By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Hari ini 27 Rejab, adalah satu tarikh yang amat penting dalam sejarah islam. Umat islam akan kembali terkenangkan kisah israk mikraj.Israk M...

::Israk Mikraj::

Hari ini 27 Rejab, adalah satu tarikh yang amat penting dalam sejarah islam. Umat islam akan kembali terkenangkan kisah israk mikraj.Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang luar biasa berlaku pada Rasullulah s.a.w.

Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine.Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).

Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(Q.S. An-Najm: 13-18).

Peristiwa ini berlaku setelah Rasullulah s.a.w melalui tahun yang amat menyedihkan baginda. Rasullulah s.a.w telah kehilangan isterinya,Siti Khadijah dan bapa saudaranya,Abu Talib.Rasullulah s.a.w diuji lagi dengan kisah di Taif.Baginda dihina dan dicerca.Bayangkan betapa hebatnya ujian yang baginda perlu lalui untuk menyampaikan mesej daripada Allah.Saat baginda kesedihan dan keseorangan,Jibril datang membawanya untuk israk dan mikraj untuk bertemu Yang Maha Pencipta.Berita itu cukup menyenangkan hati baginda.

Pengajaran yang terdapat dalam kisah israk mikraj,yang pertama ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha.Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam.Ketika bertemu dengan Nabi Musa A.S di langit keenam, Rasullulah SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Baginda s.a.w pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Firman Allah:“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).

Kedua,manusia perlu mempunyai hubungan dengan Allah ketika susah mahupun senang.Allah tempat terbaik buat insan bergelar hamba-Nya.Allah Maha Kuasa di atas segala perkara.Allah berkuasa memberikan pertolongan,mengembirakan kita,menguji kita dan sebagainya.Kita perlu sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan Allah.

Ketiga, menjauhi perkara maksiat dan mungkar. Sewaktu peristiwa israk mikraj,Rasullulah s.a.w melihat keadaan di neraka,bagaimana manusia diazab kerana ingkar pada suruhan-Nya.

Keempat,tunduk kepada kebesaran Allah.Peristiwa ini juga menguji keimanan kita terhadap perkara yang tidak dapat dijangkau oleh pemikiran kita.Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

Kelima,anjuran memberi salam.Sepanjang perjalanan ,nabi s.a.w tidak pernah lupa untuk memberikan salam kepada rasul yang baginda temui.

Keenam,berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.


selamat beribadah
renung-renungkan dan selamat beramal=)

0 ulasan: