Sunday, October 11, 2009

::Indahnya persahabatan antara kami::

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 2:09 PM
conteng
jom bertolak!

alhamdullilah.
rancangan yang diatur sejak sebulan lalu telah berjaya semalam.
semalam bagaikan mimpi.
dulu hanya angan-angan,kini jadi kenyataan.
akhirnya hasrat kami untuk bercuti bersama tercapai.
walaupun hanya sehari,hari semalam tetap paling bermakna buat kami bertiga.
mak saya menemani kami.
destinasi cadangan pada awalnya,antara Kuantan atau Melaka.
Kuantan jadi pilihan atas sebab-sebab tertentu.
perjalanan dimulakan tepat pukul 8.15 pagi.
buka mata luas2,Halimah,perjalanan masih jauh.
tak boleh ngantuk k..
barang-barang berkelah sudah ada,sejak semalam lagi.
saya ambil Nova dan Aisyah sebelum pergi.
Kami masuk highway Kuantan melalui Maran,jadi jimat wang tol kan??
hehe...
Sepanjang perjalanan pergi,semuanya riuh bercerita.
Aisyah sibuk melayan cd Hafiz Hamidun.
Maklumlah ada lagu yang menjadi kesukaan saya yang akhirnya menjadi lagu kesukaan dia juga.
Macam-macam cerita,jarang kami punyai peluang sebegini.
Zaman sekolah dulu selalulah,tiap-tiap hari.
Rindunya zaman sekolah dulu.
Susur keluar dari Gambang dalam pukul 10 lebih.
Perjalanan yang melalui ibu negeri Pahang agak sesak.
Mungkin ramai yang mahu bercuti bersama keluarga tersayang.
Kami sampai di Teluk Cempedak pada pukul 11 pagi.
Orang mula memenuhi pantai ni.
Mulanya nak berkelah di sini tetapi keadaan tak mengizinkan.
Jadi kat sini kami main sajalah.
Jom turun ke pantai!
Seronoknya,setelah berehat seketika.
Kami terus menuju ke arah ombak yang memukul pantai.
Mulanya kami hanya duduk di atas batu di gigi air.
Akhirnya basah juga dipukul ombak.
Air masin masuk ke mulut kami yang tak henti2 berceloteh.
Gembiranya,rasa macam segala masalah dibawa ombak ke laut.
huhu...
Jarang saya punya peluang main air kat pantai ni.
Peluang ni kami gunakan sepenuhnya,duduk dalam air.
Sesekali jatuh dipukul ombak yang kuat.
Subhanallah,indahnya ciptaan Allah.
Tenangnya tengok laut yang terbentang luas..
Tiba-tiba,kami teringat lagu Seindah biasa,sesuai juga untuk gambarkan persahabatan kami selama ni.
Selepas letih dan sakit dipukul ombak,kami main pasir pula.
Tak ubah macam2 kanak-kanak.
Jom bina istana pasir tapi sayangnya bahan pun tak de.
Tapi tak pe,kita guna tangan saja.
Seni lebih terselah,hihi=p
Tak taulah apa yang kami buat.haha.
Dah puas main,kami bersihkan diri yang dah comot dengan pasir ni.
Kami naik ke atas,lama juga kami di bawah rupanya.
Hmpir 3 jam.Kena bersihkan diri sebelum pulang.
Setelah itu,kami makan ais-krim.Apa yang paling Nova suka sejak di bangku sekolah.
Kami menuju ke Teruntum.Sunyi je,berbeza betul dengan TC tadi.
Kami makan bekalan yang dibawa Aisyah di situ.
Tetima kasih,Aisyah.=)
Selepas tu,saya turun ke bawah,merakamkan beberapa foto sebagai kenangan.
Aisyah dan Nova sekali.
Mak tunggu di kereta,tak larat melayan karenah kami ni.hihi
Maaf,mak.Anak mak memang macam ni=)
Sedang asyik merakamkan gambar bersama,muncul pulak kelibat sang monyet yang lapar.
Serang!Memang lucu jika detik kami lari dari monyet dirakamkan.Haha!
Terus masuk kereta, secara spontan terus saya start kereta dan meluncur keluar dari kawasan itu.
Mujur tak de apa yang tertinggal.hihi
Sebelum pulang,saya bawa semua pusing-pusing bandar Kuantan.
Sesak jugak ye.Jomlah balik!
Walaupun letih,saya tak mengantuk pulak.
Mak dan Nova dah senyap,terlelap lah tu.
Hanya saya dan Aisyah je belum tidur.
Maaf ye Aisyah tak boleh tidur,nanti saya nak cakap dengan siapa pulak?
hehe=p
Alhamdullilah perjalanan pulang kami selamat.Tiba di Temerloh pukul 6petang.
Terima kasih semua,sayang kamu semua!
Kenangan semalam akan saya abadikan buat selamanya,inshaAllah!

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea