By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdullilah sambutan Aidiladha kali ini boleh dikatakan antara yang paling meriah. Ibadah korban selamat dijalankan...

Kisah Aidiladha kali ini..

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdullilah sambutan Aidiladha kali ini boleh dikatakan antara yang paling meriah.
Ibadah korban selamat dijalankan,keluarga Paman Seman dan Bibik Yah.
2 ekor lembu dan 1 kambing.
Sebelum cerita pasal hari ni,nak cerita pasal semalam.
Petang semalam,saya bawa Paman Seman,Bibik Kamsiah dan Azam ke ladang lembu.
Paman nak g bayar.Paman nak rehat jadi saya yg bawa kereta=D
Banyak betul lembu kat ladang tuh.Gemuk2 pulak tu.
Maju betul perniagaan ni.
Terfikir pulak ada rezeki nak buka ladang utk kambing.
Mana tau kan..=p
Ada kemahuan,situ ada jalan.
Sebelum balik sempat beli cakoy kat tepi jalan.
Susah nak jumpa,mak kata kahwin ngan ayah baru jumpa makanan ni.
Sampai je kat rumah tengok dah makin ramai keluarga yang balik,alhamdullilah.
Dapat jumpa hampir kesemua,1 keluarga je tak balik.
Berbalik kepada cerita hari ni.
Pagi-pagi lagi dah bangun,mandi cepat-cepat.
Lewat nanti,kena berebut walaupun dah 2 bilik air=p
Lepas tuh pergi solat Aidiladha dengan saudara.
Kat surau agak ramai walaupun tak seramai cam raya Aidilfiti baru-baru ni.
Balik surau,sama-samalah melaksanakan ibadah korban.
Ramai juga buat korban kat kampung ni.
Semua bekerjasama,saya pulak buat kerja yang ada kat rumah.
Korban kat depan rumah je kot.
Alhamdullilah ramai yang datang.
Oh ye jumpa kuih-muih yang jarang ada kat Pahang.
Cam Rangin..
Hari ni memang makan banyak lah.
Macam-macam ada.
Setiap yang datang bawa makanan.
Dah rasa cam Aidilfitri.=p
Dapat sembang-sembang dengan pak cik dan mak cik yang dah lama tak jumpa.
Dapat "tugasan" pulak...Tugasan ke??
Ada mak cik yang suruh cari awek untuk sepupu saya ni.
Ni bukan pertama kali orang suruh saya cari untuk anak mereka.
Kawan-kawan,sape yg single ye?Tolong bagitau saya.
=p
Saya pun tak terlepas dari dapat pesanan.
Terasa cam dah besar pulak.Sedarlah yang umur dah makin meningkat dewasa,wahai diriku!
Saya dipesan untuk mencari calon ketika sedang belajar ni.
Haha..Ada mak cik saya pesan cari yang ada "pakej" ye.
Saya pun tak faham pakej apa..Hehe
Rumusannya,saya kena ada calon lah ni??
Macam-macam yang keluar bila dah ramai.
Dapat kata-kata semangat untuk terus berusaha dalam pelajaran.
Tu paling penting.
Saya nak ucapkan terima kasih.
Memang keluarga sangat ambil berat pada saya.
Rasa lain dari yang lain kes saya ni.
Petang tadi ramai yang dah balik.
Malam ni ramai yang dah tidur awal.
Kepenatan tu,pukul 10 habis tengok nur kasih dah sunyi.
Tinggal budak-budak je lari-lari.
Masa untuk berehat..
Nak bagitahu..
Saya rasa cukup bersyukur dan bertuah kerana berpeluang melalui hari yang sangat indah bersama keluarga tersayang di kampung.
Terima kasih semua atas segalanya=D

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Nor. Babah raya tak meriah kali ni. Lepas korban, belanja anak-anak main bowling kat Putrajaya. Makin lama raya haji tak semeriah zaman dulu.

wslm..alhamdullilah..raya kali ni meriah..