By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Aiman bersama arnab kesayangannya Bintang pura-pura tidur=p Salam. Alhamdullilah,hari ni berlalu dengan gembiranya. Hati yang resah gelisah...

ARNAB yang comel

Aiman bersama arnab kesayangannya
Bintang pura-pura tidur=p

Salam.
Alhamdullilah,hari ni berlalu dengan gembiranya.
Hati yang resah gelisah agak lega kerana keputusan exam telah pun keluar.
Hari ni saya nak cerita pasal arnab.
Mungkin ini disebabkan rutin harian saya setiap petang,musim cuti ni.
Main dengan arnab tetapi bukanlah kepunyaan saya.
Arnab kepunyaan jiran saya.
Bulan dan Bintang namanya,cantik sungguh namanya.
Memang sesuai,pandai betul adik-adik ni bagi nama.
Sayang sungguh mereka dengan arnab2 tu.
Hamster pun ada juga,Jojo dan Jiji namanya kalau tak salah.
Mula2 tengok arnab tu,saya dah geram.
Comel sungguh,maklumlah dah lama tak main dengan haiwan2 yang comel macam ni.
Warna putih,mata merah,melompat2 ke sana sini.
Puas kami mengejarnya setiap petang terutama petang ni.
Walaupun cuaca hujan,Aiman tetap datang ke rumah saya,siap bawa arnab kesayangan dia lagi.
Puas mengejar arnab dalam rumah bersama Aiman.
Kebiasaannya saya akan jumpa arnab kepunyaan Aiman sahaja.
Aiman ni memang dari kecil,suka main dengan binatang.Penyayang dengan haiwan.
Berbalik kepada tajuk saya,Arnab.
Apa itu arnab??
Arnab atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Rabbit merupakan sejenis mamalia kecil yang comel. Nama saintifik arnab adalah Oryctolagus spp.
Arnab ni suka makan tumbuh-tumbuhan.Allah ciptakan setiap sesuatu di muka bumi ni untuk saling melengkapi.
Macam arnab dan tumbuh-tumbuhan.Arnab ialah haiwan mamalia,berdarah panas dan cepat membiak.Tak lama lagi mesti Bulan dan Bintang dapat anak kan...Arnab ni akan menjaga dan menyusukan anak mereka. Haiwan pun tahu apa erti kasih sayang antara ibubapa dan anak-anak.
Pernah tertanya tak kenapa telinga arnab panjang ye?Urmm...Tau tak kenapa? Telinga yang panjang digunakan untuk bertindak sebagai penyisih haba, dan juga deria pendengaran yang kuat untuk membantu arnab mengesan musuh.Arnab ni bergerak laju dengan cara melompat.Teringat pula cerita kura-kura dan arnab kan?
Ada yang mengkategorikan arnab dan tikus daripada keluarga yang sama.
Namun begitu,tikus lebih cepat membiak berbanding dengan arnab.Tikus juga memiliki 2 batang gigi di hadapan yang membuatnya seperti arnab tetapi tikus tidak mempunyai sebatang gigi penyepit di belakang gigi atasnya seperti arnab.
Arnab ni banyak baka. Setiap baka punyai keistimewaan tersendiri. Antaranya,Vienna White,Beveren,Tan dan Silver Fox. Bulu arnab lembut je.Lembut daripada kucing biasa rasanya. Arnab ni macam kucing juga,suka bermanja.Jadi kepada sesiapa yang sedang mencari haiwan untuk dipelihara,saya nak cadangkan arnab=)
Itu sahaja untuk kali ni..

0 ulasan: