By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahirrahmanirrahim.. akhirnya habis dah cuti,tinggal sehari je lagi. sekali lagi blog ni akan ditinggalkan buat sementara waktu. doaka...

Finally,it's over..

bismillahirrahmanirrahim..
akhirnya habis dah cuti,tinggal sehari je lagi.
sekali lagi blog ni akan ditinggalkan buat sementara waktu.
doakan urusan saya berjalan lancar di UIA Gombak.
Jumpa di sana,kawan-kawan!
Selamat datang ke UIA Gombak,destinasi impian kita semua masa kat CFS dulu kan?
Dah siap ke belum?
Esok nak tinggalkan Pahang dah.
Selamat tinggal rumahku syurgaku!
I'm gonna miss everything here..
Dah banyak perkara yang saya lalui sepanjang cuti ini.
Semoga terus semangat memulakan pelajaran=D

2 ulasan:

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdullilah sambutan Aidiladha kali ini boleh dikatakan antara yang paling meriah. Ibadah korban selamat dijalankan...

Kisah Aidiladha kali ini..

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdullilah sambutan Aidiladha kali ini boleh dikatakan antara yang paling meriah.
Ibadah korban selamat dijalankan,keluarga Paman Seman dan Bibik Yah.
2 ekor lembu dan 1 kambing.
Sebelum cerita pasal hari ni,nak cerita pasal semalam.
Petang semalam,saya bawa Paman Seman,Bibik Kamsiah dan Azam ke ladang lembu.
Paman nak g bayar.Paman nak rehat jadi saya yg bawa kereta=D
Banyak betul lembu kat ladang tuh.Gemuk2 pulak tu.
Maju betul perniagaan ni.
Terfikir pulak ada rezeki nak buka ladang utk kambing.
Mana tau kan..=p
Ada kemahuan,situ ada jalan.
Sebelum balik sempat beli cakoy kat tepi jalan.
Susah nak jumpa,mak kata kahwin ngan ayah baru jumpa makanan ni.
Sampai je kat rumah tengok dah makin ramai keluarga yang balik,alhamdullilah.
Dapat jumpa hampir kesemua,1 keluarga je tak balik.
Berbalik kepada cerita hari ni.
Pagi-pagi lagi dah bangun,mandi cepat-cepat.
Lewat nanti,kena berebut walaupun dah 2 bilik air=p
Lepas tuh pergi solat Aidiladha dengan saudara.
Kat surau agak ramai walaupun tak seramai cam raya Aidilfiti baru-baru ni.
Balik surau,sama-samalah melaksanakan ibadah korban.
Ramai juga buat korban kat kampung ni.
Semua bekerjasama,saya pulak buat kerja yang ada kat rumah.
Korban kat depan rumah je kot.
Alhamdullilah ramai yang datang.
Oh ye jumpa kuih-muih yang jarang ada kat Pahang.
Cam Rangin..
Hari ni memang makan banyak lah.
Macam-macam ada.
Setiap yang datang bawa makanan.
Dah rasa cam Aidilfitri.=p
Dapat sembang-sembang dengan pak cik dan mak cik yang dah lama tak jumpa.
Dapat "tugasan" pulak...Tugasan ke??
Ada mak cik yang suruh cari awek untuk sepupu saya ni.
Ni bukan pertama kali orang suruh saya cari untuk anak mereka.
Kawan-kawan,sape yg single ye?Tolong bagitau saya.
=p
Saya pun tak terlepas dari dapat pesanan.
Terasa cam dah besar pulak.Sedarlah yang umur dah makin meningkat dewasa,wahai diriku!
Saya dipesan untuk mencari calon ketika sedang belajar ni.
Haha..Ada mak cik saya pesan cari yang ada "pakej" ye.
Saya pun tak faham pakej apa..Hehe
Rumusannya,saya kena ada calon lah ni??
Macam-macam yang keluar bila dah ramai.
Dapat kata-kata semangat untuk terus berusaha dalam pelajaran.
Tu paling penting.
Saya nak ucapkan terima kasih.
Memang keluarga sangat ambil berat pada saya.
Rasa lain dari yang lain kes saya ni.
Petang tadi ramai yang dah balik.
Malam ni ramai yang dah tidur awal.
Kepenatan tu,pukul 10 habis tengok nur kasih dah sunyi.
Tinggal budak-budak je lari-lari.
Masa untuk berehat..
Nak bagitahu..
Saya rasa cukup bersyukur dan bertuah kerana berpeluang melalui hari yang sangat indah bersama keluarga tersayang di kampung.
Terima kasih semua atas segalanya=D

2 ulasan:

bismillahirrahmanirrahim... curi masa kejap,nak ucap selamat hari raya Aidiladha buat semua teman dan keluarga.

salam aidiladha

bismillahirrahmanirrahim...
curi masa kejap,nak ucap
selamat hari raya Aidiladha buat semua teman dan keluarga.

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim.. Teringat kenangan 2 hari lepas,hari Ahad 22 November 2009. Dalam pukul 5 lebih,saya bersama mak,Mak Cik Sari dan ...

:Pertemuan dengan seorang pak cik:

Bismillahirrahmanirrahim..
Teringat kenangan 2 hari lepas,hari Ahad 22 November 2009.
Dalam pukul 5 lebih,saya bersama mak,Mak Cik Sari dan Pak Cik Faizal ke hospital.
Kami nak ambil baby baru,Nur Azizah.Tak sabarnya saya!
Mak turun dulu,saya pulak pusing-pusing cari tempat parking.
Memang begini keadaannya ketika waktu melawat,penuh.
Adapun yang jauh-jauh.Alhamdullilah akhirnya dapat juga tempat parking.
Saya terus menuju ke lobi hospital,ramai sungguh pelawat hari ni.
Mak menyuruh saya supaya tunggu saja di bawah.
Saya pun duduk di ruang lobi hospital yang cukup besar ni.
Memerhatikan gelagat orang.
Tiba-tiba saya ditegur oleh seorang pak cik.
Kelihatannya dia datang bersama keluarga yang ramai.
Soalan pertama yang ditujukan kepada saya sangat berbeza,saya belum pernah dapat soalan pertama macam ni.Sedikit perbualan kami:

Pak Cik: Nak,adik beradik berapa orang?Anak ke berapa?
Saya: Saya sorang Pak Cik tapi anak ke2.

Pak cik tu kata saya seperti air. Unsur-unsur kejadian ,tanah,air,api dan angin. Pak cik kata saya senang masuk dengan semua jenis orang. Betul ke?

Pak Cik juga bertanyakan nama saya,nama mak dan nama ayah.Cantik nama,nak.=)

Pak Cik: Nak,Tau tak kenapa manusia itu berbeza.Ada banyak kaum,warna kulit,bahasa dan budaya.Kat Malaysia saja,sudah punya banyak loghat.Cuba bayangkan semua manusia di bumi ni ada pelbagai ciri-ciri yang berbeza kan.Allah jadikan manusia untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain.Islam itu indah.

Saya: (sangat asyik mendengar celoteh berisi pak cik ni)

Sempat juga pak cik bercerita tentang anak-anaknya dan cucu-cucunya.Ramai sungguh. Sempat juga saya kenal dengan keluarga pak cik ni walaupun baru kenal.

Pak Cik meneruskan bicaranya: Kita lihat saja kitab-kitab yang diturunkan.Zabur,Taurat,Injil dan Al-Quran. Masing-masing punya keistimewaan kan?Al-Quran sudah cukup lengkap,jika semua manusia faham dan mengerti isi kandungan al-Quran,sudah pasti dunia ni aman. Al-Quran berbeza,diturunkan secara berperingkat melalui malaikat Jibril A.S kepada Nabi S.A.W dalam bahasa Arab.

Sesekali saya menerpa dengan beberapa persoalan.

Pak Cik: Rukun Islam.2 kalimah syahadah,Solat,Puasa,Zakat dan menunaikan haji.Cuba kita lihat dari aspek zakat.Zakat terbahagi kepada dua.Zakat fitrah dan zakat harta.Zakat harta pula terbahagi kepada 4,ternakan,emas perak,pertanian dan tanaman.Indahnya dan adilnya islam itu.Walau sekaya manapun seseorang itu,padanya tetap ada hak orang lain.Nak,bila dah kaya dan cukup syarat,jangan lupa zakat.

Saya cukup gembira dapat berjumpa dengan pak cik ni.Pak cik bertanya kepada saya pernahkah saya bertemu seseorang yang bercakap sepertinya dalam suasana begitu.Saya menjawab jarang sekali.

Bagi saya,pak cik ni cukup peramah dan tidak kedekut ilmunya. Pak cik ni sudah 70,alhamdullilah sihat dan cergas seperti berumur 50 an.Percayalah memang nampak muda dari usia. Apa rahsia Pak Cik ya...

Tak lama kemudian,ada seorang pesakit yang saya kira dalam lingkungan 50 an duduk berdekatan kami.Pak Cik itu terus menegurnya dan Pak Cik berkongsi rahsianya,inshaAllah untuk sentiasa sihat. Amalkanlah salawat Syifa setiap hari. Sebaik-baiknya sewaktu dalam keadaan berwuduk.



Sempat juga Pak Cik memberikan tips-tips yang cukup bereti buat saya untuk masa sekarang dan masa hadapan.Terima kasih Pak Cik.Alhamdullilah,dapat tambah ilmu dan peringatan buat saya=D

Tidak lama kemudian,Pak Cik pergi ke kafe bersama keluarganya.Mereka mempelawa saya tetapi saya menolaknya kerana sekejap lagi dah nak balik.
Baby baru pun da turun,bawa baby pulang.Saya dapat "adik baru" yang comel.*Gembira*
Hari yang cukup mengembirakan saya...

0 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim.. Sweetnyer cerita semalam,alhamdullilah=D Pagi-pagi lagi,dengar orang bagi salam,lebih kurang pukul 5 pagi. Saya d...

Cerita Semalam

Bismillahirrahmanirrahim..
Sweetnyer cerita semalam,alhamdullilah=D
Pagi-pagi lagi,dengar orang bagi salam,lebih kurang pukul 5 pagi.
Saya dengar dan pastikan suara siapa ya.
Suara jiran saya,Pak Cik Faizal.
Mak bangun dan terus buka pintu.
Isterinya,Mak Cik Sari dah sakit2,mau bersalin.
Huhu.
Bangun je,terus bawa kereta.
Saya macam "mamai" jugaklah.
Tapi bangunlah,ini realiti.
Cara saya pandu kereta awal pagi semalam,agak bahaya kot.
Nak cepat punya pasal,emergency!
Kenderaan kat jalan pun tak banyak.
Masih awal lagi,semua belum keluar.
Terus menuju ke sebuah klinik swasta yang berada di taman bersebelahan.
Selesai hantar Mak Cik Sari,saya dan mak balik rumah dulu,nak solat.
Tak lama lepas tu,dapat call.
Cik Sari dihantar ke HosHAS..
Semoga segalanya baik2.
Doktor kat klinik swasta nak RM3500,katanya Cik Sari perlu dibedah.
Macam2 alasan tak wajar diberikan.
Walaupun saya bukan doktor,tapi agak geram semalam.
Semuanya pasal WANG!
Banyak tu,jadi Pak Cik Faizal buat keputusan hantar isterinya ke hospital.
Alhamdullilah,sampai je sana,Cik Sari selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Petang semalam saya dan mak ke sana.
Dah lama rasanya tak jejak kaki ke hospital,dah 2 tahun lebih kalau tak salah.
Dulu,hospital tuh dah macam rumah kedua saya.
Semua tuh dah berlalu.
Sukanya dapat tengok bayi-bayi yang baru dilahirkan.
Comelnya!
Suci ibarat kain putih.
Tanggungjawab ibubapa mencorakkannya.
Saya terlebih "excited",mungkin sebab jarang dapat peluang macam ni.
Jalan-jalan tengok baby orang kerjanya..
Jelas terpancar kegembiraan ibu-ibu menatap wajah bayi-bayi mereka.
Terfikir saat-saat mak melahirkan saya.
Setelah mengandung selama 9bulan..
Terima kasih mak.Pengorbanan mak sangat besar buat anak mak ni=D
Apapun tahniah buat jiran saya,Mak Cik Sari dan Pak Cik Faizal,dah jadi mak dan ayah.
Tak sabar tunggu waktu nak ambil baby baru balik sini=D
Macam dapat "adik" pulak.
1ST time pandu kereta nak bawa orang nak bersalin,tak boleh lupa.
Ok semoga semuanya baik2 sahaja.

0 ulasan:

5A 4A 1B 3A 2B Bismillahhirrahmanirrahim.. Alhamdullilah Hari ni saya menerima khabar yang cukup mengembirakan Buat seluruh keluarga kami Ke...

Tahniah buat adik-adikku (UPSR)



5A



4A 1B



3A 2B

Bismillahhirrahmanirrahim..
Alhamdullilah
Hari ni saya menerima khabar yang cukup mengembirakan
Buat seluruh keluarga kami
Keputusan UPSR keluar hari ni
Ketiga-tiga sepupu saya dapat keputusan yang bagus
Tahniah semua!
Lepas ni kena kekalkan keputusan yang bagus ye.
hehe
apa pun semoga dipermudahkan segala urusan.
Selamat melangkah ke alam yang lebih mencabar buat:
1) Fauzee (sepupu) 5A
2)Iqa (sepupu) 4A1B
3) Alin (sepupu) 3A 2B
4) Najiha( anak sepupu) 5A
5) Najla ( anak sepupu) 5A

Jangan lupa jasa ayah ngan mak,tak lupa guru-guru dan kawan-kawan tau.
*Gembira dengan kejayaan adik-adik*


2 ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim.. Semalam sempat ''chatting'' dengan Farah,sepupu saya kat YM. Farah bagitahu sesuatu setelah habis...

Tahniah buat adikku,Adheel=D


Bismillahirrahmanirrahim..
Semalam sempat ''chatting'' dengan Farah,sepupu saya kat YM.
Farah bagitahu sesuatu setelah habis apa yang kami sembangkan.
Pelik sebab Adheel,adik Farah dapat no 1 periksa.
Adheel ni baru 5tahun.
hehe..Alhamdullilah.
Adheel comel dapat no1,''terer''nya adik kita ni kan,Farah?
Sebenarnya dah lama sangat tak jumpa ngan Adheel dan Farah.
Dekat setahun mungkin?Raya tak jumpa.
InshaAllah raya haji ni kita jumpa ya?
Kak Limah ada ''something'' untuk Adheel.
huhu,wait for me ye!
Dah lama tak ''gaduh-gaduh'' dengan Adheel.
Dah lama tak main dengan Adheel.
Rindu pulak rasanya..
Ok tahniah Adheel!

0 ulasan:

Ucapan selamat menduduki peperiksaan SPM buat adik-adik yang telah pun memulakan satu peperiksaan yang cukup besar pada hari ini.Semoga adik...

Selamat Berjuang


Ucapan selamat menduduki peperiksaan SPM buat adik-adik yang telah pun memulakan satu peperiksaan yang cukup besar pada hari ini.Semoga adik-adik semua berjaya menjawab dengan betul dan dipermudahkan segala urusan.Khususnya buat nama-nama di bawah ni:

1) Nadirah Zailani a.k.a Nanad : SM Teknik Gombak,KL
2)Abdul Hafidz bin Othman a.k.a Apis: SM Teknik Setapak,KL
3)Nur Atikah bt Abd Razak: SMK Seri Semantan,Pahang
4)Syuhada : Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah
5)Atirah Makmur :Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah
6)Rafidah Farhana : SMK Seri Tualang, Pahang
7) Siti Mariam bt Sarnin : SM Teknik Pontian,Johor
8) Mar'atul Husna : SMA Al-Khariah
9)Adik-adik yang saya kenali di SMA-Al-Khairiah,Pahang

0 ulasan:

Diriku yang alpa.. Mudah sekali leka. Muhasabahkan cintaku hanya untuk-Mu. Lindungilah kami semua dalam rahmat-Mu. Tuhan Pemilik Alam ini. S...

::Muhasabah Cinta::

Diriku yang alpa..
Mudah sekali leka.
Muhasabahkan cintaku hanya untuk-Mu.
Lindungilah kami semua dalam rahmat-Mu.
Tuhan Pemilik Alam ini.
Syukur kerana masih diberi peluang mengecapi dua nikmat yang paling besar.
Nikmat Iman dan Islam.
Tetapkanlah hatiku hanya untuk-Mu.
Janganlah Kau lebihkan cintaku kepada insan-insan tersayang melebihi cintaku kepadaMu.
Jangan Kau lebihkan cinta mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada-Mu.
Janganlah sasarkan aku dari landasan keredhaan-Mu.

MUHASABAH CINTA by EdCoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu



0 ulasan:

Malam berlalu dengan pantasnya.. Tanpa menunggu kita. Lagi beberapa jam sinar mentari akan menerpa kita yg asyik dilena mimpi. Saya belum la...

Saya keliru,inilah ujian buat saya.

Malam berlalu dengan pantasnya..
Tanpa menunggu kita.
Lagi beberapa jam sinar mentari akan menerpa kita yg asyik dilena mimpi.
Saya belum lagi melelapkan mata saat ini.
2-3 hari ini saya terus memikirkan adakah betul apa yang saya lakukan.
Masih mencari-cari dan mengharapkan petunjuk dari-Mu,Ya Rabb!
Bantulah hamba-Mu ini.
Saya mahu yang terbaik buat semua.
Masih banyak tanggungjawab yang belum tertunai oleh saya.
Yang saya pasti menjadi harapan dan impian semua yang sentiasa di sisi saya.
Berada dekat di samping keluarga dan banyak masa lapang saya habiskan bersama kaum keluarga terdekat membuatkan saya terfikir berkali-kali soal ini.
Harapan mereka menggunung tinggi.
Saya perlukan mereka.
Sokongan mereka amat saya hargai,membuatkan saya bangkit semula dengan semangat yang baru.
Adakah betul tindakan saya?
Saya masih mencari jawapan yang terbaik.
Kepercayaan adalah sesuatu yang sukar buat saya tetapi jika sudah percaya,saya akan percaya.Susah untuk saya percaya buat kali kedua jika sudah dikhianati.
Jadi,perlukah saya percaya?
Masih menjadi tanda tanya dalam kotak fikiran saya.

0 ulasan:

saya baru saja selongkar fail-fail yang ada dalam laptop ni akhirnya saya bertemu dengan fail yang dipenuhi dengan gambar2 yang telah saya a...

Photos of the day

saya baru saja selongkar fail-fail yang ada dalam laptop ni
akhirnya saya bertemu dengan fail yang dipenuhi dengan gambar2 yang telah saya ambil
saya edit gambar2 ni sebab saya suka gambar2 ni
membawa seribu satu makna buat saya.
antara lokasi kesukaan saya,desa tercinta.



LOKASI:KG PARIT BENGKOK,GERSIK,MUAR,JOHOR

dalam rumah

tempat kami berkumpul
luas pemandangan
keunikan kampungku
jambatan tempat kami bermain




Lokasi: Felda Chini Timur 1,Pekan,Pahang

kucing siapa ntah..


lokasi:KG.MACHANG GELAP,CHENOR,PAHANG

0 ulasan:

Sebelum saya mulakan,saya nak tanya,pernah tak makan nasi ulam? Tau tak rupa nasi ulam? Hehe=D Alhamdullilah hajat saya tercapai,nak makan n...

Kisah Nasi Ulam

Sebelum saya mulakan,saya nak tanya,pernah tak makan nasi ulam?


Tau tak rupa nasi ulam?


Hehe=D
Alhamdullilah hajat saya tercapai,nak makan nasi ulam.
Dah lama rasanya tak makan,hampir setahun lebih.
Maklumlah cara penyediaannya dan bahannya agak rumit.
Susah nak cari jika tinggal di tengah bandar.
Pagi tadi,saya,mak dan mak saudara saya meresap lah.
Merayau kat kampung mak di Chenor.
Nak cari daun-daun yang diperlukan untuk membuat nasi ulam.
Alhamdullilah cuaca pagi ni baik.
Seronok pulak,dapat kenal jenis2 daun.
Orang zaman saya mungkin dah ramai tak kenal jenis daun.
Allah ciptakan bumi yang hijau ni penuh dengan manfaatnya.
Penuh kereta dengan daun-daun.
Dah macam 4WD..
Nasi ulam ni makanan orang lama-lama.
Mungkin ada yang tak pernah tau pasal nasi ulam.
Antara ramuannya,daun kadok,daun mengkudu,ikan pikul,serai,lada hitam,daun seketut,kelapa dan macam2 lagi.
Agak banyak dan cara penyediaan ambil masa lama.
Kena susun daun dan potong halus2.
Belajar untuk sabar,Halimah oi!
Dari pukul 12 lebih,pukul 5 lebih baru dapat makan.
Banyaknya saya makan hari ni,selera sangat.
Bukan senang nak dapat,setahun sekali pon belum tentu.
Teruk juga saya ni kan.Tanyalah kawan2 saya.
Saya tak pilih makan,rugilah kalau pilih.
Setiap makanan ada rasa tersendiri.
Nasi ulam lagi unik,lain daripada yang lain.
Yummy!=D
Esok nak bawa balik ke rumah.
Petang tadi pergi Maran,kena pelawa makan lagi
Gemuklah saya kalau hari2 macam ni kan?
Sekarang berada di kampung mak,tak balik,esok ada kenduri.
Baru je lepas tengok bola,perlawanan bola.
Kelantan vs Negeri Sembilan
Suka memerhatikan gelagat pemain dan penonton.
Semuanya kerana BOLA.
Macam2 terjadi.
Kesimpulannya hari ni saya agak letih tapi kenangan terindah buat saya.
Terima kasih semua yang terlibat dalam kisah nasi ulam saya ya.=p
Bawah ni gambar2 yang saya sempat rakamkan.

sesi ''tetak'' ikan


potong halus2 yer!



banyaknya daun

siap untuk dihidang bersama nasi

0 ulasan:

DEDIKASI BUAT TEMAN-TEMAN BILIK... Salam rindu buat sahabat-sahabat .Saya layangkan ucapan rindu khasnya buat yang pernah sama-sama melelapk...

Saya sayang kamu...




DEDIKASI BUAT TEMAN-TEMAN BILIK...
Salam rindu buat sahabat-sahabat .Saya layangkan ucapan rindu khasnya buat yang pernah sama-sama melelapkan mata bersama di E-2-1,D3-10&E1-1.Dorm yang pernah saya jejaki dan menetap sewaktu di CFS IIUM,Nilai.Kini,semua tinggal kenangan.Perkenalan kita menceritakan pelbagai kisah.Suka dan duka bersama.Alhamdullilah,saya diberi peluang mengenal sebuah lagi erti persahabatan.Pertama kali jauh dari keluarga.
Saya nak listkan nama2:

Bella,Law,Selangor:Rakan sekatil saya dari sem 1 sampai akhir.Selalu ade sesi ''talk'' bersama dia sebelum lelap.hehe.Ramai yang ''jeles''=p Seorang yang sangat best!Banyak persamaan tapi paling ketara,kami suka hijau.Everything in green colour !Suka lagu kapak=p macam2 dah lalui ngan Bella walaupun baru setahun setengah kenal.

Midah,IRK,Kedah:Mula2 dulu takut dengan dia tapi dah kenal jadi kamceng,pernah juga berselisih faham tp alhamdullilah selesai.Punya minat yg sama.
Tak pernah sangka akan jadi rapat dengan dia.

Tikah,IRK,Kedah: Sangat baik orangnya.ni lah calon isteri terbaik.Cekap dalam membuat kerja2 rumah.hehe.confirm..mudah mengalah.cakap cam slow tp kuat,jgn marah tkah..=)Dia ada pantang.Pantang tengok baby dan budak-budak comel.

Sarah,BEN,Kelantan: Sokmo kongsi cite ngan dia.Pernah sampai ke rumah saya kat Pahang.Punya someone yang sedang menuntut di luar negara.Semoga berakhir di jinjang pelamin.=)

Jiha,Law,Kedah: Suka kemas.Bila dia marah,dia akan kemas.Gelaran yang dia beri untuk saya Imah si"budak kecik".Sokmo mesej dia sebelum tidur walaupun sebelah je katil.
Kash,Law,Kelantan: Ni banyak peminat,kan Kash?Namanya Kashrah.Suka nyanyi lagu anak ikan,suka hijau,banyak cakap gak ni.

Azie,IRK,Kelantan: Pendiam tp kalau dah kenal tau lah cam ne..

Pa'an,Law,Selangor: Ketua bilik yg sangat best..Kakakku yg kusyg! Duk atas katil saya,seorang master english=) punya seekor kucing nama Bambi,saya suka tanya pasal Bambi.Seorang yang cemerlang.

Fana,BAR,Selangor: Seorang yg sangat busy,jarang kat bilik tapi bila dia dah balik,dengar dah suara dia dari bawah.Ceria dan suka sangat warna pink.

Angah@Rahmawati,Law,Terengganu: Paling senior drpd kami . Selalu beri kami tunjuk ajar dan selalu tegur kami jika salah.Apa pun angah ni jenis spoting je.Kalau dah bilik ngan dia taulah.Angah suka fikir siapalah dan macam mana lah perangai bakal suami saya? Kenapa ye angah?

Ain,Law,Kelantan: Adoai Ain,punye abe di PJ. Apa pun best kalo da knl Ain.Ain sokmo buat air dan roti bakar utk kami kan..huhu

Su,Law,Kelantan: hehe ssshhh..ni akak kedua kami.Kak Su yang x mcm 20 pon..huhu. seorang yang pintar dan rajin.suka bising ngan dia kat bilik study.rindu pulak masa tu..Tak sabar tunggu Su kahwin dengan ......??

An-Nur,IRK,Kedah:Budak paling comel di bilik kami,selalu x de kat bilik.byk aktiviti.seronok dapat kenal An-Nur.

Mira,BEN,KL: seorg yg nampak garang tp x pon. hehe. cik fakta kami,sokmo keluarkan fakta dia bila bercakap.dia x suka sepah2 ok.

Amy,Econs,KL:macam amoi cina.ceria dan suka gk tgk cerita Jepun dan Korea.Penjual brooch..huhu

Dila,Law,KL: suka nyakat dia guna kucing,suka gelak.hehe.kalau bab nak merepek,jalan je ngan dia ni

Fyza,Law,Sabah:kenal dia masa sem 1 lg,budak Sabah.seorang yang kuat semangat,lemah-lembut.

Juma,IRK,KL: kenal dia sejak sem 1 sebab sokmo g bilik Aisyah.Kelako orgnya.Sempoi je,selalu balik ngan dia.Juma,you're the best!

Rozie,IRK,P.Pinang:pendiam dan suke sorok2...hehe dlm loker ye.. sokmo kene tegur ngan dia..kih3=p suka panggil saya "budak korea"=p

Parihah@Pari,Law,Kedah: seorang yg nmpk garang tp ok je.
semua panggil dia Pari..Pari ni pon kuat smgt orgnya.

Teha,BEN,Selangor: 2 sem bilik ngan Teha ni.sangat suka akan Faizal Tahir.Anything about him,fanatik.huhu.suka gelak..baik dan terus terang.Suka kira saat nak balik.

Mira Diana,Law,Kelantan: sem 1 dan 2 bilik same. Mira suka panggil saya Imah Kecik.Lekat nama tu sampai sekarang.Mesra orgnya...

Mimi,Law,Perlis: sama macam Mira.Org Perlis,suka bergaya.hehe..

Fatin,BEN,Kedah: sudah di Gombak..

Imah dan Dila,IRK,Selangor: adik-beradik yang selalu bersama..

ade lagi x de nama??
bermula dgn satu nama mengungkap pelbagai peribadimu.
apapun saya sayang kamu semua..
maaf atas sgala kesalahan saya.
andai tersalah kata masa bergurau.
tersalah perbuatan.
menyakitkan hati kalian.
halalkan makan minum dan ilmu.
kita kan sokmo makan ngan minum sama2.
kongsi apa2 bersama.
rindu saat2 bersama.
terutama saat2 bg tazkirah.
medan perkongsian.
solat jemaah..
pagi,petang,siang,malam.
smg ia dpt berulang semula.
apapun saya nak semua tahu.
saya bahagia kenal dgn semua.
seperti yg imah pernah luahkan dulu
ingat lagi tak masa imah hampir buat korang nangis?
sesi tazkirah..
saya anggap semua macam kakak-kakak saya.
semoga hubungan kita terus kekal selamanya.
saat imah jatuh,bangunkanlah imah semula.
saat imah tersesat kembalikan imah ke jalan yg benar.
terima kasih semua=)
jaga Imah terutama bila Imah jatuh sakit.
Maaf menyusahkan semua
sbnrnye byk ag nak tulis sal korang tp x muat 1 blog ni.hehe
salam rindu dan sayang,
Imah..
p/s: ada video utk korang tp nti yer..




semester pertama kami







leadtrain paling best!


i love them


Birthday Jiha

2 ulasan:

Maksudnya"Tiap-tiap jiwa merasakan mati; kemudian kepada Kami kamu dikembalikan." (29:57) Awal pagi ini,saya baru sahaja pulang da...

Kematian itu suatu yang pasti.

Maksudnya"Tiap-tiap jiwa merasakan mati; kemudian kepada Kami kamu dikembalikan." (29:57)
Awal pagi ini,saya baru sahaja pulang dari menziarah jiran saya.
Kehilangan tunggak utama keluarga sudah pernah saya rasai 2 tahun lalu.
Takziah saya ucapkan buat mereka sekeluarga.
Peristiwa malam ini cukup untuk mengimbas peristiwa yang berlaku kepada saya dulu.
K.E.H.I.L.A.N.G.A.N dan P.E.R.P.I.S.A.H.A.N.
Perginya ayah tersayang.
Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Penciptanya.
Esok lusa siapa tahu mungkin kita pula pergi menemui Yang Maha Pencipta.

Mungkin saya atau anda?

Kita tidak tahu bilakah masa kita.
Hati saya cukup memahami situasi malam ini.
Ya Allah,kuatkanlah hati mereka sekeluarga sepertimana kekuatan yang pernah Kau berikan kepadaku..
Sesuatu yang menyedihkan tetapi percayalah sesuatu berlaku pasti ada hikmahnya.
Kematian mengingatkan manusia bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara.
Semua jiwa dimatikan untuk dikembalikan kepada Tuhan supaya upah dapat dibayar dengan penuh iaitu upah setelah dicuba dengan kejahatan dan kebaikan semasa hidup di dunia. Upah bakal diterima seseorang ialah Api atau Taman yang ditunaikan pada Hari Kiamat.


p/s:sayangilah dan hormatilah kedua ibubapa selagi mereka ada di dunia,doakanlah ibubapa yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta.

1 ulasan: