By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Alhamdullilah saya berjaya menamatkan pembacaan saya kali ini,sebuah buku karangan Ustaz Zaharuddin yang bertajuk Untukmu Wanita.Buku yang m...

Seindah hiasan di dunia adalah Wanita Solehah




Alhamdullilah saya berjaya menamatkan pembacaan saya kali ini,sebuah buku karangan Ustaz Zaharuddin yang bertajuk Untukmu Wanita.Buku yang merungkai banyak persoalan mengenai wanita.Wanita adalah watak penting dalam kehidupan setiap insan.Wanita sebagai ibu,isteri dan juga rakan seperjuangan buat kaum lelaki dalam menegakkan syiar Islam.Wanita boleh menjadi sumber keimanan bagi seorang lelaki,boleh juga menjadi sumber dosa bagi kaum lelaki.Maka,jagalah dan peliharalah peribadi kita,wahai wanita.Satu pesanan yang saya tujukan buat diri sendiri.Jadilah seperti seindah mawar berduri.Mawar itu cantik tetapi sakit apabila tertusuk duri padanya.Duri itu menjadi pelindung buat sang mawar yang mekar indah. Wanita,aurat dan maruah.Apa sudah jadi dengan aurat wanita???






Aurat wanita suatu yang hangat diperkatakan.Situasi pada zaman ini memperlihatkan ramai wanita yang suka berpakaian seksi dan mendedahkan aurat mereka kepada yang bukan mahram.Adakah isu hak peribadi wanita dalam berpakaian timbul???Isu ini tidak sepatutnya timbul kerana sebagai hamba-Nya,kita wajib menunaikan hak Allah.Semua yang kita ada hanyalah pinjaman sementara daripada Yang Maha Pencipta.Namun begitu jika ditanya mengapa wanita itu berpakaian seksi,sudah pasti majoritinya memberi jawapan untuk nampak cantik untuk dilihat kaum lelaki dan juga kaum sejenis.Tidak dinafikan wanita itu dikurniakan Allah dengan kecantikan,namun begitu bukanlah untuk tatapan umum.Jadi sekiranya lelaki berkenaan sudah tergoda dan mahu menyentuhnya,sudah pasti jawapannya,tak boleh.Sexual harassment kata mereka.Cuba fikirkan dan renungkan,tidakkah tindakan wanita berpakaian yang mendedahkan aurat juga merupakan gangguan seksual kepada kaum lelaki?? Tak semua lelaki gagal mengawal nafsunya,walaupun hakikatnya ramai yang gagal mengawal nafsu dan liar.Benar,mungkin wanita yang mendedahkan aurat mereka berjaya meraih pandangan ramai lelaki.Namun,semua itu hanya sementara,hanya di dunia sahaja. Mereka hanya menambahkan azab.Jika ada perkara buruk yang berlaku,wanita ini selalu sahaja menuding jari kepada kaum lelaki terutama bagi golongan profesional dan kurang didikan agama yang berpakaian mendedahkan aurat.

Firman Allah: Maksudnya:Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu`min: `Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka`. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


(AL-AHZAB:59)




Ayat itu menjelaskan objektif utama wanita diperintahkan menutup aurat,untuk elak diganggu.Malangnya masih ada yang mempersoalkan wanita bertudung pun kena rogol.Nafsu jahat yang menguasai lelaki mendorongnya dan menyebabkannya tidak kira bagaimana keadaan wanita itu.Perlu ditekankan ayat ini ditujukan buat semua kaum wanita,jadi semua wanita bertanggungjawab menutup aurat.Bukanlah sebahagian menutup aurat,sebahagian wanita lain mendedahkannya.Jika hanya sebahagian wanita menutup aurat,matlamat utama sukar untuk dicapai.Setiap wanita bertanggungjawab kepada wanita yang lain dalam menjaga martabat wanita itu sendiri.Berpakaian seksi hanya akan membahayakan kaum sejenis mereka.Lebih menyedihkan dalam dunia hari ini,dengan kemajuan IT yang begitu pesat, remaja perempuan ada yang dengan rela mendedahkan aurat mereka dengan meletak gambar-gambar mereka yang tidak menutup aurat di laman web sosial seperti Facebook,Myspace dan Friendster sedangkan di luar mereka bertudung.Mengapa ini terjadi? Fikirkanlah.Wanita ialah cabaran utama bagi lelaki. Jagalah peribadimu,wahai insan bergelar wanita...




0 ulasan: