By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Entri ini khas buat insan yang lebih mesra dipanggil Juma. Alhamdullilah... Juma, dah umur 19.. Juma,semoga terus tabah dalam mengharungi ke...

::Sanah Helwa ya Wan Jumanatun Nailiah::

Entri ini khas buat insan yang lebih mesra dipanggil Juma.
Alhamdullilah...
Juma,
dah umur 19..
Juma,semoga terus tabah dalam mengharungi kehidupan remaja ini...
Juma,jaga diri baik2.
Juma,jangan garang2 k=p
Juma,tenangkan fikiran ya!Tak mau tension2 selalu!
Juma,ingat misi kita bulan Sya'aban ni!
InshaAllah sama2 laksanakan.
Juma,jom g study circle!
Juma,thanks selalu temankan Imah dr Greenwood ke Nilai.
Juma,semoga kita dpt sama2 berbuat kebaikan & "top up" amalan kita!
Akhir sekali,jaga iman!
Jumpa petang ni..
Salam sayang,
Sahabatmu yang ''nakal'',
Imah budak ''kecik''=p
haha
gelaran yg diberi Kak Juma=p

1 ulasan:

lagi beberapa jam saya akan berada di bumi Nilai... mengira detik dan waktu.. Biasalah bila dah lama sikit cuti,saya mesti rasa berat hati n...

::kembali ke Nilai::

lagi beberapa jam saya akan berada di bumi Nilai...
mengira detik dan waktu..
Biasalah bila dah lama sikit cuti,saya mesti rasa berat hati nak tinggalkan mak kat rumah..
Esok g Gombak dulu..
Masih ada lagi 5 papers exam..
InshaAllah I will do my best!

::LAW&SOCIETY::
::GPL 2::
::ARABIC(LISTENING::
::ARABIC(READING)::
::ARABIC(WRITING)::

P/S: Doakan kejayaan saya dan sahabat2..Semoga kita semua terus diberikan peluang untuk menuntut ilmu...


Kepada kawan2 E-1-1
Jumpa sok ye!
Tunggu Imah balik!=p
ni bawa something untuk semua...

0 ulasan:

Cuti mid sem hampir tamat.Esok dah nak balik Nilai. Masih banyak tugas yang belum terlaksana. Dalam kesibukan menyiapkan tugas,saya masih se...

:::Semalam:::

Cuti mid sem hampir tamat.Esok dah nak balik Nilai.
Masih banyak tugas yang belum terlaksana.
Dalam kesibukan menyiapkan tugas,saya masih sempat pulang ke kampung mak semalam.
Semalam saya tidak dapat memandu kereta.
Keadaan saya tidak mengizinkan.
Apapun saya gembira dapat pulang ke kampung semalam.
Pengalaman yang cukup bererti.
''Mengumpul'' buah-buahan untuk dibawa pulang.
Maklum sahaja musim buah-buahan telah ''melanda'' Malaysia..
Huhuhu
Durian,langsat,rambai,rambutan dan manggis...
Alhamdullilah rezeki kami.
Tak sempat nak rakamkan saat-saat semalam..
Mungkin kerana terlalu leka menghargai setiap saat..
Sayangnya saya tak boleh nak ''jolok'' buah-buahan=(
Mungkin lain kali,inshaAllah...



P/S:Selamat kembali belajar=))

0 ulasan:

alhamdullilah masih sempat saya selitkan ucapan ini buat insan kecil yang lebih mesra dipanggil "kak uda." Masa berlalu pantas,...

::HAPPY BIRTHDAY TO NUR ATHIRAH A.K.A KAK UDA::


alhamdullilah
masih sempat saya selitkan ucapan ini buat insan kecil yang lebih mesra dipanggil "kak uda."
Masa berlalu pantas,anak kelahiran tahun 2000 ini cukup 9 tahun hari ini.Saya antara insan yang paling rapat dengannya.Saya berpeluang melihat Kak Uda membesar,dari bayi hinggalah sekarang.Mukanya yang comel pasti menarik hati insan untuk mencubit pipinya dan mendekatinya.Pelbagai kenangan yang telah saya lalui bersamanya. Dulu Kak Uda selalu tinggal di rumah saya. Paling saya ingat,Kak Uda sangat suka akan gula-gula sehinggakan arwah ayah menggelarnya "Uya-uya." Lucu kan? Di mana ada saya, di situ ada dia. Ada yang mengatakan itu adik saya.Kadang-kadang saya iyakan sahaja.Memang dah macam adik saya pun.=)
Kak Limah nak ucap sanah helwa kat Kak Uda. Sekarang ni kita dah jarang jumpa.Saya tidak menetap di rumah seperti dulu lagi.Kak Limah harap Kak Uda belajar rajin2,hormat mak dan abah dan jaga diri baik2! Jangan nakal2 k! Jangan malas buat kerja sekolah..
Kak Uda dah besar..Hehe...

LOVE YOU,NUR ATHIRAH!




0 ulasan:

Hari ini 27 Rejab, adalah satu tarikh yang amat penting dalam sejarah islam. Umat islam akan kembali terkenangkan kisah israk mikraj.Israk M...

::Israk Mikraj::

Hari ini 27 Rejab, adalah satu tarikh yang amat penting dalam sejarah islam. Umat islam akan kembali terkenangkan kisah israk mikraj.Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang luar biasa berlaku pada Rasullulah s.a.w.

Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine.Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).

Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(Q.S. An-Najm: 13-18).

Peristiwa ini berlaku setelah Rasullulah s.a.w melalui tahun yang amat menyedihkan baginda. Rasullulah s.a.w telah kehilangan isterinya,Siti Khadijah dan bapa saudaranya,Abu Talib.Rasullulah s.a.w diuji lagi dengan kisah di Taif.Baginda dihina dan dicerca.Bayangkan betapa hebatnya ujian yang baginda perlu lalui untuk menyampaikan mesej daripada Allah.Saat baginda kesedihan dan keseorangan,Jibril datang membawanya untuk israk dan mikraj untuk bertemu Yang Maha Pencipta.Berita itu cukup menyenangkan hati baginda.

Pengajaran yang terdapat dalam kisah israk mikraj,yang pertama ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha.Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam.Ketika bertemu dengan Nabi Musa A.S di langit keenam, Rasullulah SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Baginda s.a.w pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Firman Allah:“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).

Kedua,manusia perlu mempunyai hubungan dengan Allah ketika susah mahupun senang.Allah tempat terbaik buat insan bergelar hamba-Nya.Allah Maha Kuasa di atas segala perkara.Allah berkuasa memberikan pertolongan,mengembirakan kita,menguji kita dan sebagainya.Kita perlu sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan Allah.

Ketiga, menjauhi perkara maksiat dan mungkar. Sewaktu peristiwa israk mikraj,Rasullulah s.a.w melihat keadaan di neraka,bagaimana manusia diazab kerana ingkar pada suruhan-Nya.

Keempat,tunduk kepada kebesaran Allah.Peristiwa ini juga menguji keimanan kita terhadap perkara yang tidak dapat dijangkau oleh pemikiran kita.Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

Kelima,anjuran memberi salam.Sepanjang perjalanan ,nabi s.a.w tidak pernah lupa untuk memberikan salam kepada rasul yang baginda temui.

Keenam,berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.


selamat beribadah
renung-renungkan dan selamat beramal=)

0 ulasan:

depan pintu masuk hehe candid pic mereka=p kesian dia,nak masuk ''rumah'' pak singa ni main air pulak comel k...

::Kenangan yang indah::

depan pintu masuk
hehe candid pic mereka=p

kesian dia,nak masuk ''rumah''

pak singa ni main air pulak

comel kan??huhu

tingginya,kalah saya=(

Cuti mid sem baru bermula semalam.Walaupun hanya seminggu,saya berharap kita semua dapat memanfaatkan cuti kali ini sebaik mungkin.Peperiksaan akan bersambung lepas cuti.Assignments perlu diselesaikan.
Semalam?Ada apa dengan semalam. Hampir satu hari saya berada dalam kereta. Pusing bandar KL.Alhamdullilah perancangan kami berjaya dengan selamatnya.Pertama,saya dah jumpa kes tu di perpustakaan UIA Gombak. Saya semakin bersemangat dan tidak sabar untuk melangkah ke alam "degree" di kampus utama. Kehidupan di sana saya perhatikan sangat berbeza daripada kehidupan Nilai.
Pada waktu petang,saya mengambil Juma dan Midah di Terminal Gombak. Peristiwa kali ini melontarkan ingatan saya kepada zaman kanak-kanak yang penuh dengan warna-warni. Kami mengatur perjalanan ke ZOO NEGARA. Akhirnya tercapai juga angan-angan saya nak ke sana setelah sekian lama tidak ke sana. Seingat saya kali terakhir ke sana sewaktu saya masih di alam sekolah rendah bersama dengan keluarga pak cik saya. Kami agak lewat,kami hanya punya masa 1 jam untuk menjelajah di sekitar zoo kerana jam 6 pintu akan ditutup untuk pelawat.Kami berjalan dengan kelajuan yang agak ''pantas'' tetapi kami tetap singgah di setiap kandang binatang.Subhanallah banyaknya haiwan dalam zoo yang berada di tengah kota ini. Haiwan pertama yang kami ''sapa'',mestilah haiwan yang paling tinggi:zirafah yang comel!!!Gelagat kami memang tak ubah seperti kanak-kanak.Kami sempat merakamkan foto di situ.Haiwan seterusnya gajah,besarnya..Kami sempat ''menyakat'' burung bangau.Kami merakam gambar dari sudut yang paling dekat sehinggakan burung bangau itu bergerak kerana ''takutkan'' kami agaknya. Maklumlah kami agak ''hingap'' dalam loghat Kedah. Hampir satu kawasan zoo kami jelajahi. Kami dapat jumpa: kangaroo,burung unta,kuda,unta,orang utan,harimau,singa dan macam2 lagi. Apa yang paling lucu ialah melihat gelagat haiwan2 ni nak masuk ''rumah''. Haiwan-haiwan ni dikurung tepat pukul 6 petang.Setelah penat berjalan,kami balik dengan menggunakan ''kereta api'' comel berwarna oren.Pusing2 dengan kenderaan tersebut.Jumpa dengan beruang,badak dan macam2 lagi.Sempat juga kami bersembang dengan pak cik driver tu.Seronoknya!!
Akhir sekali,kami duduk kat luar kawasan zoo,tangkap gambar2 terakhir dengan muka2 yang letih.Walaupun semua itu hanya seketika tetapi bagi saya amat bermakna. Midah dan Juma pon nampak gembira sangat,oklah tuh.Lepas ni kita kena gi satu bilik ke tempat lain lak,saya ada pakat dengan Bella tapi lambat lagi. Lagi satu kosnya tinggi.huhu.Alhamdullilah sedikit sebanyak saya dapat belajar banyak perkara baru di Zoo Negara. KAM SAHAMIDA,MIDAH&JUMA...


P/S:selamat bercuti buat warga CFS. Jaga diri baik2!Jom sambung buat kerja dan study!







0 ulasan:

saya tak berkesempatan nak update blog ni lagi... tunggu cuti mid-sem baru saya update.. nak ucap selamat menduduki imtihan buat warga CFS I...

-sekadar coretan-

saya tak berkesempatan nak update blog ni lagi...
tunggu cuti mid-sem baru saya update..

nak ucap selamat menduduki imtihan buat warga CFS IIUM,Nilai!
Tak lupa buat sahabat-sahabat yang baru menyambung pelajaran di universiti dan kolej,jangan putus asa..Teruskan perjuangan demi islam tercinta...

:::ditaip pada jam 1.12a.m:::
:::9Julai2009:::
::STUDY ROOM E-1-1::

3 ulasan: