat soalan pertama macam ni.Sedikit perbualan kami:

Pak Cik: Nak,adik beradik berapa orang?Anak ke berapa?
Saya: Saya sorang Pak Cik tapi anak ke2.

Pak cik tu kata saya seperti air. Unsur-unsur kejadian ,tanah,air,api dan angin. Pak cik kata saya senang masuk dengan semua jenis orang. Betul ke?

Pak Cik juga bertanyakan nama saya,nama mak dan nama ayah.Cantik nama,nak.=)

Pak Cik: Nak,Tau tak kenapa manusia itu berbeza.Ada banyak kaum,warna kulit,bahasa dan budaya.Kat Malaysia saja,sudah punya banyak loghat.Cuba bayangkan semua manusia di bumi ni ada pelbagai ciri-ciri yang berbeza kan.Allah jadikan manusia untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain.Islam itu indah.

Saya: (sangat asyik mendengar celoteh berisi pak cik ni)

Sempat juga pak cik bercerita tentang anak-anaknya dan cucu-cucunya.Ramai sungguh. Sempat juga saya kenal dengan keluarga pak cik ni walaupun baru kenal.

Pak Cik meneruskan bicaranya: Kita lihat saja kitab-kitab yang diturunkan.Zabur,Taurat,Injil dan Al-Quran. Masing-masing punya keistimewaan kan?Al-Quran sudah cukup lengkap,jika semua manusia faham dan mengerti isi kandungan al-Quran,sudah pasti dunia ni aman. Al-Quran berbeza,diturunkan secara berperingkat melalui malaikat Jibril A.S kepada Nabi S.A.W dalam bahasa Arab.

Sesekali saya menerpa dengan beberapa persoalan.

Pak Cik: Rukun Islam.2 kalimah syahadah,Solat,Puasa,Zakat dan menunaikan haji.Cuba kita lihat dari aspek zakat.Zakat terbahagi kepada dua.Zakat fitrah dan zakat harta.Zakat harta pula terbahagi kepada 4,ternakan,emas perak,pertanian dan tanaman.Indahnya dan adilnya islam itu.Walau sekaya manapun seseorang itu,padanya tetap ada hak orang lain.Nak,bila dah kaya dan cukup syarat,jangan lupa zakat.

Saya cukup gembira dapat berjumpa dengan pak cik ni.Pak cik bertanya kepada saya pernahkah saya bertemu seseorang yang bercakap sepertinya dalam suasana begitu.Saya menjawab jarang sekali.

Bagi saya,pak cik ni cukup peramah dan tidak kedekut ilmunya. Pak cik ni sudah 70,alhamdullilah sihat dan cergas seperti berumur 50 an.Percayalah memang nampak muda dari usia. Apa rahsia Pak Cik ya...

Tak lama kemudian,ada seorang pesakit yang saya kira dalam lingkungan 50 an duduk berdekatan kami.Pak Cik itu terus menegurnya dan Pak Cik berkongsi rahsianya,inshaAllah untuk sentiasa sihat. Amalkanlah salawat Syifa setiap hari. Sebaik-baiknya sewaktu dalam keadaan berwuduk.



Sempat juga Pak Cik memberikan tips-tips yang cukup bereti buat saya untuk masa sekarang dan masa hadapan.Terima kasih Pak Cik.Alhamdullilah,dapat tambah ilmu dan peringatan buat saya=D

Tidak lama kemudian,Pak Cik pergi ke kafe bersama keluarganya.Mereka mempelawa saya tetapi saya menolaknya kerana sekejap lagi dah nak balik.
Baby baru pun da turun,bawa baby pulang.Saya dapat "adik baru" yang comel.*Gembira*
Hari yang cukup mengembirakan saya...

0 ulasan: