Sunday, September 13, 2009

::juadah berbuka puasa::

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:05 PM

alhamdullilah
hari ini hidangan berbuka puasa sangat istimewa.
macam dah pagi raya.
masakan yang saya ingin sangat nak makan pun ada.
macam tau2 aja
Sambal goreng..
Sekarang saya masih berada di kampung.
Menjadi kebiasaan atau adat penduduk di sini..
Pada bulan Ramadhan,keluarga akan hantar hidangan untuk berbuka dari satu rumah ke satu rumah.
Dah 2 hari kami tak masak untuk berbuka..
Semangat saudara di sini bagi saya sesuatu yang luar biasa..
Mereka sangat pemurah, berbeza dengan suasana di negeri lain.
Bila sampai giliran kami,memang seronok.
Dapat berkunjung ke rumah saudara menghantar hidangan..
Antara hidangan yang wajib ialah sambal goreng,nasi impit,lontong,sambal kacang,ayam goreng dan nasi.
Lengkap untuk kami menjamu selera.
Paling saya suka dalam sambal goreng ada tempe...
Cara masakan masyarakat Jawa paling sedap..
Terima kasih kepada Nenek Ujang dan Atok Ngot yang hantar hidangan hari ini..
Terima kasih kat Bibik Nek,bagi kerepek-kerepek dan bahulu..
Akan saya pertimbangkan untuk beraya di sini=)
Hari ini di Johor,esok akan kembali ke Pahang...


0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea