By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

apa yang saya sedang tunggu ya? apa yang boleh saya katakan, ia adalah sesuatu.. tak ramai yang tahu.. cuma ada yang dah syak sesuatu tu apa...

::menunggu::

apa yang saya sedang tunggu ya?
apa yang boleh saya katakan, ia adalah sesuatu..
tak ramai yang tahu..
cuma ada yang dah syak sesuatu tu apa..
inshaAllah saat tu akan tiba..
sesuatu yang baru tu akan datang..
saya masih tunggu..
harap jangan ada yang marah dengan saya sebab sesuatu tu..
walaupun ramai yang kata penantian satu penyeksaan..
tapi yang ni saya nak tunggu juga sebab saya memang perlu tunggu.

p/s:agak mengelirukan entri ini,biarkan saja semua jadi tanda tanya.

0 ulasan:

pertama, saya nak wish good luck utk diri sendiri dan kawan2 kat cfs iium Nilai yang sedang dilanda musim final exam. kedua, selamat hari la...

4 ucapan daripada saya

pertama,
saya nak wish good luck utk diri sendiri dan kawan2 kat cfs iium Nilai yang sedang dilanda musim final exam.

kedua,
selamat hari lahir (29/9/1990) buat sahabat saya,Nova Kasrianti yang berada di Kuala Kubu Baru.Dah 19 dah kakak saya yang sorang ni.Dia pon sedang exam. Semoga berjaya=) Sayang dia sokmo.Jangan lupa plan kita cuti kali ni,bukan senang dapat cuti sama.

Ketiga,
Selamat hari lahir buat adik sepupu saya,Abdul Hafidz bin Othman,anak sulung Paman dan bibik saya yang berada di Pandan Indah KL.Dah tinggi dah budak ni,kalah akak.Dia nak SPM tahun ni,buat yang terbaik!Kak Limah doakan Apiz berjaya selalu ya.Baru tau birthday Apiz dr Mak Sham ni.

Keempat,
Selamat pengantin baru buat Kak Sarah dan suaminya,Abg Asphan.Kak Sarah ni akak kawan baik saya.Maaf tak dapat hadir ke dua2 majlis di Pahang dan Selangor.Semoga akak bahagia ke akhir hayat=)

Itu sahaja untuk kali ni...
SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARIPADA SAYA DAN KELUARGA..

0 ulasan:

mari mendengar surah ini..

::Indahnya bacaan ini::



mari mendengar surah ini..

0 ulasan:

"accident" pertama ''kepet" Alhamdullilah Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi S.A.W. Saya masih diberikan...

::Hadiah daripada Allah::

"accident" pertama
''kepet"

Alhamdullilah
Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi S.A.W.
Saya masih diberikan peluang untuk terus hidup di muka bumi ini.
Pengalaman semalam membuatkan saya berfikir sedalam-dalamnya
Allah masih sayangkan saya
Saya masih diberi peluang untuk terus meminjam nikmat yang Allah berikan kepada saya.
Allah beri saya nikmat dan di sebalik itu Allah berikan saya ujian
Agar saya tidak lupa dan leka dengan nikmat yang dikurniakan baru-baru ini.
Sehari sebelum semalam saya dapat khabar yang gembira
yang memang dinanti-nantikan.
Alhamdullilah urusan itu hampir selesai.
Allah tak nak saya terlalu gembira,Allah hadiahkan sesuatu untuk saya lihat balik diri ini
Petang semalam,alhamdullilah saya dan Aisyah tidak apa2.
Saya harap segalanya akan pulih seperti biasa.
Yang pasti saya tak mau semangat saya hilang.
Saya kena kuat.
InshaAllah..
Ini pengalaman pertama saya.....

0 ulasan:

alhamdullilah hari ini hidangan berbuka puasa sangat istimewa. macam dah pagi raya. masakan yang saya ingin sangat nak makan pun ada. macam ...

::juadah berbuka puasa::


alhamdullilah
hari ini hidangan berbuka puasa sangat istimewa.
macam dah pagi raya.
masakan yang saya ingin sangat nak makan pun ada.
macam tau2 aja
Sambal goreng..
Sekarang saya masih berada di kampung.
Menjadi kebiasaan atau adat penduduk di sini..
Pada bulan Ramadhan,keluarga akan hantar hidangan untuk berbuka dari satu rumah ke satu rumah.
Dah 2 hari kami tak masak untuk berbuka..
Semangat saudara di sini bagi saya sesuatu yang luar biasa..
Mereka sangat pemurah, berbeza dengan suasana di negeri lain.
Bila sampai giliran kami,memang seronok.
Dapat berkunjung ke rumah saudara menghantar hidangan..
Antara hidangan yang wajib ialah sambal goreng,nasi impit,lontong,sambal kacang,ayam goreng dan nasi.
Lengkap untuk kami menjamu selera.
Paling saya suka dalam sambal goreng ada tempe...
Cara masakan masyarakat Jawa paling sedap..
Terima kasih kepada Nenek Ujang dan Atok Ngot yang hantar hidangan hari ini..
Terima kasih kat Bibik Nek,bagi kerepek-kerepek dan bahulu..
Akan saya pertimbangkan untuk beraya di sini=)
Hari ini di Johor,esok akan kembali ke Pahang...


0 ulasan:

kek=) ukhuwah kami alhamdullilah.. kita semua masih diberi kesempatan untuk melalui bulan yang penuh dengan keberkatan ini. kini saya berad...

::Ramadhan kali ini::



kek=)

ukhuwah kami


alhamdullilah..
kita semua masih diberi kesempatan untuk melalui bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
kini saya berada di kampung belah ayah.
balik untuk 3 hari,lepas ni akan kembali ke Pahang.
masih keliru nak raya kat mana.
suasana kat sini jauh lebih meriah berbanding di tempat tinggal saya.
cuti pun tak lama.
jika saya berjaya menyelesaikan urusan reunion dalam masa 3 hari,saya akan pulang semula ke sini.
macam2 berlalu sepanjang ramadhan kali ini.
kali ke 2 saya berpuasa di Nilai bersama teman-teman tersayang,terutamanya warga E-1-1.
Kenangan ramadhan kali ini betul2 bermakna,seronok.
suasana ramadhan hidup di bilik kami.
alhamdullilah,berpeluang menunaikan solat terawih di masjid,pergi bersama kawan-kawan.
Jika seminggu lepas,students law yang ambil BLM agak sibuk,semua jadi kaki library..
sekarang masa untuk rehat bersama keluarga.
Alhamdullilah mooting dah pun selesai.
Saya belajar banyak perkara daripada mooting ni.
Kerjasama,keberanian,keyakinan,kekuatan dan macam-macam lagi..
Cerita pasal mooting ni macam-macam kisah..
Walau apapun itu adalah kenangan terindah yang amat bererti buat saya dan sahabat-sahabat..
Terima kasih Madam Mardhiyyah..Love you,super madam!
Rasmilah berakhirnya minggu pembelajaran untuk semester ini.
Terima kasih buat semua warga pendidik CFS IIUM,NILAI terutamanya Madam Badariah(GPL2),Madam Serisyah Zamila(Law &Society),Madam Mardhiyyah(Basic Legal Method),Ustaz Esam(Kitabah dan Qiraah) dan Ustaz Ahmad(Istimak).
Saat belajar di CG-01,C3-10,C3-11 dan C2-14 akan menjadi satu kenangan yang tak dapat saya lupakan.
Tak lupa buat sahabat2 tersayang,jangan terasa jika saya tak sebut nama.
Nadz,Fyza,Bella,Paan,Kimi,Nor@Chipmunk,Aida,Jiha,Yana,Diana,Kak Fatin,Yana,Saba',Pana,Angah,Su,Kashrah,Mira,Ain,Dila,Amy,Sarah,Mida,Tikah,Juma,Pari,Rozie,Azi,Pana,An Nur,Farah,Husna,dan semua...
Saya sayang kamu semua..
Insha Allah ukhuwah kita akan tetap berkekalan!
Teringat kenangan iftar jamaie Hisbah Ummu Qais,thanks to all..
Makan sama-sama dan pakai baju sama warna dengan perangai kita yang sempoi je..
Movie maker bilik kita dapat ''undian'' tertinggi la..=p
tahniah!!
Rabu dan Khamis baru2 ni,alhamdullilah rezeki kita.
Duduk bilik saya ni memang murah rezeki,makanan banyak
Rabu,Bella belanja kek,thanks to bella..
Malam tu memang seronok,sehingga kata-kata Bella berjaya membuatkan saya menitiskan air mata.
Maaf kepada kawan2 yang saya dah '' candid'' gambar dia,saya memang suka tangkap gambar..
=P untuk kenangan..
Khamis pulak,Jiha belanja kek lagi,kenyang perut kami..
Thanks to Jiha..
Itulah cerita Ramadhan terakhir di CFS.
Tadi smpai kampung,rumah tinggal jadi berhabuklah...
Seronok basuh rumah,setiap kali teringat akan kenangan di rumah nenek ni,macam2,sampai buat saya tersenyum sendiri..
sekian sahaja...
bersama kita teruskan amalan sepanjang bulan ini.
Ramadhan bakal berlalu meninggalkan kita...=(
Kepada sepupu-sepupu belah ayah,baliklah kampung!=p

















0 ulasan:

majoriti belum tidur di bilik ni... ada yang dah balik.. menunggu saat pulang ke kampung halaman... Johor,wait for me=)

::beberapa jam lagi::

majoriti belum tidur di bilik ni...
ada yang dah balik..
menunggu saat pulang ke kampung halaman...
Johor,wait for me=)

0 ulasan:

Happy Belated Birthday to MOHD FAREEZ IRWAN BIN HAMDAN 27 Ogos 1990 sekarang fareez da 19 tahun.. lagi 1tahun nak masuk angka 20 dah..hehe L...

::19 YEARS OLD: MY COUSINS::



Happy Belated Birthday to MOHD FAREEZ IRWAN BIN HAMDAN
27 Ogos 1990
sekarang fareez da 19 tahun..
lagi 1tahun nak masuk angka 20 dah..hehe
Limah nak ucap semoga panjang umur untuk terus beribadah kepada Allah..
Semoga dipermudahkan segala urusan ye, bakal doktor!
Thanks wish Limah time birthday lepas, kita anak Ogos..
Belajar rajin2 tapi jangan sampai tak makan pulak..
hehe...ok good luck




Happy Birthday to Cik MUNAWARAH BT MUJIR
2September 1990
samela dengan si Fareez ni..
tua setahun je daripada Limah..
wish awal2..
Semoga panjang umur dan murah rezeki..
Praktikal elok2 kat Maluri tuh..
Jangan nakal2 ye! Semoga berjaya!
Jaga diri Muna!InshaAllah jumpa nanti.
ok Limah sayang Muna!






0 ulasan:

Entah kenapa tangan saya terasa seperti mahu menulis sesuatu di sini.. walaupun detik ini,bagi kami pelajar-pelajar undang2 adalah detik yan...

::Detik ini::

Entah kenapa tangan saya terasa seperti mahu menulis sesuatu di sini..
walaupun detik ini,bagi kami pelajar-pelajar undang2 adalah detik yang amat berharga dan puncak..
pelbagai tugasan datang belum diselesaikan..
semuanya masih dalam proses..
perlu disiapkan dalam masa 2 minggu terakhir bagi semester ini.
saya tidak terkecuali..
Presentation law and society,case briefing,3 case reports,federal constitution assignment,arabic(kitabah) quiz dan yang paling membuatkan kami gementar ialah mooting court session.Kami perlu belajar mengaplikasikan cara-cara mooting dalam masa kurang 2 minggu. Ditambah dengan 3 bundles of authority.Rabu ni ada Mooting Workshop untuk subjek BLM.
Presentation untuk case briefing saya Rabu ni. Kes Bonda Kui v King Emperor,dari India.Satu kes yang menarik untuk dibentangkan.Alhamdullilah visual aid dah siap.Handout juga.Cuma tunggu giliran,menjadi yang paling akhir untuk membentangkan kes.
Cuti 3 hari ini agak sedih. Saya tidak punya peluang untuk bercerita dengan mak.Ada sesuatu yang saya nak luahkan,mungkin satu luahan perasaan dan satu hasrat tapi tak mengapa.Saya simpan dulu sehingga selepas 2 minggu ini berlalu.Fokus pada 2 minggu ini,lakukan yang terbaik,Nor Halimah!
Saya masih berada di rumah mak cik saya saat ini,tadi saya rasa tak sedap badan.Bimbang sesuatu berlaku,saya balik awal pagi nanti.Esok kali pertama saya akan memandu ke Nilai sendirian.Semoga selamat seperti selalunya...
Memikirkan kerja2 yang masih belum terlangsai membuatkan fikiran saya terus melayang,tak dapat tidur.Hari ini saya dah usahakan siap sebahagian dari kerja2 itu.
Ada lagi yang saya fikirkan.Persoalan yang sentiasa diajukan kepada saya.Saya sendiri belum punya jawapan.Serba salah.''Limah,nak raya mana tahun ini?"Antara Pahang dan Johor.Antara dua.Pilihlah ye.Awal cuti kami akan pulang ke Johor untuk menghantar Mak Sham dan kemas-kemas.I miss my village so much! Terlalu banyak kenangan indah di sana.Saya suka segala yang ada di sana.Kami akan kembali semula ke Pahang untuk kemas rumah kat sini,lepas tu baru saya fikir nak balik semula Johor tak,nak raya kat sana atau sini.Tak kiralah kat mana,kepada keluarga saya especially my cousins,pak cik2 saya dan mak cik2 saya,saya sayang kamu semua!InshaAllah kita jumpa lagi.
3 hari memandu tanpa henti membuatkan saya sedikit keletihan.Kemungkinan saya suka drive kereta,jadi saya tetap kata ok je,tak kira ke mana orang ajak.

Urmm..Hari Ahad baru ni,saya dan Mak Sham ke Temerloh.Jalan-jalan beli barang. Suasana seperti nak raya dah.Jangan berlaku pembaziran ya! Sesungguhnya orang yang membazir tu sahabat syaitan.Berhemahlah kita.
Sempena bulan Ramadhan ni,sama-sama kita perbaiki diri untuk jadi yang lebih baik.Hargailah setiap hari kerna esok belum pasti ada untuk kita.Lakukan yang terbaik untuk menjadi khalifah di muka bumi yang dipinjam Allah buat kita semua,makhluk-makhluknya.

Sekian saja daripada saya buat masa ini.Sekadar sedikit perkongsian.InshaAllah bertemu lagi.Maaf atas segala kesalahan saya yang telah mengguris hati sahabat-sahabat sekalian.InnAllah maana.=)

0 ulasan: